Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menitipkan kata-kata semangat buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah agar dikurniakan kebahagiaan.
Menerusi hantaran di Instastory, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mengakui dirinya amat memahami situasi yang dilalui Bella pada saat ini.
Lebih mengejutkan apabila salah seorang wanita yang dicurangi Aliff didakwa adalah adik Bella iaitu Eriqa Astillah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik kehidupan sederhana di Kampung Patah Pisau, Rompin, Pahang, tersimpan kisah luar biasa tentang seorang remaja wanita yang membuktikan bahawa kejayaan bukan hak eksklusif sesiapa.
Roziana Tan Beng Hai, 20 tahun, mencatat sejarah tersendiri apabila memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan ditawarkan tempat ke salah satu universiti terbaik dunia, University of Manchester, United Kingdom.
Dibesarkan Oleh Ibu Tunggal
Roziana ialah anak bongsu kepada Puan Rohani Wambuan, 56, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penoreh getah sebelum beralih ke pekerjaan di ladang kelapa sawit. Dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, Puan Rohani membesarkan dua anak dengan penuh kasih sayang dan semangat.
“Saya perlu bagi ibu sesuatu supaya boleh ingat yang dia besarkan saya tidak sia-sia,” ujar Roziana, yang nyata terinspirasi oleh pengorbanan ibunya.
Bagi Roziana, keputusan cemerlang ini adalah hadiah untuk ibu yang tidak pernah mengeluh walau diuji dengan kesusahan.
TikTok Sebagai Titik Permulaan
Menariknya, impian ke luar negara bermula apabila Roziana menemui video TikTok yang berkongsi tentang peluang melanjutkan pelajaran ke UK melalui sistem UCAS (Universities and Colleges Admissions Service). Dari situ, beliau mencuba nasib dan hasilnya, dua tawaran diperolehi satu dalam Ekonomi dan Pengajian Sosial, satu lagi dalam Perhubungan Antarabangsa.
Beliau akhirnya memilih bidang ekonomi kerana merasakan ia lebih dekat dengan minat dan potensinya untuk menyumbang semula kepada komuniti kelak.
“Sekarang saya sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa dan akan menduduki ujian IELTS dalam masa terdekat,” tambahnya.
Gambar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) JAKOA.
Tidak Malu, Tidak Takut — Itu Kunci
Sebagai remaja Orang Asli, Roziana sedar masih ramai dalam kalangannya yang kurang yakin untuk bersaing di peringkat nasional atau antarabangsa. Justeru, beliau menyeru agar anak muda dari komuniti Orang Asli bangkit menunjukkan kemampuan diri.
“Jangan malu. Tunjukkan kebolehan kita. Kita pun boleh bersaing macam orang lain,” katanya penuh yakin.
Pengiktirafan Dari JAKOA
Kejayaan Roziana turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Dalam Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) anjuran JAKOA, beliau diraikan bersama 32 pelajar STPM lain dari komuniti Orang Asli yang mencatat keputusan cemerlang.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Mohd Zamri Mustajap, momentum kejayaan ini perlu dikekalkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar luar bandar dan menurunkan kadar keciciran pendidikan.
“Maklumkan kejayaan ini kepada kawan-kawan dan penduduk kampung agar mereka terus belajar hingga berjaya,” katanya.
Dari sebuah kampung kecil di Pahang ke pintu universiti antarabangsa di United Kingdom, Roziana ialah bukti hidup bahawa kejayaan memang milik semua, asalkan ada usaha dan impian.
Tahniah Roziana! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh anak muda Malaysia, tidak kira dari mana mereka bermula.
Bila dah terlalu lama menghabiskan masa di rumah, mesti ada sahaja idea yang muncul untuk memastikan ruang rumah kelihatan bersih dan kemas kan?
Selama ni terlalu busy dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir, jadi inilah waktunya untuk korang meihat beberapa perkara yang boleh ditambah bagi melengkapi keperluan di rumah.
Bukan saja suri rumah atau mereka yang sudah berkahwin saja, malah orang bujang pun rata-ratanya suka membeli barangan rumah, terutamanya untuk keperluan dapur.
Jadi, Remaja nak share kan satu perkongsian daripada Dr Nadya Amin tentang produk-produk untuk dapur korang sentiasa kelihatan kemas dan teratur.
1. Refrigerator storage box
Korang boleh letak sayur atau lauk dalam ni sebab ia agak flat, boleh letak banyak dan jimat ruang.
2. Refrigerator slide storage
Ini pun menarik juga. Dapat letak lebih banyak benda dalam peti sejuk dan menambah ruang, memang kemas.
3. Portable storage rack
Boleh diletakkan di bawah stove, letak kicap, sos, minyak dan sebagainya. Lepas pakai tolak saja masuk balik. Mudah kan?
4. Wall mount spice rack
Untuk yang ni korang boleh letak disebelah stove tapi jangan dekat sangat sebab ia diperbuat daripada plastik. Cukup di tempat mudah capai, jimat ruang sebab kita lekat pada dinding.
5. 3 layer spice rack
Yang ni boleh letak dalam almari, memudahkan untuk mencari barang. Boleh susun segala rempah-ratus disini.
6. Label rempah
Ada macam-macam rempah yang sudah siap tulis nama, korang tinggal lekat saja. Jangan lupa beli bekas cantik-cantik supaya nampak tersusun.
7. Rotation spice rack
Kalau yang tak suka yang 3 tier tadi, boleh beli yang ni juga. Pusing-pusing untuk cari rempah/sos yang kita nak pakai. Cepat dan mudah.
8. Shelf rack organizer
Selepas menggunakan produk ini, ruang untuk simpan periuk dan pinggan mangkuk akan bertambah. Dah try ni memang tahan walaupun periuk berat. Nampak pun kemas.
9. Bowl organizer
Kalau ada mangkuk untuk mi ke okay pakai yang ni sebab ia tak jatuh dan boleh letak dalam 5 mangkuk sekali.
10. Tableware rack
Pinggan semua boleh simpan disini. Lepas pakai ni muat pulak untuk letak banyak set dalam satu almari. Nak letak periuk dan kuali pun boleh.
11. Pot and pan lid holder
Untuk yang ni korang boleh pasang saja di tepi pintu kabinet.
12. Sponge holder
Letak di sinki supaya tak ambil banyak ruang untuk letak sponge dan sabun.
13. Towel rack
Lepas pakai kain buruk atau hand towel boleh letak disini. Nampak kemas dan kain mudah kering.
14. Kitchen towel rack
Ini pun boleh jimatkan counter space. Sorokkan dalam kabinet saja.
15. Hanging holder
Untuk yang ni ada bermacam-macam jenis. Best untuk create space banyak tempat simpan pinggan.
16. Plastic bag holder
Produk ini wajib ada okay, kalau tak nanti berterabur.
17. Drawer organizer
Kalau nak tengok laci kemas, ini antara kelengkapan yang perlu ada.
Amacam, menarik kan? Hujung minggu ni banyak masa sikit untuk survey kelengkapan di rumah. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!