Sebut kedai RM2.12, pasti kita akan menyebut ECO. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia dan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Setiap satu barangan di kedai ini hanya berharga RM2.12 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.
Sumber Gambar : Facebook / PropertySubangJaya
Masakan tidak, jika dari rumah, niat hanya untuk membeli satu atau dua barang saja tetapi sebaik melangkah masuk, paling tidak satu bakul akan penuh sekaligus ramai yang kata “sakanya” cukup sukar dihalang, hahaha.
Terbaharu, Eco Shop telah berkongsi sebuah iklan dipanggil ‘Kedai Saka’ di Facebook dan YouTube miliknya pada 22 Februari yang lalu. Menerusi iklan tersebut, kita dapat lihat bagaimana pelanggan yang masuk ke kedai Eco Shop tidak menemui pintu keluar dan membeli barangan yang bukan dalam ‘list’ pembelian mereka.
Ads
Diilhamkan oleh kisah benar
Aksi yang akan berulang setiap hari, setelah masuk, tidak dapat jumpa pintu keluar, kedai nampak biasa sahaja, tetapi tidak. Berjaga-jaga dengan isteri anda, selepas cuba, tidak dapat dihentikan.
Rata-rata netizen yang menonton iklan ini rasa terhibur dan memang boleh relate dengan situasi mereka. Setuju bahawa kedai ni memang ada ‘Saka’. Malah sempat berkongsi pengalaman masing-masing menjejakkan kaki ke dalam kedai ‘berhantu’ itu.
Ads
Ads
Sumber Gambar : Youtube Kedai Eco
So apa pendapat korang lepas tonton iklan kedai Eco Shop ni? Tapi memang betul pun, penulis pun selalu macam tu. Kedai je RM2.12 tapi bila bayar nak berpuluh juga. Hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tekanan FOMO dalam perbelanjaan semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup generasi muda hari ini, terutama dalam dunia yang dikuasai media sosial dan budaya konsumerisme. Tanpa disedari, ramai berbelanja bukan kerana keperluan sebenar, tetapi kerana perasaan takut ketinggalan apabila melihat orang lain membeli, memiliki atau menikmati sesuatu yang sedang menjadi trend.
FOMO atau Fear of Missing Out merujuk kepada tekanan emosi yang mendorong seseorang membuat keputusan secara impulsif. Apabila digabungkan dengan promosi masa terhad, barangan edisi khas dan pengaruh influencer, FOMO boleh menjadi pencetus kepada tabiat perbelanjaan tidak sihat. Menurut perkongsian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), FOMO dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada masalah kewangan jangka panjang, khususnya dalam kalangan golongan muda.
Dalam jangka panjang, FOMO dalam perbelanjaan bukan sahaja menjejaskan kedudukan kewangan, malah membentuk tabiat kewangan yang sukar dipulihkan jika tidak disedari sejak awal.
Jadi, sejauh mana FOMO mempengaruhi cara anda berbelanja? Kenali lima tanda utama ini.
1. Media Sosial Menjadi Pencetus Perbelanjaan
Jika anda sering membeli sesuatu hanya kerana ia viral di Instagram, TikTok atau dipromosikan oleh influencer, ini antara tanda awal FOMO. Kandungan media sosial hari ini direka untuk mencetuskan keinginan segera, seolah-olah sesuatu barangan perlu dibeli sekarang atau peluang itu akan hilang.
KWSP menekankan bahawa pembelian impulsif yang dipengaruhi emosi dan tekanan sosial sering menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan sebenar, sekali gus menyukarkan individu mengawal kewangan. Tanpa disedari, FOMO dalam perbelanjaan menjadikan media sosial sebagai ‘senarai beli-belah’ yang tidak pernah berakhir.
2. Kerap Menyesal Selepas Membeli
Rasa teruja ketika membeli, tetapi menyesal beberapa hari kemudian. Situasi ini sering berlaku terutama ketika jualan besar-besaran seperti 11.11 atau 12.12. Banyak barangan dibeli kerana murah dan takut terlepas, akhirnya tidak digunakan atau tidak memberi nilai sebenar.
Perbelanjaan tanpa perancangan, menurut KWSP, boleh menjejaskan aliran tunai bulanan dan menyukarkan usaha untuk menyimpan secara konsisten. Dalam banyak kes, FOMO dalam perbelanjaan menyebabkan seseorang membeli untuk kepuasan sementara, bukan keperluan sebenar.
3. Berbelanja Untuk Melegakan Emosi
Ada yang membeli-belah ketika stres, bosan atau sedih sebagai cara melegakan perasaan. Fenomena retail therapy ini mungkin memberi kepuasan sementara, namun kesannya tidak berkekalan. Apa yang tinggal hanyalah bil, hutang dan rasa bersalah.
KWSP turut mengingatkan bahawa tabiat berbelanja berasaskan emosi boleh mengganggu matlamat kewangan jangka panjang, termasuk persediaan untuk masa depan. Dalam konteks ini, FOMO dalam perbelanjaan sering disalah anggap sebagai cara ‘menghargai diri’, sedangkan kesannya membebankan.
4. Terlalu Banyak Barang Yang Jarang Digunakan
Jika rumah atau bilik anda dipenuhi barangan yang jarang atau tidak pernah digunakan, ini petanda jelas budaya konsumerisme dipacu FOMO. Walaupun setiap pembelian kelihatan kecil, kekerapan membeli tanpa sedar boleh menyebabkan perbelanjaan meningkat secara perlahan tetapi konsisten.
KWSP mengingatkan bahawa wang yang dibelanjakan untuk perkara tidak perlu hari ini adalah peluang simpanan yang hilang untuk masa depan. FOMO dalam perbelanjaan menjadikan pembelian sebagai tabiat, bukan keputusan rasional.
5. Kewangan Menjadi Punca Keresahan
Rasa cemas setiap kali melihat baki akaun bank atau memikirkan perbelanjaan bulanan merupakan isyarat serius bahawa kewangan tidak berada dalam keadaan seimbang. Tekanan kewangan bukan sahaja menjejaskan emosi, malah produktiviti dan kualiti hidup.
Menurut KWSP, kawalan perbelanjaan dan disiplin kewangan adalah asas kepada kestabilan kewangan jangka panjang, terutamanya bagi golongan muda yang baru membina masa depan. Apabila FOMO dalam perbelanjaan tidak dikawal, ia boleh menjadi punca tekanan mental yang berpanjangan.
Belajar Kawal FOMO, Lindungi Masa Depan
Mengawal FOMO bukan bermaksud menyekat diri daripada menikmati kehidupan, tetapi belajar membezakan antara keperluan dan kehendak. Tidak semua trend perlu diikuti, dan tidak semua promosi perlu disambut.
Kadangkala, keputusan paling matang adalah berani berkata “tidak” demi kestabilan kewangan dan ketenangan diri. Dalam dunia yang sentiasa berlumba mengejar trend, ketenangan dan kewangan yang sihat adalah pencapaian sebenar.
Personaliti seseorang itu boleh dilihat daripada zodiak atau bulan kelahiran mereka. Tidaklah kami mengatakan ianya adalah 100 peratus betul, tapi karakter-karakter ini dikaji mengikut pemerhatian sekeliling.
Bagi mereka yang lahir pada bulan November, agak-agaknya macam mana pula karakter korang ya?
Antara selebriti yang lahir pada bulan ini termasuklah Yuna, Mimi Lana, Sherry Al-Hadad, Pasha Ungu, Jungyeon TWICE dan Minhyuk MONSTA X.
Jom kita lihat berdasarkan kajian yang telah dibuat.
1. Banyak idea
2. Sukar untuk difahami sikapnya
3. Berfikiran kehadapan
4. Berfikiran unik dan bijak
5. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
6. Pemikiran yang tajam
7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
8. Cermat dan teliti
9. Personaliti dinamik
10. Sifat perahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
11. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
12. Tak suka marah kecuali digugat
13. Mudah ambil berat terhadap orang lain
14. Pandai muhasabah diri
15. Cara berfikir lain daripada orang lain
16. Pandai mendorong diri sendiri
17. Romantik
18. Suka duduk rumah
19. Bercita-cita tinggi
Apa lagi guys, tag rakan korang yang lahir bulan November!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dinaik taraf melibatkan kos sekitar RM7 juta dari segi kemudahan dan infrastruktur, akhirnya Zoo Johor akan sedia dibuka semula pada April nanti kepada orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerakaan negeri bagaimanapun akan mengekalkan harga tiket ke zoo yang terletak di Iskandar Puteri itu.
Pintu masuk Zoo Johor.
“Sebelum ini harga tiket bagi kanak-kanak adalah RM1 dan dewasa pula RM2.
“Kita di peringkat kerajaan masih mengekalkan harga tiket masuk termurah di Malaysia dan peringkat Asia. Cuma untuk warga asing akan ada kenaikan harga sedikit,” katanya kepada pemberita.
Kongsinya lagi, beberapa jenis haiwan akan ditambah jumlah biarpun tidak begitu banyak memandangkan ia masih dalam perbincangan. Yang penting, Zoo Johor baharu ini akan lebih selesa, bersih dan tersusun buat pengunjungnya kelak.
Sebagai info, Zoo Johor mula dibuka pada tahun 1928. Pada keluasan 12.5 hektar, ia merupakan zoo tertua di Malaysia dan mempunyai lebih 100 spesis haiwan.
Tak sabarnya untuk berkunjung ke sini sambil beraya pada bulan April!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.