
Penyanyi rap dan pelakon terkenal, T.O.P baru-baru ini kembali meraih perhatian selepas tampil memohon maaf kepada peminat susulan kritikan yang diterima berhubung isu komunikasi antara dirinya, pihak agensi dan para peminat.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di media sosial rasmi TOPSPOT PICTURES, pihak agensi mengakui mengambil serius segala kebimbangan serta maklum balas yang disuarakan peminat. Mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada bekas anggota kumpulan BIGBANG itu selama ini.
“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas kekurangan maklumat terkini mengenai aktiviti T.O.P serta komunikasi kami yang tidak mencukupi dengan para peminat”

“Kami memahami kekecewaan dan rasa tidak puas hati yang timbul akibat perkara ini,” jelas kenyataan tersebut.
Bukan itu sahaja, TOPSPOT PICTURES turut berjanji untuk memperbaiki cara mereka berkomunikasi dengan peminat pada masa akan datang. Pihak agensi menyatakan kesediaan untuk mendengar pandangan yang diberikan serta menilai semula amalan komunikasi sedia ada demi memastikan pengurusan mereka dapat ditambah baik.
Difahamkan, permohonan maaf tersebut hadir selepas laman peminat T.O.P, ChoiSeungHyun.com, mengumumkan penutupan operasi selepas berkhidmat selama 20 tahun. Keputusan berkenaan mencetuskan perhatian dalam kalangan peminat, terutama apabila pihak laman itu membangkitkan isu kekurangan komunikasi serta usaha mereka yang didakwa tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Bagaimanapun, pihak laman peminat berkenaan menjelaskan bahawa penutupan itu bukan disebabkan hubungan cinta T.O.P dengan pelakon Nana. Sebaliknya, mereka mendakwa beban kerja tanpa bayaran serta tanggungan kewangan ketika mempromosikan aktiviti penyanyi itu, selain kurangnya komunikasi dan penerimaan maklum balas daripada pihak agensi, menjadi antara faktor utama keputusan tersebut.
Untuk rekod, T.O.P sebelum ini mencuri perhatian selepas mendedahkan hubungannya dengan pelakon Nana pada 2 Oktober lalu. Kedua-duanya dilaporkan mula menjalin hubungan cinta pada Jun lalu selepas berkenalan ketika menjalani penggambaran sebuah video muzik.
Sementara itu, janji TOPSPOT PICTURES untuk memperbaiki komunikasi kini menjadi perhatian peminat yang mengharapkan perubahan lebih jelas daripada pihak agensi. Sama ada usaha tersebut mampu memulihkan kepercayaan peminat, perkara itu pastinya bergantung pada tindakan susulan dan keterbukaan mereka dalam mengendalikan perkembangan kerjaya T.O.P selepas ini.
Sumber: Instagram TOPSPOT PICTURES
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



![[REVIEW] 'Escape Plan 2: Hades', Filem Aksi Sylvester Stallone & Dave Bautista! 9 [REVIEW] 'Escape Plan 2: Hades', Filem Aksi Sylvester Stallone & Dave Bautista!](https://cdn.remaja.my/2018/07/MV5BNzAyZGM0YTUtOTUzZi00Y2U1LWEzMzEtZWJiMDkzMGNkNjJlXkEyXkFqcGdeQXVyOTE2MTYxOQ@@._V1_SY1000_SX1500_AL_.jpg)
![[REVIEW] 'Escape Plan 2: Hades', Filem Aksi Sylvester Stallone & Dave Bautista! 10 [REVIEW] 'Escape Plan 2: Hades', Filem Aksi Sylvester Stallone & Dave Bautista!](https://cdn.remaja.my/2018/07/escape-plan-2-hades-movie-stills-and-poster-4.jpg)





