Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Ads
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Ads
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana-mana pemilik haiwan peliharaan pastinya ingin memanjakan si comel sehabis baik untuk membeli makanan, aksesori dan permainan terbaik. Di Malaysia sahaja, pemilik rumah sudah terbiasa memiliki haiwan peliharan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Cuma kadangkala, kos membelikan barangan ini memakan bajet bulanan tertentu.
Haa, bagaimana jika kami katakan bahawa tidak semua barangan haiwan peliharaan memerlukan pemilik untuk berbelanja besar.
Terbaru, IKEA akhirnya melancarkan koleksi baharu khas untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Dikenali sebagai koleksi UTSÅDD, ia merupakan koleksi haiwan sulung yang dilancarkan oleh gedung Sweden kegemaran ramai itu.
Menariknya, UTSÅDD direka oleh IKEA berdasarkan input profesional daripada doktor haiwan, pakar produk haiwan peliharaan dan panel kucing serta anjing. Ini bagi memastikan ia selamat digunakan dan selari dengan kehendak mereka.
Produk-produk ini merangkami empat aktiviti yang biasa dilakukan oleh haiwan peliharaan korang iaitu makan, tidur, bermain dan bersembunyi. Antaranya termasuklah rumah kucing, mainan, mangkuk makanan, selimut, tikar dan papan contengan. Yang penting, semuanya comel-comel belaka!
Rumah ‘Tippee’ Kucing RM69
Mangkuk Makanan/Minuman RM19 (M) RM15 (S)
Kusyen Tidur RM79 (L) RM19 (S)
Ruang Tidur RM99 (M) RM49 (S)
Lapik Mangkuk RM9
Permainan ‘Tunnel’ RM39
Cadar Tidur RM79
Fuh, banyak tu! Hehe.. kalau tak manja lagi, tak tahulah nak cakap.
Koleksi UTSÅDD ini sudahpun boleh didapati di gedung IKEA dan di laman sesawang rasmi Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka nasi kandar kini menjadi kegemaran orang Jepun. Apa yang menarik, Restoran Zero Two Nasi Kandar Tokyo bukanlah diasaskan oleh orang Malaysia, sebaliknya restoran ini merupakan idea seorang jejaka Jepun yang dikenali sebagai Tateda.
Menurut laporan Japanese Heart, dia jatuh cinta dengan nasi kandar setelah makan menu tersebut ketika melawat Malaysia. Mengambil keputusan untuk membuka restoran nasi kandar setelah merasakan yang kari nasi kandar berbeza daripada kari lain, Tateda sebelum ini sebenarnya pernah memiliki restoran berasaskan masakan India.
Di buka pada awal Februari 2022, restoran yang terletak berdekatan Stesen Otemachi ini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mencuba masakan yang bercitarasa Malaysia. Menariknya mereka terdiri dari orang-orang Jepun sendiri selain dari orang Malaysia yang menetap di sana.
Pemilik, Tateda.
Apa yang menarik, hidangan nasi kandar yang disediakan di restoran ini adalah halal dan boleh dimakan oleh mereka yang beragama Islam. Pendekatan ini nampaknya menjadikan restoran ini sebagai sebuah restoran yang mengambil kira asal menu makanan yang dijual dan ternyata strategi ini meluaskan lagi demografik pelanggan.
Walaupun jauh terletak di Tokyo, pemilik restoran ini tetap mencuba mengekalkan rasa kari Nasi Kandar yang dia pernah cuba di Malaysia. Lauk pauk dan hidangan sampingan yang dihidang juga jelas mencerminkan hidangan lengkap sepinggan nasi kandar. Semua makanan yang dihidangkan ini boleh dipadankan sama ada memilih nasi putih atau nasi briyani.
Korang mesti tertanya-tanyakan berapakah agaknya kos untuk makan di sini? Harga sepinggan nasi kandar yang ditawarkan adalah antara JPY1,000 (RM36.40) sehingga JPY1,980 (RM72). Sebarang hidangan tambahan pula berharga antara JPY100 (RM3.64) dan JPY550 (RM20). Harga ini adalah berdasarkan poster yang dimuat naik di laman media sosial restoran ini.
Jika anda berkunjung ke negara matahari terbit ini suatu hari ini, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam. Kalau tidak mahu terlepas peluang, pastikan datang awal kerana menurut hantaran di Instagram mereka selalunya semua menu akan sold out sebelum waktu penutupan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber gambar: Instagram Zero Two Nasi Kandar Tokyo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia, Singapore Airlines sentiasa berevolusi dalam menghasilkan sesuatu perubahan yang akan mempesonakan penumpang mereka.
Terbaharu lebih kurang seminggu yang lalu, syarikat penerbangan nasional Singapura itu telah melancarkan motif baharu batik yang akan digunakan di dalam semua konsep rekaan baharu bagi sebarang kempen penjenamaan dan juga cenderamata syarikat itu yang sudah mula dijual di KrisShop.
Diinspirasikan dari corak batik asal kebaya ikonik Singapore Girls yang popular, corak ini diberikan sentuhan yang lebih moden agar senang untuk disesuaikan dengan sebarang rekaan digital.
Selain itu suntikan 10 jenis bunga asli Singapura menjadi tunjang asas kepada perubahan yang dilakukan ini. 10 bunga yang tumbuh meliar di Singapura ini melambangkan kekayaan alam semulajadi negara itu.
Walaubagaimana pun, kebaya ikonik pramugari syarikat penerbangan itu tidak akan digantikan dengan corak baharu dan akan terus kekal dengan rekaan asal yang telah dicipta lebih 47 tahun lalu iaitu pada tahun 1974 oleh pereka feyen antara bangsa, Pierre Balmain.
*** P/S- Singapore Girls merupakan gelaran bagi pramugari Singapore Airlines.