Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai buat kali kedua selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Aktor berusia 42 tahun itu, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Selepas prosiding, Farid dilihat tenang dan menerima perpisahan ini dengan hati terbuka.
Terdahulu, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun mereka kembali rujuk selepas 21 hari. Diana kemudiannya memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telefon pintar hari ini merupakan satu simbol gaya hidup. Kiranya, tak ada phone tak ada life lah! Percaya atau tidak, pemilihan telefon pintar sedikit sebanyak berkait rapat dengan personaliti anda. Ambil kuiz ini dan lihat, betul atau pun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, fenomena bunga Tekoma yang tumbuh mekar di negeri Kedah akan mencuri tumpuan ramai rakyatnya pada musim panas.
Setiap kali tibanya bulan Februari dan Mac, bunga yang digelar sebagai ‘sakura Kedah’ itu akan menyerikan pemandangan jalan raya di negeri tersebut. Bagaimanapun pada tahun ini, ramai pulang hampa apabila ia tidaklah semeriah dan selebat tahun-tahun sudah.
Ini berikutan bunga Tekoma yang tidak kembang dan gugur serentak membuatkan tiada ‘hamparan’ kelopak berwarna merah jambu, putih dan ungu pada kaki jalan. Tidak hairanlah tidak begitu banyak foto OOTD yang dimuat naik ke media sosial seperti tradisi tahun -tahun sebelum ini.
Tekoma yang berasal dari kepulauan Carribean dan Amerika Selatan merupakan sejenis spesis yang berbunga lebat pada musim panas dan kemarau. Sekiranya di Jeju Korea Selatan, fenomena bunga Cammelia mekar muncul semasa musim sejuk, di negara Khatulistiwa pula, ia terjadi kepada bunga Tekoma pada musim panas.
Lalu, setelah melihat fenomena bunga Tekoma yang menarik perhatian pelancong pada setiap tahun ke Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum ini telah menanam kira-kira 1000 pohon Tekoma di sepanjang jalan bagi mencantikkan lagi pemandangan di sana. Ala-ala musim luruh, gitu.
Sayang sekali pada tahun ini, ia tidak mekar seperti yang diharapkan. Mungkin sekali, ia disebabkan oleh faktor cuaca ataupun faktor usia pohon Tekoma tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, kontroversi melibatkan bintang terkenal, Cha Eun Woo atau pemilik nama sebenar Lee Dong Min terus mencuri tumpuan selepas pihak berkuasa tempatan mendedahkan penemuan berkaitan sebuah syarikat liabiliti terhad yang dikaitkan dengan namanya. Syarikat tersebut sebelum ini didaftarkan menggunakan alamat sebuah restoran belut di Ganghwa yang diusahakan oleh ibunya.
Memetik laporan AllKpop, pada 26 Januari lalu, pegawai Daerah Ganghwa telah menjalankan pemeriksaan tapak ke atas syarikat berkenaan yang didaftarkan sebagai perniagaan perancangan budaya dan seni awam. Menurut pihak berkuasa, hasil pemeriksaan mendapati tiada pejabat, perabot atau kemudahan asas yang lazimnya diperlukan untuk menjalankan operasi perniagaan di lokasi tersebut.
Difahamkan, restoran belut yang tersenarai sebagai alamat syarikat itu dibuka pada tahun 2020 atas nama ibu Cha Eun Woo dan beroperasi selama kira-kira lima tahun. Namun, selepas penyanyi berusia 29 tahun itu menyertai perkhidmatan ketenteraan pada Julai tahun lalu, restoran tersebut menjalani pengubahsuaian dan kini tidak lagi beroperasi, dengan kerja-kerja ubahsuai dilaporkan turut dihentikan buat sementara waktu.
Lebih menarik lagi, pada hari yang sama pemeriksaan tapak dijalankan, syarikat tersebut telah memfailkan permohonan untuk menukar alamat pendaftaran ke Daerah Gangnam. Wakil Pejabat Daerah Ganghwa mengesahkan bahawa proses pertukaran alamat itu telah diselesaikan pada hari yang sama, sekaligus menamatkan pendaftaran syarikat berkenaan di Ganghwa.
Pada masa yang sama, timbul juga laporan berkaitan siasatan cukai ke atas Eun Woo di mana sebelum ini disiasat oleh Biro Siasatan 4, Pejabat Cukai Wilayah Seoul atas dakwaan pengelakan cukai, dengan Perkhidmatan Cukai Negara dilaporkan mengenakan taksiran cukai tambahan melebihi 20 bilion Korea Won (kira-kira RM54,791,860).
Mengulas isu tersebut, agensinya Fantagio dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa perkara utama yang sedang diteliti adalah sama ada syarikat yang ditubuhkan oleh ibu Cha Eun Woo boleh diklasifikasikan sebagai entiti percukaian substantif.
“Ini bukanlah perkara yang telah dimuktamadkan atau dimaklumkan secara rasmi, dan kami akan memperjelaskan isu berkaitan tafsiran serta penerapan undang-undang melalui proses yang sewajarnya,” jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, Cha Eun Woo tampil memohon maaf secara terbuka pada 26 Januari menerusi akaun media sosial rasminya susulan kontroversi melibatkan namanya dan menyatakan rasa kesal atas situasi yang berlaku dan mengakui kesilapan yang telah mencetuskan kebimbangan serta kekecewaan dalam kalangan orang ramai.
Susulan kontroversi ini, beberapa jenama juga dilaporkan mula mengehadkan pendedahan iklan melibatkan Cha Eun Woo. Antara yang terkesan termasuk jenama penjagaan kulit Abib, jenama fesyen Marithé François Girbaud serta jenama pendidikan Daesung MIMAC yang dilaporkan menukar atau memadam kandungan promosi melibatkan artis tersebut di platform media sosial mereka, walaupun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak jenama terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...