Kira-kira empat hari lalu, majalah fesyen Vogue Amerika Syarikat menerusi portal digitalnya telah menjadi salah satu penggiat media terawal yang melaporkan mengenai keputusan peragawati terkenal Gigi Hadid untuk mendermakan kutipan gajinya daripada tugasnya di pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2022 kepada mangsa peperangan Ukraine-Rusia dan kepada mangsa di Palestin.
Begitupun, warganet nyata mempunyai sepasang mata bak detektif apabila mereka mendapati Vogue telah menyunting semula kenyataan Gigi di akaun Instagram Vogue dan mengeluarkan bahagian Palestin daripada ayat pujian terhadap Gigi.
Gigi Hadid
Ayat asalnya berbunyi, “Hari ini, @gigihadid mengumumkan bahawa dia akan mendermakan semua pendapatan minggu fesyennya untuk operasi bantuan di Ukraine serta terus menyokong mangsa yang mengalami perkara sama di Palestin.”
Kenyataan itu merujuk kepada rakyat di Ukraine dan Palestin yang kini terpaksa bergelar pelarian demi mengelakkan diri daripada medan peperangan.
Kenyataan tersebut telah menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan ia meniupkan api ‘anti-semitisme’ (anti-Israel). Komen laman web Stop Anti-Semitism, ia berkata, “Sementara Gigi Hadid dan pasukannya sedang menggunakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine untuk memainkan agenda politik mereka dengan memburukkan Israel, negara Yahudi tersebut sebaliknya sedang merundingkan perdamaian antara dua negara (Rusia dan Ukraine).”
Ads
As expected-lah, kan?
Kenyataan asal Gigi Hadid.Kenyataan Gigi yang telah disunting oleh akaun Vogue Magazine.
Bagaimanapun, pihak Vogue jelas telah terkesan dengan kritikan-kritikan yang mereka terima. Pada keesokan harinya, pengguna media sosial mendapati Vogue telahpun menyunting kenyataan yang mereka muat naik dan mengeluarkan perkataan ‘Palestin’. Malah pada Instagram Story-nya, ia menutupi bahagian akhir kenyataan Gigi yang berbunyi, “Lepaskan Ukraine. Lepaskan Palestin. Keamanan. Keamanan. Keamanan.”
Tindakan Vogue ini telah lantang dikritik oleh personaliti awam popular serta pengguna media sosial. Antaranya termasuklah wartawan politik Inggeris-Amerika, Mehdi Hassan; penulis Yara Hawari dan aktivis Palestin, Mohammed El-Kurd.
So @GiGiHadid pledges to donate her earnings from Fall 2022 to relief efforts for occupied Ukrainians *and* occupied Palestinians and then @voguemagazine magazine just erases the Palestinians from its @instagram post on her pledge? pic.twitter.com/rO7xao87lZ
So @GiGiHadid announced that she will be donating money to Ukraine & Palestine. @voguemagazine posted about this & edited it shortly after removing the word Palestine.
— Dr. Yara Hawari د. يارا هواري (@yarahawari) March 9, 2022
Kakak tiri Gigi Hadid iaitu Alana Hadid turut mengutuk perbuatan Vogue dengan berkata, “WOW, kamu memadamkan Palestin. Dia (Gigi) menyokong kedua-dua krisis di Ukraine dan Palestin, tetapi kamu menukar fakta selepas dibuli (oleh puak yang menuduh Vogue bersifat anti-sematik).”
Tidak lama selepas dikecam pula oleh masyarakat dunia, Vogue sekali lagi menyunting kapsyennya dan menyertakan perkataan Palestin.
Ads
Buat masa ini, baik Gigi ataupun Vogue masih tidak memberikan respon mengenai isu ini.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama kenyataan keluarga Hadid yang berdarah Palestin-Belanda ditapis. Bak kata Bella Hadid sewaktu mengecam Instagram kerana memadamkan hantarannya yang menyokong Palestin, “Anda tidak boleh memadamkan sejarah dengan mendiamkan masyarakat. It doesn’t work like that.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah diucapkan kepada lima remaja dan juga pelajar yang berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bahru bakal membawa nama negara ke kejohanan Swiss Robot Olympics, FIRST Global Challenge.
The 2019 FIRST Global challenge di Dubai. Foto via Ahmed Ramzan/Gulf News
Masing-masing baru berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun akan bertanding dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini dan merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology dan buat pertama kalinya ia akan dianjurkan secara bersemuka di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti!
Foto via FIRST Global Challenge Team Malaysia
Pasukan Malaysia bakal diwakili oleh 4 orang pelajar perempuan, Nur Aliah Sofiah selaku ketua pasukan, Lidya Marlynda sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal selaku programmer, Khayra Binti Zokree selaku editor media dan Nor Khairiah sebagai ketua dokumentasi siaran akhbar.
Setiap pasukan akan diberikan ‘kit’ standard untuk membina robot mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam acara di 2022 FIRST Global Challenge di Geneva nanti dan melalui kemaskini Facebook rasmi pasukan Malaysia, mereka telah menerima kit berkenaan pada 23 Ogos lalu.
Tahniah kepada lima pelajar muda yang terpilih ini. Semoga dengan pemilihan ini dapat menggalakkan remaja dan para belia di Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang robotik dan menyelesaikan ‘misi’ mereka pada tahun ini iaitu ‘Carbon Capture’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahi ayam bukan je digunakan sebagai baja organik untuk menyuburkan tumbuhan, tapi ia juga boleh menjadi ‘senjata’ elak penyebaran Covid-19.
Sejak bermulanya penyebaran COVID-19, pelbagai inisiatif dilakukan oleh setiap negara yang terjejas bagi mengekang penyebaran pandemik pembawa maut ini.
Baru-baru ini, kerajaan wilayah Lund, Sweden telah mengenal pasti satu kaedah baharu dalam mengekang penularan wabak pandemik di sana, iaitu dengan menggunakan tahi ayam.
Dalam mengawal kedegilan penduduk untuk berkumpul dan meningkatkan risiko penularan, pemerintah bandar telah mengarahkan supaya tahi ayam disembur di sekitar kawasan tumpuan ramai.
Risau tentang festival musim bunga Walpurgis Night mampu mengumpulkan sehingga 30,000 orang dalam satu-satu masa lantas penyebab penularan pandemik covid-19. Ini kerana sudah menjadi tradisi penduduk setempat berkumpul di taman bersempena dengan festival ini.
Mendapat sokongan penuh daripada ketua bandar, pemerintah bandar memberitahu mereka tidak melarang penganjuran festival tetapi perlu fikir yang terbaik demi keselamatan bandar dan penduduknya.
Turut menjadikan tahi ayam sebagai baja untuk rumput di taman, Sweden setakat ini telah mencatatkan 24,623 kes positif COVID-19 dengan kadar kematian mencecah 3,040 orang.
Bagus juga idea Sweden ni, dekat Malaysia korang rasa berkesan ke kalau kita gunakan inisiatif kreatif macam ni?
Berita baik buat seluruh umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan, solat Jumaat dan fardu akan dibenarkan di semua surau dan masjid mulai esok, termasuklah solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perkara ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan- JAWI. Kebenaran membuka surau dan masjid telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi sebarang aktiviti ibadat.
Antara SOP yang ditetapkan adalah seperti berikut:
A. Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidiladha
• Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang
• Bilangan jemaah di 8 buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 100 orang
• Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang
• Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 40 orang
• Bilangan jemaah di Surau Jumat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang
• Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 100 orang
• Bilangan jemaah di 8 buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 50 orang
• Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 30 orang
• Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 20 orang
• Bilangan jemaah di Surau Jumat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang
Diharap dengan keputusan ini dapat memberikan peluang kepada umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan untuk menjalani ibadah solat berjemaah seperti sedia kala.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.