Jika ada yang menyebut Sijangkang, mungkin ramai yang tidak tahu lokasi kawasan ini atau menganggap ia adalah sebuah pekan biasa yang terletak di negeri Selangor. Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima Garang, lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat.
Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri dan Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Maka, tidak hairanlah sekiranya kawasan di Sijangkang ini dipenuhi pepohon hijau yang tumbuh melata disekelilingnya. Kalau korang nak tahun, di sini juga terdapat taman rekreasi yang telah dibangunkan sendiri oleh tenaga dan inisiatif warga tempatan demi memajukan eko pelancongan di kampung tersebut.
Dinamakan sebagai Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, korang boleh beriadah di sini dengan melakukan jungle trekking sepanjang 750 meter satu hala melalui titian yang dibuat daripada susunan kayu sambil ditemani dengan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang subur di kawasan paya ini.
Korang juga boleh belajar mengenali jenis-jenis pokok disekitar perjalanan kerana terdapat papan tanda untuk nama pada setiap pokok di kawasan itu. Paling penting, sudah tentu ia menjadi antara lokasi yang cantik untuk mengambil foto OOTD. Hiks!
Ads
Foto: Travetopia
Menurut Travetopia, bayaran masuk ke taman rekreasi ini hanya RM2 bagi orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Murah sahaja kan?
Ads
Jika ada yang nak berlibur sebelum Ramadan nanti, bolehlah berkunjung ke sini. Maklum saja kita masih tidak dibenarkan rentas negeri. Maka, terpaksalah jalan-jalan di kawasan sekitar sahaja. But, why not kan? Hiks!
Istimewa sungguh menonton berita malam ini apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli sudi membaca Berita Perdana RTM khusus sempena sambutan ulang tahun ke-75 stesen televisyen nasional tersebut.
Kini setelah lebih empat tahun, kerinduan rakyat jelata untuk menyaksikan Tengku Permaisuri secara langsung menyampaikan berita terubat. Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita tersebut menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Detikpenampilan terakhir Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan berita pada 31 Ogos 2016
Tampil anggun dalam persalinan blazer rona merah jambu baginda kelihatan begitu menawan. Apa yang menarik perhatian, walaupun sudah lama tidak berkhidmat sejak berkahwin dengan DYMM Sultan Selangor, gaya dan lenggok pembacaan baginda masih sama seperti dahulu.
Penampilan awal Tengku Permaisuri Norashikin sebagai pembaca berita
Mengimbau kembali detik baginda di bilik berita, 31 Ogos 2016 merupakan hari terakhir baginda membuat kemunculan sebagai pembaca berita setelah lebih 20 tahun bergelar seorang personaliti televisyen.
Menerima Anugerah Seri Angkasa
Mengulas sedikit mengenai kerjaya, Tengku Permaisuri sebelum ini dilihat sebagai sebagai wajah utama dan personaliti ikonik dalam menyampaikan berita di RTM. Baginda pernah diangkat sebagai pembaca berita terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Sumber gambar: Tangkap Layar YouTube Berita RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Sekali pandang tidak menyangka itu adalah daripada gabungan makanan dan bukan terhasil daripada cat warna yang seperti biasa digunakan pelukis-pelukis lain.
Gadis berusia 25 tahun ini mengunakan waktu kuarantin ketika dunia dilanda musibah pandemik Covid-19 dengan mencuba sesuatu yang baru. Menjadikan bahan-bahan mudah dan ada di depan matanya untuk dijadikan medium utama dalam berkarya.
Memetik laporan Oddditycentral, pelukis wanita berusia 25 tahun itu mula bereksperimen dan menggunakan beberapa jenis makanan yang ada di depan mata dan mudah diperoleh seperti coklat, madu, jem dan jus delima sepanjang tempoh kuarantin baru-baru ini.
“Saya mulai memikirkan tentang apa yang dapat digunakan dan disukai semua orang, dan akhirnya saya merasakan makanan adalah sesuatu yang sangat sesuai memandangkan ia berdekatan dengan kita sepanjang masa.
“Ke mana sahaja saya melangkah, apa yang dilihat hanyalah makanan, jadi saya merasakan ia sangat sesuai dan perlu saya gunakan beberapa bahan daripada makanan yang boleh kita nikmati selepas melukis,” kongsinya.
Memang terbaik dan sangat kreatif! Kombinasi beberapa makanan itu ternyata menghasilkan lukisan yang umphh dan luar biasa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dengan sebuah kedai runcit yang kecil pada tahun 1957 di Kelantan, kini pemborong dan peruncit, Pasaraya Mydin mempunyai pelbagai cawangan di serata Malaysia.
Perniagaan tersohor tersebut, yang kini telah diambil alih oleh salah seorang anak kepada pengasas Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
Baru-baru ini, menerusi petikan video dari temu bual bersama stesen radio BFM yang dimuat naik di laman Instagramnya, beliau berkongsi ‘rahsia’ di sebalik kejayaan pasar raya Mydin yang dimilikinya berkenaan.
Kongsinya, beliau menyifatkan mengahwini pasangan yang tepat adalah sangat penting kerana sokongan dan dorongan yang positif perlu datang dari mereka.
“Mengahwini pasangan yang tepat adalah kunci kejayaan para usahawan. Ini kerana mereka perlu berada di sisi dan akan menjadi individu yang banyak berkorban,” katanya.
Penyampai radio yang menemu bual beliau turut menambah bahawa setiap kejayaan seorang lelaki akan ada wanita yang lebih kuat di belakang mereka.
Bagaimanapun, ungkapan tersebut dikatakan kurang dipersetujui oleh isteri beliau kerana menganggap dirinya tidak berada di ‘belakang’, tetapi sentiasa bergerak seiring untuk memberi sokongan.
Malah, buku MYDIN: The Untold Story yang diterbitkan pada tahun 2012 juga ditulis oleh isterinya, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd. Walau buku tersebut ditulis oleh isteri tercintanya, namun hanya gambar Ameer Ali Mydin diletakkan di buku hadapan.
“Isteri saya kurang setuju dengan kata-kata tersebut kerana bagi dirinya, dia tidak berada di belakang. Tetapi berada bersama dengan saya dalam setiap kejayaan,” tuturnya lagi.
“Semua orang cakap, ‘Wah, awaklah lelaki itu.’ Tidak. Sebenarnya saya bukanlah lelaki itu dan ada seorang wanita bersama saya yang yang menulis buku tersebut,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.