Itulah yang digambarkan oleh pihak pengurusan Zoo Negara apabila kedatangan pengunjung ke pusat tarikan itu meningkat 2 kali ganda kerana kucing jantan berwarna Jingga yang dikenali sebagai ‘Oyen’ tersebut.
Kucing tersebut yang tular sebelum ini kerana bersahabat baik dengan tikus gergasi capybara di situ ternyata mempunyai peminatnya sendiri apabila Zoo Negara melaporkan hampir 3,000 pelawat hadir setiap hujung minggu untuk melihatnya.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, kemunculan Oyen di zoo tersebut mendapat sambutan hangat sehingga lebih 50 peratus pengunjung datang ke pusat tarikan tersebut hanya untuk melihat Oyen. Wow…..superstar sangat!
Ads
“Oyen adalah star of Zoo Negara buat masa ini. Oyen datang pada tahun 2020 waktu PKP dan dia mula bermesra dengan Capybara, lama-kelamaan Oyen rapat hingga makan sekali dengan Capybara (dalam satu kawasan).
“Pada awalnya, Oyen agak liar, jadi saya minta kakitangan Zoo Negara bantu jinakkannya bagi memudahkan pihak zoo pantau keadaan kesihatannya.
“Setiap pagi, biasanya kakitangan akan semak najis untuk lihat normal atau sebaliknya. Begitu juga dengan wataknya (murung), kalau tak okay kita akan laporkan kepada veterinar untuk beri rawatan,” katanya kepada pihak media selepas majlis pemasangan papan tanda ‘Oyen’ di kandang capybara tersebut.
Ads
Menurut beliau juga, pihaknya turut berusaha untuk mencari pasangan buat Oyen agar kucing tersebut mempunyai anak.
“Buat masa ini saya juga berhasrat mencarikan pasangan Oyen, warna jingga juga supaya ada kesinambungan Oyen. Kita masih mencari-cari lagi pasangannya,” ujarnya.
Menjenguk ke reaksi warganet di media sosial berkaitan isu ini juga, rata-rata mengekspreskan rasa lucu dan gembira tentang pengkhabaran tersebut.
Ads
“Buat penat Zoo Negara bayar mahal-mahal sewa panda bagai, akhirnya kucing jalanan juga menjadi tarikan,” seloroh seorang warganet.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Zoo Negara, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pemain muda negara, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun dilaporkan menyertai kelab divisyen lima Perancis iaitu Cannes yang terkenal kerana berjaya melahirkan pemain bola sepak terkenal seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.
Selepas menjalani tempoh pemilihan selama dua bulan, Aqil akhirnya diterima masuk ke kelab tersebut dan berazam mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ini langkah pertama selepas dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis. Langkah seterusnya adalah untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelas Aqil dalam laman Instagramnya.
Aqil turut berkongsi perkembangan semasa dirinya dan menjelaskan bahawa kelab itu mempunyai sejarah dalam melahirkan pemain terbaik dan dia berasa bertuah kerana terpilih.
“Tak dapat nak bandingkan dengan pemain ini semua. Tak mengapa saya akan cuba lakukan yang terbaik.
Nampaknya Aqil bakal mengikut jejak langkah pemain negara Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid yang masing-masing telah berpangkalan di luar negara.
Syabas kami ucapkan diharap Aqil akan terus sukses dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Al-Quran merupakan sumber syariat Islam yang boleh mendatangkan ketenangan tersendiri bagi yang membaca dan mengamalkannya. Dan pastinya, lebih bagi yang mahu menghafalnya. Malah Allah menjanjikan begitu banyak kelebihan buat insan yang menghafal Al-Quran baik di dunia mahu pun di akhirat.
Satu kejadian aneh yang berlaku di Mesir ini bukti bahawa Allah memuliakan orang yang menghafaz Al-Quran seperti dikongsi oleh Ustazah Suekarim Suekarim.
Allahlah sebaik baik Penjaga ::
Ini kejadian di Mesir, Sebuah apartment 5 tingkat mulai terbakar hampir lewat tengah malam.
Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barang di dalam rumah.
Menyaksikan api perlahan menjilat hampir semua rumah di bangunan tersebut. Bangunan tersebut masih terbakar sehingga terbit matahari. Masing-masing melihat kediaman mereka dan barangan di dalamnya hangus dijilat api, Mereka tak sempat berbuat apa-apa.
Tetapi, dengan kuasa Allah.. !!
Subhanallah..
Rumah nombor 13, seolah-olah tidak disentuh api. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya terbakar. Setelah api berhasil dipadamkan, masing-masing penghuni masuk melihat keadaan rumah mereka yang sudah hangus.
Tetapi Mohamed Munir yang tinggal di rumah nombor 13, amat terkejut.
Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh api sedikitpun!
Masyarakat berbondong datang untuk menyaksikan kejadian yang sulit dipercayai, sungguh ajaib. Apa yang mereka dapati rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di almari tetap seperti saat ditinggalkan.
Mohamed Munir adalah penghafal Al-Quran, dan mereka berusaha mengulang hafalan paling kurang satu surah sehari.
Sebuah Al-Quran masih terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan untuk mengajar anaknya malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkan apartment mereka.
Allah Maha Berkuasa! Allah selamatkan Al-Quran dan harta mereka yang digunakan.
Mukjizat Al-Quran sebagai kalimah Allah yang sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita.
Di dunia sahaja Allah telah menunjukkan interaksi kita dengan Al-Quran menyelamatkan kita dari kebakaran.
Bagaimana pula nanti di Akhirat?
Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita.
{Mahasiswa Madinah}
Kredit Facebook : Ustazah Suekarim Suekarim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.
Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.
Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.
Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.
Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.
Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?
“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”
Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.
Pembaca jangan salah sangka ini adalah Kota A’Famosa. Ini hanyalah salah satu pintu masuk yang dikenali sebagai Porta de Santiago. Kota A’Famosa sangat besar merangkumi kawasan yang luar. Sumber gambar: The Star
Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.
Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.
***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.