
Pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua mereka iaitu bayi lelaki, semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, pasangan tersebut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan menyambut kehadiran bayi tersayang mereka itu dipermudahkan Allah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Dilantik Sebagai Duta Salam Taiwan, Tak ‘Tinggalkan’ Puteri Sulungnya Lagi Selepas Ini

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam). Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023 (tiada jualan murah). Sekarang mommy dan dada sedang kembali ke dunia ‘zombi’ (berjaga malam),” tulisnya.
Ayda dan Nabil turut berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan tangan comel anakanda mereka sedang menggenggam erat jari ibu bapanya.

Dalam ruangan komen, kelahiran cahaya mata kedua pasangan itu turut disambut dengan gembira oleh rakan-rakan artis dan peminat yang meninggalkan ucapan tahniah.
Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada tanggal 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, pada 21 September tahun yang sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Influencer Remaja IYAKAN Dakwaan Hampir Jadi Isteri Kedua, Sanggup Bermadu Dah Jadi Trend?

Jujurnya, kami terkejut apabila melihat beberapa postings di Instagram Story milik seorang wanita yang sudah memiliki 2 orang anak semalam.
Postings tersebut berbaur tohmahan terhadap seorang influencer remaja berusia 19 tahun iaitu Nur Alya Iman Azmil, yakni anak dara pelakon senior Allahyarham Azmil Mustafa.

Ia dipenuhi kata-kata amarah seorang isteri terhadap Alya Iman yang dikategorikan olehnya sebagai ‘peruntuh rumahtangga orang’ ataupun ‘homewrecker’.
Alya Iman segera ditemuramah oleh rakan media di Media Hiburan untuk mendapatkan kenyataan tuan badan sendiri.
Tanpa berselindung dan jujur, petikan kenyataan yang diberikan oleh Alya berbunyi seperti berikut:
“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun. Dia telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.
“Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.
“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.
“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.”

Untuk membaca kenyataan penuh Alya Iman, korang boleh klik ke artikel Media Hiburan ini.
*
Jelas, Alya enggan meneruskan hubungan tersebut apabila mengetahui hubungan mereka tidak diketahui dan direstui oleh isteri si dia. Lalu, Alya tidak mahu menjadi punca runtuhnya keluarga orang lain dan akhirnya meninggalkan hubungan tersebut.
Senario yang REMAJA perolehi daripada situasi tersebut adalah rasa rela seorang remaja perempuan untuk menjadi madu kepada isteri pertama walaupun masih berusia muda. Amat muda.
REMAJA enggan menghakimi keputusan Alya ataupub mana-mana remaja di luar sana yang terbuka hati untuk bergelar isteri kedua. Cinta dan rahsia hati itu sememangnya sukar untuk difahami.
Namun apa yang kami ingin kupaskan adalah, apakah benar remaja sekarang tidak merasa ralit untuk berkongsi madu atas dasar cinta? Inikah trend terbaru yang sedang melanda kita?
Penulis ingin memetik kembali kata-kata Prof Dr Muhaya tak lama dulu.

“Wanita yang malang adalah wanita yang salah memilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah sepenuhnya mengikut acuan suaminya. Selepas bernikah, bermakna selangkah kaki ke syurga atau neraka.
“Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal kepada Allah). Bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang.
“Nampak remeh hal ini, tapi berkahwinlah kerana Allah SWT,” pesan beliau.
*
Tepuk dada, tanya selera. Siapalah kita untuk mengiya atau menidakkan perasaan seseorang. Namun harus diingat, pertunangan dan pernikahan itu bukanlah hanya di antara kalian berdua.
Ia juga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dan restu daripada mereka. Tanpa restu, sukar untuk sesebuah hubungan itu untuk pergi jauh. Wallahualam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ingat Pesanan Babah” – Alya Iman Tahu Beza Baik Buruk Modelling
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Jenis Wanita Tak Boleh Dikahwini Menurut Imam Ghazali

Nak pilih isteri, jangan hanya lihat pada kecantikan wajahnya, tapi biarlah indah luar dan dalam.
Ramai yang berpendapat lelaki hanya memandang rupa paras jika mahu mencari calon isteri. Tapi, tak semuanya macam tu ya.
Apa yang penting lelaki perlu tahu bahawa Imam Ghazali ada berpesan, jangan nikahi enam jenis wanita ini.
1. Wanita Ananah

Wanita yang banyak merungut itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suami untuk rumah tangga mereka, ada saja yang tak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah

Wanita yang menafikan usaha dan jasa suami, sebaliknya dia mengaku bahawa dialah yang paling banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga.
Wanita jenis ini juga suka mengungkit-ungkit apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan keluarga. Biasanya, mereka ni adalah wanita yang berkerjaya dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah

Membeza-bezakan suami dengan bekas suaminya dulu. Ini bagi mereka yang pernah bercerai dan berkahwin lain. Berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik daripada suaminya sekarang.
Wanita jenis ini dikategorikan sebagai tidak bersyukur dengan jodohnya itu dan mengkufuri nikmat perkahwinan.
4. Wanita Hadaqah

Wanita yang berkeinginan besar, mudah tertarik dengan sesuatu barang atau produk dan meminta-minta daripada suaminya. Dalam erti kata lain, boros dan suka berbelanja mengikut nafsu.
Walaupun mungkin suaminya seorang yang kaya tapi tetap sikap boros itu tidak digalakkan dalam Islam.
5. Wanita Baraqah

Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa ada dua makna bagi kategori ini. Pertama, suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tapi untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Kedua, suka marah ketika makan dan tidak mahu makan sekali dengan yang lain kecuali makanannya diasingkan dan suka makan bersendirian.
6. Wanita Syadaqah

Banyak cakap dan pandai komen saja. Mulut bising mereka hanya akan menjadikan kerja yang dibuatnya tidak berhasil dan selalu jadi tukang sibuk sahaja.
Sama-samalah kita cuba untuk jauhkan diri daripada wanita-wanita yang seperti ini. Nak cari isteri bukan hanya untuk tiga, empat tahun hidup bersama, sebaliknya cari wanita yang korang boleh menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat dengannya.
Untuk kaum wanita, jangan pula kita tergolong dalam enam golongan wanita diatas. Wallahualam!
Sumber: Baitulmuslim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Love 101: Cara Luah Rasa Cinta Kepada CRUSH Anda, Tapi Hati-Hati…

Remaja dan cinta bukanlah satu perkara asing. Ketahuilah, it is a natural feeling develop at this age. Meluahkan rasa cinta adalah langkah yang penting dalam hubungan manusia and it is totally normal.
Walau bagaimanapun, cara yang sesuai untuk melakukannya bergantung pada keadaan dan personaliti individu yang terlibat.
Berikut adalah beberapa tip untuk meluahkan rasa cinta for someone that you have a crush on.

Jujur dan Terus Terang
Ungkapkan perasaan korang secara jujur dan terus terang. Katakan kepada that special person apa yang membuat anda jatuh cinta padanya dan mengapa anda ingin memperkuat hubungan itu.
Pilih Masa dan Tempat yang Sesuai
Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Pastikan korang berada di tempat yang tenang dan tidak diganggu oleh hal-hal lain.
Dengar dan Terima
Setelah meluahkan perasaan, berikan ruang kepada si dia untuk merespon. Dengarkan dengan teliti dan terima respon mereka tanpa menghakimi atau mengkritik apatah lagi memberi reaksi negatif jika respon yang diberikan didn’t go on how you wanted it to be.
Gunakan Bahasa Badan
Selain perkataan, bahasa badan juga boleh menyampaikan perasaan anda. Gunakan pandangan mata yang penuh kasih dan senyuman untuk menyampaikan rasa cinta anda.
Sederhana dan Tulus
Anda tidak perlu menggunakan kata-kata yang rumit atau merancang sesuatu yang besar-besaran. Kadang-kadang, ungkapan cinta yang sederhana dan tulus lebih bermakna daripada yang rumit.
Konsisten
Pastikan untuk menyatakan cinta anda secara konsisten, bukan hanya sekali. Ini menunjukkan kepada pasangan anda bahawa anda sungguh-sungguh dalam perasaan anda.
Buka Diri
Satu perkara penting dari meluahkan cinta adalah dengan membuka diri. Haip! not that buka! Tetapi kongsi perasaan anda dengan jujur dan terbuka, tanpa menyembunyikan apa pun. Korang harus terbuka untuk menerima apa jua respon yang diberikan
Mendengar
Selain meluahkan perasaan cinta anda, penting juga untuk mendengar apa yang dikatakan pasangan anda tentang perasaan mereka. Komunikasi dua hala sangat penting dalam hubungan yang sihat.
Bersabar
Terkadang, pasangan anda mungkin memerlukan masa untuk memproses perasaan mereka dan memberikan respons yang tepat. Bersabarlah dan berikan mereka ruang yang mereka perlukan.
Ingatlah, setiap hubungan adalah unik, jadi pilihlah cara meluahkan cinta yang sesuai dengan keadaan.Paling penting adalah meluahkan cinta dari hati yang tulus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

