Juara sulung Raise The Star Malaysia (RTSM) musim pertama, Didie Shazry membuat keputusan menyentuh hati apabila memilih untuk menghadiahkan separuh daripada ganjaran RM30,000 yang dimenanginya kepada kakak sulungnya, Asniza Norsita.
Bagi Didie, kakaknya yang kini berusia 33 tahun bukan sekadar seorang kakak, malah insan istimewa yang sanggup mengorbankan masa remajanya demi membesarkan adik-beradik selepas perceraian ibu bapa mereka.
“Separuh daripada wang kemenangan saya akan beri kepada kakak saya dan selebihnya saya akan menggunakan untuk berkarya.
“Saya berasakan kakak memang selayaknya mendapatkan wang kemenangan ini. Ceritanya dulu sewaktu umur sembilan tahun, ibu bapa saya bercerai. Masing-masing bawa haluan sendiri.
“Kakak baru berusia 16 tahun sanggup berhenti sekolah sebagai pengorbanan supaya adik-adik yang lain dapat bersekolah,” katanya kepada Remaja.
Ads
Anak kelima daripada tujuh beradik itu turut mendedahkan, hadiah tersebut akan diberikan sebagai kejutan tanpa pengetahuan kakaknya.
“Saya tidak memberitahu dia mahu membahagikan wang kemenangan bersama. Ini merupakan satu kejutan buat kakak.
“Memang sudah berniat mahu berkongsi wang kemenangan ini. Dia memang layak mendapatkan apa yang saya terima ini. Pada malam ini (Ahad), kakak hadir melihat saya di pentas akhir.
Ads
“Di minggu separuh akhir pun dia sanggup datang dari Sabah untuk lihat saya membuat persembahan,” ujarnya.
Menurut Didie, kakak sulungnya itu juga sanggup berhenti sekolah ketika Tingkatan Empat demi memastikan adik-adik lain dapat bersekolah kerana keadaan keluarga yang tidak berkemampuan.
Didie juga berkongsi bahawa kehidupannya pernah berubah apabila dibesarkan oleh keluarga angkat yang membuka jalan untuknya mengenali dunia muzik.
“Saya tinggal dengan kakak sejak usia sembilan tahun hingga 12 tahun. Selepas itu saya diambil sebagai anak angkat oleh arwah abah angkat saya dan dialah yang banyak mengajar saya tentang muzik.
“Saya hidup dengan keluarga angkat sampai Tingkatan Empat kerana bapa angkat meninggal dunia dan kemudiannya tinggal semula dengan kakak sehinggalah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perak,” katanya lagi.
Semalam, Didie diumumkan sebagai juara RTSM musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir dua tahun isu kes cabul membabitkan pelakon versatil, Puteri Balqis, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kata ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.
“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.
“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.
“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” katanya menerusi Instagram Aqish.
Selain itu, ibunya turut memaklumkan hanya mereka berada dalam hidupnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.
Bahkan, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.
“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.
“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.
“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Aqish yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.
Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi pengikut tegar drama Curi-Curi Cinta, tahniah kerana korang telah menjadikan drama tersebut trending di tangga pertama Twitter semalam!
Selama 28 episod drama arahan itu ditayangkan, ramai yang memuji lakonan para pelakonnya terutama Fauziah Nawi, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Cumanya, drama ini menggabungkan elemen sedih / dramatik bersama elemen komedi.
Dan apabila tiba babak komedinya, memang semua penonton akan berdekah ketawa di hadapan kaca televisyen. Jadi bagaimana sebenarnya seorang pelakon boleh tahan gelak sewaktu babak seperti itu?
Zahirah Macwilson yang membawakan watak Intan semalam sempat berkongsi pengalamannya merekod babak Aiman Hakim menyanyi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) di dalam kereta dalam episod 27 yang telah menjadi viral di media sosial.
“Sebenarnya untuk penggambaran Curi-Curi Cinta ini, produksi menggunakan 1 kamera. Jadi selepas mereka merekod babak Aiman, barulah babak Ira.
“Semasa babak Danial (watak Aiman Hakim) menyanyi, kru telah merekod bahagian Ira terlebih dahulu. Jadi Ira tidak tahu yang Aiman akan menyanyi sebegitu rupa. Abang prop master yang memandu kereta itu semasa babak Ira, bukannya Aiman. Tetapi semasa babak Aiman pula, Ira perlu ada di dalam kereta kerana perlu feed line kepada Aiman.
“So yea, itulah rahsia bagaimana Ira tidak gelak semasa babak itu. Tapi jujurnya, semua orang tak sangka dia akan menyanyi seperti itu,” jelasnya lagi sebelum episod akhir drama Curi-Curi Cinta ditayangkan semalam di Astro Ria.
“Kadangkala kami tidak berada di satu tempat semasa babak itu berlangsung. Kami sebagai pelakon perlu bayangkan saja mengikut skrip.”
Ouhh..
Anyway, korang puas hati tak dengan ending Curi-Curi Cinta semalam?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan seorang ‘kaki wayang’ seperti kami, tentunya korang perasan akan klip teaser filem terbaru francais Star Wars yang telah dimainkan hampir setahun lamanya di pawagam.
Star Wars: The Rise of Skywalker merupakan antara filem yang dinanti-nantikan sejak awal tahun ini. Walaupun korang bukan pengikut Star Wars sekalipun, klip teaser pertamanya saja sudah membangkitkan rasa ingin tonton.
Akhirnya setelah tempoh setahun, pengeluar rasmi filem ini iaitu The Walt Disney Company mengeluarkan poster rasminya pada hari ini.
Ia menampilkan watak-watak penting yang akan menjadi penguat kepada Star Wars: The Rise of Skywalker yang dibawakan oleh pelakon Hollywood berbakat. Antaranya termasuklah Carrie Fisher, Mark Hamill, Adam Driver, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Lupita Nyong’o dan ramai lagi.
Ini pula merupakan klip teaser terkininya.
Star Wars: The Rise of Skywalker sekali lagi dihasilkan oleh Lucasfilm dan J.J Abrams dan kali ini, penonton akan dibawa ke slot pengakhiran saga Skywalker di mana lagenda baru akan muncul untuk berlawan demi satu misi: kebebasan.
Ia akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini. Untuk info terkini, korang boleh ikuti update terbaru mereka di Instagram dan Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.