Siapa kata serangan jantung hanya akan menyerang golongan warga emas? Kalau korang masih beranggapan seperti ini, ia sebenarnya adalah memang benar-benar silap.
Serangan jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah penyakit ini juga boleh menyerang golongan muda. Jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga tidak terkecuali terkena serangan jantung ini.
Ramai pesakit yang tidak menyangka mereka mempunyai masalah jantung dan apabila berlakunya simptom-simptom sakit jantung, rata-ratanya tidak peka, lalu membawa padah kepada diri sendiri.
Ada dua perkara yang perlu korang tahu, fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack) kerana tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa.
Berikut adalah perbezaan serangan-serangan tersebut:
Jantung terhenti (sudden cardiac arrest)
Gangguan sistem elektrik jantung
Tidak mempunyai tanda amaran
Jantung tiba-tiba berhenti berdenyut dan tiada darah dipam ke seluruh badan
Pesakit tiada mempunyai denyutan nadi
Serangan jantung (heart attack)
Gangguan aliran darah
Mempunyai gejala awal
Bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersekat tetapi jantung masih berdenyut
Pesakit mempunyai denyutan nadi melainkan kes serangan jantung menyebabkan jantung terhenti
2. Mulakan CPR tekanan dada pada kadar 100-120 tekanan seminit
3. Gunakan perenjat denyutan (AED) jika ada
Ads
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peluang untuk hidup lebih tinggi jika lebih ramai tahu apa yang perlu dilakukan apabila terdapat seseorang mengalami jantung terhenti.
Sekiranya berlaku tanda-tanda ini, jangan ambil remeh dan ambil tindakan pantas okay?
Kecoh beberapa hari ini tentang atlet terjun Great Britain, Tom Daley yang asyik mengait sambil menyaksikan rakan atlet lain bertanding. Dia yang menggondol emas Olimpik sulungnya dalam acara terjun bergandingan 10-meter mendapat hobi tersebut ketika lockdown mula-mula dilaksanakan di negaranya tahun lalu.
Kegilaannya terhadap hobi mengait ini jelas apabila dia turut mencipta satu akaun baru yang diberi nama ‘Made with Love by Tom Daley’ khusus untuk menampilkan hasil akhir dari hobinya itu.
Meninjau ke laman instagramnya, ternyata bukan sahaja untuk manusia, bahkan Tom turut membuat pelbagai jenis rekaan untuk haiwan kesayangan miliknya dan juga teman. Selain itu sebahagian kreativitinya itu turut dilelong untuk tujuan kebajikan.
Comel!
Menariknya dalam satu hantaran di laman Instagram, jejaka berusia 27 tahun ini turut menghadiahkan sehelai cardigan rona merah jambu hasil kaitannya kepada atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.
Jun Hoong bersama Tom Daley
Dalam hantaran itu dia berkata, “Saya menghasilkan untuk rakan saya, Cheong Jun Hoong sehelai cardigan! Sementara berjauhan dengan keluarga ini saya telah menghasilkan banyak rekaan menggunakan benang @hooked.zpagetti yang berubah warna sepanjang penghasilannya. Saya obses dengannya!”
Tom turut menjelaskan dalam laporan portal iNews yang hobinya ini membantu dia mengahadapi tekanan ketika bertanding. “Mengait sudah menjadi satu cara untuk saya mencapai ketenangan, kesedaran dan melepaskan tekanan. Saya sukakannya. Belajar mengait banyak membantu perjalanan saya di Olimpik. Kami memang emas kelmarin dan saya menghasilkan sarung khas untuk medal supaya tidak tercalar,” ujarnya.
Model antarabangsa, Isabella Khair Hadid atau lebih komersil dikenali sebagai Bella Hadid telah terus-menerus bersifat lantang dalam melaungkan sokongannya terhadap rakyat Palestin yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka.
Sejak serangan dicetuskan oleh tentera Israel ke atas jemaah Islam Palestin yang sedang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan, Bella telah mengecam kekejaman rejim tersebut yang tidak berperikemanusiaan.
Tidak ramai selebriti Hollywood yang berani tampil ke hadapan untuk menegakkan keadilan selain daripada Bella, kakaknya Gigi Hadid, The Weeknd, Mark Ruffalo, Natalie Portman, Zayn Malik dan Dua Lipa.
Selebihnya, selebriti Hollywood lain seperti Gal Gadot dan Rihanna hanya mengharapkan keamanan dapat dikekalkan di antara Palestin dan Israel ataupun lebih mendukacitakan, enggan memberi sebarang komen. Ini kerana mereka tidak mahu terpalit dengan apa-apa isu yang pastinya timbul di tempat kerja masing-masing.
Umum mengetahui, dunia hiburan seni Hollywood dan apa-apa industri yang berkait rapat dengannya dimonopoli oleh golongan elit berketurunan Yahudi. Mereka mempunyai wang, kuasa dan mampu mengubah sistem sesebuah industri itu sekiranya ada pihak yang menentang.
Nampaknya, Bella Hadid mungkin sekali sudah terkena tempias akibat tentangannya ke atas rejim Israel. Model itu dikatakan berisiko kehilangan kontrak bersama jenama fesyen dan kecantikan popular Perancis, Dior.
Selama ini, Bella merupakan salah seorang ‘fashion darling’ jenama itu yang tidak pernah serik untuk menjemput Bella menjayakan iklan baharu, berjalan di pentas peragaan Dior malah menghadiri pertunjukan fesyen Dior Men.
Namun selepas kelantangan Bella mendapat laporan menyeluruh dari penggiat media massa dan di media sosial, kelompok pro-Israel mula menyerang ruang komen di akaun media sosial Dior seperti Instagram dan Facebook.
Mereka mulai menyalak dengan kecaman dan berharap agar Dior menghentikan sebarang kerjasama dengan Bella jika Dior enggan dilabel sebagai jenama ‘anti-semitism’ atau anti-Israel. Ada juga ura-ura yang mengatakan kontraknya bakal ditamatkan oleh LVMH iaitu syarikat yang memiliki 75 buah jenama fesyen popular di bawahnya.
Biarpun begitu, tidak kurang juga ramai warganet yang memberi menyokong penglibatan Bella bagi jenama Dior dan sanggup membeli produk Dior disebabkan Bella.
Sekiranya memang benar Bella ditamatkan kontraknya dengan Dior, warganet sudah melaungkan rasa tidak puas hati mereka. Hanya disebabkan oleh penyertaan Bella dalam protes untuk Palestin baru-baru ini di Brooklyn, Amerika Syarikat, suaranya terus ‘disenyapkan’.
Di saat ramai yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, remaja merupakan antara golongan yang menerima impak terbesar. Bagi remaja yang masih bersekolah, tentunya mereka tertekan dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) yang dijangka berterusan hingga suku keempat tahun ini.
Bagi remaja lepasan sekolah menengah, kolej serta universiti pula yang memilih untuk terus menceburi bidang pekerjaan; jujurnya tidak banyak peluang pekerjaan yang menanti mereka sekarang.
Faktor kekurangan peluang telah ini menyakinkan sebilangan besar remaja Malaysia untuk mencuba nasib berniaga peniaga kecil hingga sederhana (SME) menerusi perniagaan jenis start-up; sama ada secara atas talian mahupun stor fizikal.
Biarpun semangat yang ditunjukkan itu wajar dipuji, realitinya; tidak banyak perniagaan yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ini mampu bertahan lama. Paling-paling pun mungkin sekadar dua ke tiga bulan saja sebelum ia terpaksa gulung tikar. Bukan produk jualan yang harus dipersalahkan tetapi percaturan yang dibuat oleh peniaga remaja itu sendiri.
Jom kita lihat lima cara bagi memastikan sesebuah perniagaan kecil bioleh mempunyai ‘foundation’ kukuh bagi menjamin ia mampu bertahan lama.
01
Setiap peniaga harus serius dalam menentukan hala tuju perniagaan sebelum memulakannya lagi.
Jika korang tidak betul-betul percaya dengan potensi perniagaan tesebut, bagaimana korang boleh membuatkan pembeli mempercayainya. Sejak awal, korang perlu tetap fokus dan hala tuju. Tidak perlu terlalu berfikiran jauh, hanya cipta satu garis masa merangkumi perancangan untuk perniagaan dan sasaran bulanannya.
02
Sambil berniaga, sambil timba ilmu.
Walaupun korang sudah bergelar lepasan SPM atau graduan universiti, usah pernah berhenti menuntut ilmu baharu terutamanya ilmu perniagaan. Dari situ, perancangan perniagaan tadi akan menjadi lebih kukuh dari semasa ke semasa.
Untuk memastikan perniagaan SME bertahan lama memerlukan strategi penyelidikan, penyusunan data, membuat kesimpulan dan penambahbaikan. Semua itu hanya boleh terjadi dengan adanya pengalaman dan – ya – ilmu.
03
Customers are always right? That IS right.
Pelanggan ialah aset utama sesebuah perniagaan SME. Lihat kepada corak permintaan (demand) di sekeliling. Jika korang masih menjual perkara yang tidak mendatangkan keuntungan, sampai bila bisnes boleh bertahan. Jadi, dengarlah dan lihatlah keinginan pembeli.
Lihat paras harga yang membuatkan mereka sudi berbelanja dan bandingkannya dengan kualiti barangan atau perkhidmatan yang diberikan. Tak keterlaluan jika penulis sifatkan bahawa pelangganlah yang menentukan arah tuju bisnes korang.
04
Apabila sudah mula untung sedikit, jangan pula korang mula berangan. Ada je remaja yang ‘lupa diri’ sebentar apabila keuntungan mulai masuk.
Mana-mana perniagaan SME berjaya mempunyai perancangan aliran tunai yang sistematik. Untung bukan sekadar untung, ia harus digunakan sebaik mungkin untuk membayar pekerja (jika ada atau jika terasa perlukan penambahan kakitangan), membayar bil, upah, bekalan, membeli inventori, mempromosikan dan memasarkan perniagaan. Walaupun perniagaan masih kecil, semua itu sudah perlu difikirkan.
05
Bercakap tentang pemasaran, kita tahu ramai remaja yang menjadikan media sosial sebagai platform utama memasarkan produk dan perkhidmatan. Sebagai permulaan, media sosial boleh membantu. Tapi setelah perniagaan makin berkembang, tentunya korang ingin mencari peluang bagi memperluaskan lagi pengaruh bisnes masing-masing.
Ada banyak platform yang boleh korang cuba. Salah satu platform yang mencuri tumpuan kami ialah portal SME360 yang diperkenalkan oleh Astro Media Solutions (AMS).
Portal yang telah membantu ramai pengusaha SME di Malaysia ini merupakan satu hub sehenti yang mengiklankan dan memasarkan perniagaan SME secara konsisten kepada pelanggan.
SME360 meliputi pakej media merentasi televisyen, radio, digital dan platform e-dagang seta melibatkan figura berpengaruh (influencer) di media sosial untuk membantu promosi. Bukan itu saja, ia menyediakan sesi konsultansi secara percuma yang membantu mencetuskan lagi buah fikiran peniaga remaja.
Dengar seperti memerlukan kos yang mahal kan. Tapi jika dilihat kembali, pakej yang ditawarkan berbaloi dengan nilai pelaburan. Ia hadir dengan produksi komplimetari hingga bernilai RM7000 (bagi pakej TV dan radio). Peniaga juga akan menerima kredit pengiklanan istimewa daripada SME360.
Di antara nama-nama berpengaruh yang telah memperolehi manfaat daripada SME360 termasuklah Aura White, Sugar Bomb dan Dato’ Dr Nazri Khan.
Haabukan calang-calang nama tu. Oleh itu, bagi yang merasakan sudah tiba masanya untuk mereka ‘level up’ strategi perniagaan seterusnya, korang hanya perlu melayari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SME360.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Nazrief Nazri mendedahkan dia dan isterinya pernah menjadi mangsa sihir penunduk oleh bekas pembantu rumah. Kisah benar ini menjadi peringatan bahawa sihir penunduk masih wujud di zaman moden.