Baru-baru ini, kekasih kepada pelakon terkenal, Ben Amir mencuri perhatian di media sosial apabila secara rasmi mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam selepas menyempurnakan prosedur pendaftaran di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) beberapa hari lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, kekasih Ben Amir yang dikenali sebagai Maiya memuat naik berita gembira tersebut sambil mendedahkan nama Islam pilihannya iaitu Liana Alara, yang membawa makna kedamaian dan cahaya.
“Alhamdulillah untuk permulaan baharu ini. Bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran semua pada hari istimewa saya”
“Nama Islam saya ialah Liana Alara, nama yang membawa makna baharu, kedamaian dan cahaya dalam lembaran baharu kehidupan saya ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, melalui hantaran yang sama, Maiya turut memuat naik beberapa foto dan video yang memperlihatkan dirinya mengucap dua kalimah syahadah dengan dibantu oleh pegawai wanita dari MAIWP. Detik penuh bermakna itu dirakam dari beberapa sudut yang memperlihatkan suasana tenang sepanjang proses tersebut.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian pengguna di media sosial dan orang ramai termasuk rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah, pelbagai reaksi positif serta mendoakan agar Maiya sentiasa cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Sementara itu, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35), turut berkongsi foto di Instagram ketika kekasih beliau menandatangani dokumen di Cawangan Kebajikan Saudara Baru, MAIWP.
Ads
Beliau sempat menitipkan pesanan menyentuh hati buat wanita tersebut, “Selamat datang ke dalam Islam. Ambil masa, belajar perlahan-lahan, nikmati keindahannya dan ketahuilah bahawa kamu tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dengan penuh kasih sayang. Semoga perjalanan ini mendekatkan kamu kepada kedamaian, tujuan hidup dan diri kamu yang sebenar,” tulisnya.
Terdahulu, sekitar Mei lalu, Ben dilaporkan mengakui hatinya sudah dimiliki seorang wanita berketurunan Filipina. Difahamkan mereka telah berkenalan sejak dua tahun lalu namun Ben memilih untuk tidak terburu-buru dalam membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya. Pelakon itu menjelaskan dirinya masih dalam proses mengenali hati budi sebelum memikirkan masa depan bersama Maiya.
Sumber: Instagram Ben Amir & Maiya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ada di kalangan korang yang sedang on-the-way ke konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur, bermula jam 6 petang ini.
Seperti biasa apabila kita ingin ke mana-mana konsert, perkara paling penting yang selalu kita fikirkan adalah pakaian yang nak dipilih dan sama ada tiket konsert sudah dibawa atau belum.
Selain itu, kita juga mesti memikirkan sama ada untuk menaiki pengangkutan awam atau memandu kereta sendiri disebabkan kesesakan yang kita hadap (ke hazab) di sana.
Buatnya hujan pulak, sedih weh!
Namun, kita selalu terlepas pandang mengenai benda yang DILARANG daripada dibawa masuk ke venue konsert. Dah sampai sekuriti, barulah nak ‘terhegeh-hegeh keluarkan barang tersebut dari dalam beg.
It’s okay, been there done that.
Sebab itulah, kami nak warning awal-awal 8 benda ini yang seharusnya korang tinggalkan saja di rumah.
* * * * *
01
Payung atau barangan over-sized
Ada yang bertanya, “Kalau kawan saya over-sized macam mana?” Bi-a-dap betul.
Payung dilarang kerana ia akan menghalang pandangan penonton lain sekiranya hari hujan. Oleh itu, lebih baik korang sediakan baju hujan di dalam beg.
* * * * *
02
Kamera DSLR / profesional
Kebanyakan daripada penganjur konsert akan menyediakan jurugambar mereka sendiri. Oleh itu, sama ada golongan media atau penonton biasa dilarang untuk mengambil gambar menggunakan peralatan canggih seperti DSLR.
* * * * *
03
Perakam Video / Perakam Suara
Begitu juga dengan video cam dan voice recorder. Jika nak rakan sekalipun, lebih baik gunakan telefon pintar korang (secara senyap-senyap!)
* * * * *
04
Minuman Alkohol Dan Dadah Terlarang
Siapa yang nak mengaku mereka membawa masuk dadah dan alkohol, kan? Jadi, jika korang tahu kawan sebelah merancang untuk membawa dadah, nasihatkan mereka agar lupakan saja niat itu. Nanti kena tangkap kan susah.
* * * * *
05
Minuman Bertin dan Bergelas
Di dalam venue konsert ada menyediakan kaunter belian untuk makanan dan minuman. So jangan risau okay!
* * * * *
06
Laser Pen / Pointer
Terutamanya bagi yang akan duduk di hadapan pentas, mereka selalu teruja untuk bermain dengan gajet berlaser. Elakkan kerana ia akan menggangu konsentrasi penyanyi dan pemuzik nanti.
* * * * *
07
Senjata Atau Objek Tajam
Demi keselamatan orang ramai, sebarang objek tajam dan merbahaya akan dilarang daripada dibawa masuk, sama sekali.
* * * * *
08
Bendera / Poster Politik
Kami tahu rakyat Malaysia sekarang sedang kecoh dengan isu politik sana sini, tapi tak perlulah sampai nak bawa poster parti ke konsert. Spoil mood betul!
Why not, korang enjoy je dengan performance Blackpink malam ini. Dah bayar tiket mahal-mahal, rugi kalau korang tak feel betul-betul!
Hit you with that Ddu-du Ddu-du Du!
Terima kasih kepada MacpiePro yang menganjurkannya pada kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, aktiviti mengambil gambar bukan lagi satu perkara yang payah. Ditambah pula dengan kamera yang menjadi antara aksesori terpenting bagi sesebuah telefon pintar, menjadikan kerja mengambil gambar ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan lokasi.
Melihatkan itulah ramai jurugambar amatur yang mampu dilahirkan, meskipun di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai latar pendidikan yang khusus dalam dunia fotografi ini.
Sesuai dengan memberi peluang kepada ramai jurugambar muda berbakat, satu pameran fotografi KL20x20 PHOTO PROJECT memaparkan Kuala Lumpur sebagai “subjek” melibatkan 18 jurugambar muda berbakat besar berlangsung sekarang ke 20 September 2020.
REMAJA sempat menemuramah dua jurugambar muda berbakat besar yang karya mereka terpilih dalam pameran tersebut iaitu Fitri Jalil dan Daniel Adams yang berkongsi cita-cita dan misi mereka.
Walau latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan tapi Fitri Jalil mengalih minat ke dunia fotografi
Memilih subjek The Malay, karya Fitri Jalil memaparkan seni warisan Melayu iaitu pakaian tradisional iaitu kain pelekat, baju Melayu, songkok, baju kurung dan lain lagi. Sementara Daniel Adams memilih subjek seni An Illuminated Road memaparkan model terdiri dari Muhammad Azfar Firdaus, Alicia Amin, Maybelline Wong, Hong Yi, Hammada Bamadhaj, Roshan Menon dan lain lagi sebagai pameran karya seninya.
Berkongsi minat dalam dunia fotografi, Fitri Jalil berkata, asalnya dia bukanlah seorang jurugambar.
“Saya sendiri asalnya, bukanlah individu yang mendalami dunia seni fotografi ini. Saya merupakan seorang jurutera yang mempunyai latar pendidikan dalam dunia kejuruteraan. Namun pengalaman bekerja di luar negara selama dua bulan, telah membuka mata saya tentang pelbagai perkara,” jelas Fitri Jalil, memulakan perbualan.
Salah satu karya Fitri yang mempamerkan pakaian tradisi orang Melayu iaitu songkok, kain pelekat dan baju MelayuBaju kurung tradisi pakaian orang Melayu
Melihatkan masyarakat di sana yang lebih meletakkan budaya negara lain sebagai ikutan ketika menyambut lebaran (sedangkan masyarakat ini merupakan bangsa Arab), menjadikan Fitri mula terfikir. Dia bimbang kiranya masyarakat di Malaysia yang sangat indah dengan budaya kaum masing-masing juga, akan pupus satu hari nanti. Disebabkan rasa itu, Fitri mula mendekati dan mendalami cara hidup orang Melayu sebaik sahaja pulang ke tanahair.
“Sebagai anak Melayu, pastinya budaya ini lebih dekat dengan saya. Dalam masa yang sama, ramai juga yang bertanya; mengapa saya menzahirkan segala yang tersirat di jiwa menerusi gambar, bukan penulisan yang menjadi minat saya sejak dulu? Ada beberapa faktor, namun kepuasan melihat dan mendengar pelbagai pandangan yang diberikan menerusi hasil bidikan, lebih menarik minat saya,” ujarnya lagi.
Daniel Adams, jurugambar muda yang banyak menghasilkan karya seni yang memukau
Lain pula kisahnya dengan Daniel Adams yang sudah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi ini sejak kanak-kanak lagi lagi. Pemberian sebuah kamera kompak oleh ibu dan ayahnya sewaktu berusia sembilan tahun, menjadikan kecintaan Daniel terhadap dunia fotografi ini semakin mendalam.
“Biarpun terpaksa bersaing dengan teknologi hari ini yang begitu pantas, namun gambar-gambar daripada lensa yang saya acu, tidak pernah mengecewakan. Walaupun ada di antaranya tidak mampu menggembirakan hati semua, tetapi skil dan kreativiti yang digunakan, semakin mendewasakan saya dalam dunia fotografi ini,” katanya bersemangat.
KL20x20 Medan Terbaik Pamer Gambar Menggunakan Cetakan Mesin Pencetak Canon
Ibarat mendaki sebuah gunung yang penuh onak sebelum berjaya tiba di kemuncak, begitu jugalah perjalanan yang dilalui oleh Fitri dan Daniel sebelum ini. Biarpun adakalanya semangat yang ada hampir luntur, namun berkat kesabaran dan usaha keras yang tidak pernah luntur, kejayaan buat mereka mereka semakin menampakkan diri.
Terpilih dalam kumpulan 18 orang jurugambar muda yang berpotensi untuk dihimpunkan dalam satu pameran, merupakan antara kejayaan peribadi yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua anak muda ini. Tambahan pula bila mereka merupakan kumpulan akhir yang telah disenarai pendek daripada hampir 80 orang jurugambar di peringkat awal.
Fitri memilih subjek The Malay yang mempamerkan pakaian tradisi orang Melayu dalam pameran fotografi kali iniHasil karya Daniel Adams yang mempamerkan subjek An Illuminated Road melibatkan ramai model terkenal.Canon menjadi penaja cetakan rasmi bagi Pameran KL20x20 Photo Project yang sedang berlangsung hingga 20 September 2020.
Lebih menarik, cetakan hasil karya kesemua jurugambar ini menggunakan mesin pengimbas profesional Canon image PROGRAF PRO-500 dan pengimbas rata UV Arizona 460 GT.
Canon kamera terbaik & diyakini ramai
“Projek fotografi KL20x20 yang julung-julung kali diadakan, pastinya menjadi medan terbaik buat kami yang terlibat. Selain menjadi gelanggang untuk kami berkongsi idea kreatif kami selama ini, sudah pasti ia menjadi penanda aras dalam kerjaya kami sebagai juru gambar,” jelas kedua-duanya dalam nada ceria sambil menambah penggunaan kamera Canon EOS 5D Mark lll (milik Daniel) dan Canon EOS 700D (milik Fitri) yang digunakan oleh mereka berdua dalam pameran fotografi ini berjaya menghasilkan karya seni terbaik.
“Sejak dulu lagi kami menyakini kamera keluaran Canon. Teknologi yang diguna bagi setiap kamera berjaya menghasilkan kualiti gambar yang terbaik. Bagi saya sendiri, ini kali kedua saya bekerjasama dengan Canon dalam pameran karya seni. Kali pertama tahun lepas bagi pameran A Love Once Lost,”kata Daniel.
Karya seni hasil bidikan Daniel Adams memaparkan model Alena Murang
Penuh inspirasi dan energitik. Karya ni melibatkan model Hafreez bidikan Daniel Adams
Rahsia hasilkan gambar terbaik ialah melalui pembacaan & pergaulan
Berkongsi rahsia agar hasil kerja mereka terus berada pada momentum yang terbaik, Fitri memastikan amalan membaca yang menjadi kegemarannya sejak dahulu tidak ditinggalkan. Selain menambah ilmu pengetahuan, tradisi dan budaya masyarakat Melayu yang menjadi subjeknya sebelum ini perlulah sentiasa diperkemaskan.
Berlainan pula buat Daniel yang lebih menekankan aspek pergaulan dalam menambah nilai seni dan kreativiti dalam dirinya. Dapat bertukar-tukar idea dan seni kreativiti, memberikan anak muda ini peluang untuk meneroka lebih jauh dalam dunia seni fotografi ini.
“Kami sedar, bukan semua menggemari dengan kreativiti yang kami tonjolkan menerusi gambar-gambar yang kami potretkan selama ini. Percaya dengan nilai kreatif yang tiada titik limit, kami teruskan sahaja langkah dengan harapan agar garapan kami ini mampu dinikmati oleh semua pihak. Sesungguhnya semua individu di dunia ini berhak untuk berkarya,” ujar Fitri mengakhiri perbualan.
Bagi pembaca yang minat dalam dunia fotografi, boleh kunjungi Pameran KL20x20 Photo Project atau layari https://www.kl20x20.com/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini masuk hari ke lapan umat Islam yang sempurna akalnya berpuasa. Istimewanya Ramadan ini, ia tidak seperti bulan lain. Ramadan begitu istimewa kerana al-Quran diturunkan pada bulan ini sebagai panduan umat Islam.
Ramadan juga bulan suci dan penting bagi umat Islam. Ayat-ayat pertama Al-Qur’an diturunkan pada bulan ini. Setiap kebaikan dilakukan, pahalanya beribu kali ganda dilipatkan.
Para ulama bersepakat, Ramadan adalah bulan berlimpah ruah dan mulia yang harus direbut oleh setiap muslim, memperbanyakan ibadah kerana nyawa manusia zaman ini tidak mampu menyamai zaman Nabi yang berusia ribuan tahun. Sebab itulah kalau tak pandai membaca al-Quran, cukuplah dengar, pahalanya tetap dikira. Begitulah kasihnya Allah kepada makhluk ciptaanNya.
Namun dalam menjalani ibadah puasa, ada enam adab yang perlu kita ketahui. Kalau tak betul-betul menjaga adab ini, puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga sajalah. Sia-sia kata orang!
Baca perkongsian dari pan page FB PONDOK HABIB mengenai adab puasa ini.
Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad dalam kitabnya Nashaihud-Diniyyah berpesan kepada kita untuk menjaga Adab kita selama berpuasa. Menurut beliau, seorang yang berpuasa tidak akan sempurna pahala puasanya, kecuali dengan menjaga adab.
Di antara adab-adab yang harus dijaga orang yang berpuasa menurut Habib Abdullah Al-Haddad adalah :
Menjaga lidahnya dari dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.
Menjaga kedua mata dan telinganya dari mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang di anggap berlebihan.
Menjaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubhat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal.
Menjaga semua anggota tubuhnya dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi Sempurna dan Bersih. Banyak orang yang puasa hanya menahan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merusakkan puasanya dan menyia-nyiakan pahala puasanya. Nabi SAW bersabda : “Banyak orang yang puasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan haus.”
5. Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya atas orang yang puasa maupun yang tidak puasa. Akan tetapi orang yang puasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda : “Puasa itu perisai. Maka paha hari kamu berpuasa, jangalah ia berkata keji dan jangan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku puasa”
6. Termasuk adabnya pula, ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri untuk beribadah kepada Allah dan menyebut Nama-Nya sebanyak mungkin. Janganlah banyak mengurusi dunia kecuali bila sangat mendesak bagi kebutuhannya atau anak-anak yang wajib di urusinya. Hal itu di sebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti kedudukan Jum’at di antara hari-hari. Oleh karena itu orang mu’min harus menjadikan hari Jum’at dan bulannya ini untuk akhiratnya.
Mudah-mudahan Allah swt menguatkan hati kita untuk bisa beribadah dan terus mengingat Allah SWT baik disiang maupun malam hari. Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan pahala yang berlimpah bagi kita dibulan ini. Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin
So korang kalau ada betul-betul faham adab dalam Ramadan ini, jangan lupa datang ke KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #Betul Betul Raya pada 1-3 Jun ini. Ada macam-macam aktiviti yang betul-betul best yang boleh korang tengok.
#Karnival 2018 -Betul Betul Raya #Ideaktiv
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak keduanya, Sophea Natasha, 13, yang berjaya meraih Anugerah Murid Harapan 2026.
Lebih...