Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.
“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
Ads
“Mak ayah saya menangis. Makcik saya pun menangis dan menelefon. Katanya, ‘Kenapa ramai saya orang menghina kau sampai macam ini’. Memang sedih bila mereka adalah individu paling terkesan, tetapi saya cuba tabahkan mereka kerana ini adalah asam garam perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle Nadeera sepanjang bergelar anak seni..
Ads
“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Doyoung daripada kumpulan popular K-Pop, NCT, sekali lagi menyentuh hati para peminat apabila membuktikan keprihatinannya terhadap isu kebajikan dengan menyumbangkan dana berjumlah 100 juta Korea Won bagi menyokong golongan belia Korea Selatan yang sedang membuat persiapan untuk hidup berdikari. Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui World Vision, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang aktif dalam bidang bantuan dan pembangunan.
Menurut World Vision dalam satu kenyataan, sumbangan itu bertujuan membantu golongan muda yang keluar daripada sistem perlindungan dan masih memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan secara berdikari. Keputusan Doyoung atau nama sebenarnya Kim Doyoung (30) ini dibuat berlandaskan empati terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan belia selepas perlindungan undang-undang mereka tamat.
Pada masa yang sama, dana berkenaan akan digunakan dengan kerjasama 13 agensi sokongan berdikari di seluruh negara bagi membantu seramai 21 orang belia yang memerlukan. Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk kos perumahan dan perbelanjaan kecemasan sara hidup bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kehidupan harian yang stabil.
Sementara itu, Doyoung turut meluahkan harapannya agar sumbangan tersebut dapat memberi makna kepada mereka yang sedang berusaha membina masa depan.
“Saya mahu menjadi sedikit bantuan kepada setiap orang yang mempunyai impian,” katanya.
“Saya juga akan sentiasa terus bermimpi tanpa henti, sekarang dan selamanya,” jelasnya ringkas mencerminkan prinsip hidup dan semangat positif yang sentiasa dipegang oleh beliau.
Lebih menarik lagi, sumbangan ini dibuat ketika Doyoung yang kini sedang menjalani perkhidmatan latihan wajib ketenteraan. Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Korea, Cho Myung Hwan juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu isyarat keikhlasan yang amat dihargai.
“Walaupun sedang berkhidmat dalam tentera, Doyoung tetap menyampaikan perasaan ikhlasnya kepada kami melalui sumbangan ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan tulus beliau,” kata Cho.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Doyoung tampil menghulurkan bantuan. Pada Oktober lalu, beliau turut menyumbangkan 100 juta Korea Won kepada World Vision bagi menyokong pembinaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Kampung Bugondo, Uganda, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai selebriti yang konsisten dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikon global sensasi, Lisa Blackpink berkongsi mengenai aktiviti solonya yang terbaru selepas bernaung di bawah agensi LLOUD dan RCA Record.
Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal (27) membicarakan pengalaman pertama kalinya dia berlakon dalam siri drama terbaru HBO Original yang berjudul ‘The White Lotus’ musim ketiga.
“Disebabkan kami lakukan penggambaran di negara asal saya, Thailand. Saya boleh makan makanan Thailand setiap hari”
“Selain itu, saya juga dapat luangkan banyak masa berharga bersama ibu saya selama saya terlibat dengan penggambaran di sana,” katanya menerusi temubual bersama majalah ELLE US.
Dalam pada itu, Lisa turut berkongsi mengenai proses keterlibatannya dalam sesi pemilihan barisan pelakon ‘The White Lotus 3’.
“Saya tak beritahu ibu dan kawan-kawan pun bila saya ikut casting. Bila terpilih dan dapat tahu akan bawa watak tersebut, saya hampir menangis!” katanya.
“Ini adalah projek lakonan pertama saya. Saya seronok dan rasa gugup pada masa yang sama. Waktu dengar berita ini, saya terfikir macam mana cara saya nak beritahu orang lain tentang hal ini,” ujarnya lagi.
Pelantun lagu ‘Moonlit Floor’ ini turut mengambil kelas lakonan sebagai persediaan dirinya menjayakan watak dengan baik. Selain itu, Lisa berharap agar penonton dan peminatnya berpuas hati menonton siri tersebut.
Terbaru, preview The White Lotus bagi musim ketiga sudah pun dilancarkan dan menampilkan Lisa memerankan watak sebagai Mook iaitu seorang pempengaruh terkenal.
Menerusi video yang sama, Mook juga merupakan pengurus hotel dan juga cucu kepada pemilik hotel mewah di Thailand.
Wah, mesti ramai yang tak sabar nak tunggu penampilan perdana Lisa sebagai pelakon kan! Jom tengok dulu teaser di bawah dan cari mana Lisa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah syarikat impian korang tergolong di antara majikan yang dipilih ini?
Memasuki tahun ketiga sejak ia dilangsungkan, Anugerah Pilihan Graduan ataupun Graduate’s Choice Award (GCA) sekali lagi dianjurkan oleh Talentbank di Malaysia.
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan Talentbank, mereka merupakan pakar yang diiktiraf dalam pemasaran, pengambilan dan penyelidikan majikan global.
In another word, these guys know what they are saying when it comes to employers and employment.
Untuk edisi 2021 ini, lebih 24000 bakal graduan telah dipilih daripada universiti awam dan swasta seluruh Malaysia untuk mengundi siapakah bakal majikan dan syarikat yang menjadi pilihan mereka. Lebih 700 buah syarikat daripada 26 sektor berbeza telah disenaraikan untuk pelajar yang terlibat.
Ini termasuklah sektor perakaunan, automotif, e-dagang, elektronik, barangan pengguna, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), farmaseutikal, perniagaan runcit, teknologi, telekomunikasi dan banyak lagi.
Talentbank menerusi laman web mereka telahpun menyenaraikan siapakah majikan pilihan korang. Jom lihat senarai di bawah sama ada syarikat impiat korang tergolong di antara majikan yang dipilih ini.
TOP 10 KESELURUHAN
1. Maybank
2. Google
3. Microsoft (Malaysia)
4. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
5. Shopee Malaysia
6. Intel Malayisa
7. CIMB
8. Shell Malaysia
9. Celcom Axiata Berhad
10. PwC Malaysia
*
Berikut pula merupakan syarikat yang tersenarai mengikut sektor yang disenaraikan:
PERAKAUNAN & SERVIS PROFESIONAL
PwC Malaysia
EY
KPMG PLT
Grant Thornton Malaysia PLT
AUTOMOTIF
Honda Malaysia Sdn Bhd
Proton
PERBANKAN
Maybank
CIMB
Public Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
KIMIA
Petronas Chemicals Group Berhad
Nippon Paint (M) Sdn Bhd
PERUNDINGAN
KPMG PLT
EY
PwC Malaysia
E-DAGANG
Shopee Malaysia
AirAsia.com
Zalora
PENDIDIKAN
Sunway Education Group
Universiti Tunku Abdul Rahman
Multimedia University
ELEKTRONIK
Intel Malaysia
Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
Dell Technologies
KEJURUTERAAN
Petroliam Nasional Berhad
Shell Malaysia
Intel Malaysia
Schlumberger
FESYEN
Uniqlo (Malaysia) Sdn Bhd
Al-Futtaim Group Berhad
JD Sports Fashion Sdn Bhd
RANGKAIAN MAKANAN SEGERA
McDonald’s Malaysia
KFC Malaysia
Texas Chicken Malaysia
Burger King Malaysia
BARANGAN PENGGUNA CEPAT LARIS (FMCG)
Nestlé Malaysia
Unilever
L’Oréal Malaysia
Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N)
Mondelez International
SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)
Telekom Malaysia Berhad (TM)
Tenaga Nasional Berhad
Employees Provident Fund (EPF)
Permodalan Nasional Berhad
INSURANS
Great Eastern Life Assurance (M) Berhad
Prudential Assurance
Allianz Malaysia Berhad
Takaful Malaysia
LOGISTIK
Maersk Malaysia Sdn Bhd
MISC
PEMBUATAN
Top Glove Sdn Bhd
Hartalega
HP Inc.
Nippon Paint (M) Sdn Bhd
MINYAK & GAS
Petroliam Nasional Berhad
Shell Malaysia
Petron Malaysia
Schlumberger
FARMASEUTIKAL
Johnson & Johnson
Duopharma Biotech Berhad
GlaxoSmithKline (GSK)
PEMAJU HARTANAH
EcoWorld Malaysia
Sunway Property
IOI Properties Group Berhad
YTL Construction
IJM Corporation Berhad
PERNIAGAAN RUNCIT
Ikea
Watsons Malaysia
Guardian
TEKNOLOGI
Google
Microsoft (Malaysia)
Intel Malaysia
Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
TELEKOMUNIKASI
Celcom Axiata Berhad
Telekom Malaysia Berhad (TM)
U Mobile Sdn Bhd
*
Jadi, ada tak di antara majikan impian korang yang tersenarai? Lihat senarai penuh 700 buah syarikat yang dimaksudkan di SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!