Untuk pengetahuan, Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura merupakan ahli kepada MABIMS yang dianggotai oleh Menteri-Menteri Agama di empat buah negara tersebut.
Jarang sekali negara-negara di rantau Asia Tenggara menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada hari berbeza.
Namun itulah yang terjadi pada tahun ini apabila umat Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand memutuskan perayaan Aidilfitri sehari lebih awal berbanding Singapura yang bakal menyambutnya pada hari Selasa, 3 Mei 2022.
Perbezaan ini menimbulkan persoalan mengapa hanya Singapura yang terkecuali dalam hal pencerapan anak bulan ini. Ini penjelasan wakil setiap negara :
Di Malaysia, Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah berkata kepada Astro Awani, salah satu daripada 29 buah lokasi yang diwartakan untuk mencerap anak bulan telah melaporkan penampakan anak bulan.
Ads
Sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Melihat Anak Bulan, mereka di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan bergantung kepada laporan daripada pihak-pihak yang mencerap. Oleh sebab itulah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan 2 Mei sebagai 1 Syawal.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Selain itu, beliau juga berkata faktor langit cerah dan tiada sebarang halangan untuk mencerap juga menyebabkan anak bulan boleh dilihat biarpun dari segi kriteria ia tidak mungkin.
“Dengan umur anak bulan 15 jam lebih itu, ia sebenarnya telah memberi satu kemungkinan untuk berlaku kenampakan anak bulan walaupun kriteria tidak menyokong tentang data itu,” katanya.
*
Di Indonesia, keputusan mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri pada hari Isnin telah dicapai selepas Sidang Isbat pada petang Ahad, lapor Kompas.com.
Ads
Umum Menteri Agamanya Yaqut Cholil Qoumas; berdasarkan laporan hilal (anak bulan), maka pemerintah bersama NU dan Muhammadiyah akan merayakan Aidilfitri pada 2 Mei.
Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas
Sementara itu di Brunei, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Arif Dato Seri Setia Haji Jojar Bin Haji Muhamad berkata, anak bulan Syawal juga telah dilihat pada satu atau lebih tempat pencerapan di Brunei pada petang semalam.
Yang Arif Dato Seri Setia Haji Jojar Bin Haji Muhamad
Manakala, pengisytiharan Aidilfitri pada 2 Mei di Thailand pula diumumkan oleh Sheikul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.
Jadi, mengapa Singapura sahaja yang terkecuali dan akan menyambut Aidilfitri pada hari Selasa sedangkan ia dikelilingi oleh empat buah negara ini?
Ads
Menurut Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir, mengikut kiraan hisab; anak bulan Syawal tidak dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang semalam. Ia juga tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.
Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir
Maka, hari ini (2 Mei) ditetapkan sebagai hari pencukup bulan Ramadan selama 30 hari dan 1 Syawal pada tahun ini telah mereka isytiharkan pada hari Selasa (3 Mei).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan sukan tarian negara merangkul satu pingat emas pada Terbuka Macedonia 2024 baru-baru ini apabila Cherry Yeo yang bertanding dalam kategori Solo Latin dewasa, mencuri perhatian juri dengan lenggok pinggulnya untuk menewaskan 28 atlet lain dengan pungutan mata keseluruhan 150.
Dalam pada itu, kemaskini mata ranking menyaksikan juara Piala Dunia 2024 di Serbia pada Oktober lalu itu melonjak ke tangga teratas dengan himpunan 820 mata.
Menurut penari yang berusia 19 tahun itu, ia bukanlah satu tugas mudah untuk berada di persada dunia, bahkan banyak dugaan perlu dilalui.
“Cabaran terhebat saya untuk kejohanan ini ialah saya kehilangan bagasi kerana waktu transit di antara penerbangan pertama dan kedua amat singkat,” katanya.
“Saya tidak menerima bagasi saya pada waktu sepatutnya. Saya berada dalam keadaan sangat panik dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana tiada apa bersama saya,” ujarnya lagi menerusi satu kenyataan yang dilaporkan menerusi Astro Arena.
“Mujur seragam dan kasut ada di tangan saya ketika itu dan saya juga ada rakan di sini, jadi dia meminjamkan beberapa keperluan yang saya perlukan,” tambahnya.
Selain itu, menurut Cherry kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih beliau iaitu Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy.
Sementara itu, sebanyak 22 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti korang selalu nampak komen-komen seperti “I am an old money collector, I buy syiling, cents and blabla…”. Ha, sounds familiar kan?
Hati-hati ye guys, baru-baru ini seorang pelajar di Damansara ditipu sindiket wang syiling lama ini sehingga menyebabkan beliau rugi sebanyak RM 5,250.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal melalui laporan Sinar Harian,
pelajar terbabit telah terpedaya selepas mendapat tawaran dari seorang lelaki warga asing yang kononnya berminat untuk membeli wang syiling lama.
Dia yang menuntut di institusi swasta pada mulanya menerima pesanan Instagram daripada suspek yang menawarkan RM80,000 bagi membeli lapan keping wang syiling lama.
Pelajar berusia 18 tahun itu menunjukkan syiling lama dimiliki olehnya sebelum suspek bersetuju untuk membeli. Mereka kemudianya berhubung melalui WhatsApp dengan suspek menggunakan nombor antarabangsa.
Nik Ezanee berkata, sejak berurusan dengan suspek, mangsa telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama berjumlah RM5,250 dan mula menyedari dirinya ditipu selepas suspek masih sering meminta wang daripadanya.
Untuk rekod, ini bukanlah kejadian pertama melibatkan sindiket wang syiling lama. Mungkin modus operandi yang dikongsikan ini tidak sama sepenuhnya dengan taktik kotor scammer yang lain, tapi ini yang perlu korang sedar.
Jangan mudah terpedaya dan sekiranya berlaku seperti ini kepada korang, segeralah melaporkan kepada pihak polis.
Dalam keadaan situasi pandemik seperti hari ini, rasanya jika boleh lebih baik sekiranya segala urusan dilakukan secara dalam talian. Masyarakat tidak perlu berpusu-pusu menuju ke satu tempat semata-mata untuk melakukan urusan harian.
Antara yang boleh dilakukan secara online adalah memesan makanan, barangan runcit atau barang basah memasak dan untuk memperbaharui lesen memandu juga korang boleh lakukannya secara online.
Gambar hiasan
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan portal JPJ online yang dikenali sebagai mySIKAP. Melalui portal ini korang boleh renew lesen JPJ secara online dan melakukan banyak lagi transaksi bagi urusan yang melibatkan kenderaan motor dan lesen pemandu.
Tapi sebelum itu, korang kena daftar dulu untuk log in portal mySIKAP ini. Berikut merupakan cara-caranya:
7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emal yang telah didaftarkan
Macam mana nak renew lesen secara online? Jom kita lihat perkongsian daripada gambar yang telah dimuat naik oleh Cik Yaya ini.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Cara ini juga dapat mengelakkan orang ramai daripada berkumpul ditempat awam dan secara tidak langsung dapat mengekang penularan COVID-19.