Persaingan di antara 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 di minggu pertama ternyata cukup sengit terutama dari segi persiapan mental dan fizikal masing-masing.
Namun, ada di kalangan mereka yang tidak berjaya menonjolkan diri sehabis mungkin dek kerana kondiri kesihatan yang tidak mengizinkan.
Myra, finalis Hero Dewi Remaja 2023 kelihatan akur apabila namanya dipanggil oleh juri tetap dan mentor, Scha Al-Yahya untuk ke hadapan kerana markah keseluruhan cabaran meletakkan dirinya di Bottom 4.
“Masa mula-mula, Myra ingatkan boleh lakukan cabaran tersebut, tapi Myra lupa yang sebenarnya saya tidak berapa sihat, dah nak dekat seminggu batuk-batuk apa semua. Maka bila dah start lari, nafas mula tercungap-cungap. Kiranya semput jugalah ketika itu.
“Kecewa sangat sebab Myra ingatkan boleh selesaikan cabaran itu sepantas mungkin tapi kerana kondisi kesihatan yang tidak mengizinkan dengan nafas tidak cukup… so Myra kalah,” jelasnya.
Ads
Menjelaskan kenapa air matanya tumpah ketika berada di fasa penyingkiran, Myra jelas kelihatan kecewa dengan diri sendiri.
“Nangis sebab kecewa dengan diri sendiri, rasa diri ini tidak bagus sangat…Viper Challenge saya kalah, ketika Photoshoot Challenge pun prestasi saya teruk sangat,” komennya.
Manakala bagi finalis Hero, Hakim Khann tidak menyangka sama sekali dirinya akan berada di Bottom 4 dan bertekad untuk menonjolkan dirinya lebih lagi di minggu-minggu akan datang.
“Sejujurnya, stamina saya ketika itu merupakan punca kenapa saya tidak dapat menyelesaikan setiap rintangan selaju yang mungkin.
Ads
Secara fizikal mungkin saya tidak sehebat yang lain but other things like modelling, berlakon or menyanyi saya boleh mara ke hadapan, InsyaAllah,” jelasnya.
Berkongsi perasaannya ketika itu, penyanyi lagu Inilah Cinta tersebut mengakui bahawa dirinya sangat kecewa dengan prestasi yang ditonjolkan.
“Obviously saya sangat sedih dan kecewa dengan diri sendiri tapi ini tidak akan menjadi titik penamat untuk saya perbaiki diri dan belajar dari kesilapan,” komennya.
***
Ads
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara Pencarian Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini mula mengorak langkahnya di dalam industri seni tanah air dengan cukup baik. Penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’ yang ditayangkan di Astro Ria mula mencuri perhatian peminat-peminat drama tempatan.
Remaja berkesempatan mnecuri sedikit masa Alif yang semakin hari semakin padat jadual hariannya untuk ditemu bual. Dan seperti biasa panggilan telefon penulis disambut dengan penuh keceriaan.
Itulah Alif Muhaimin bakat muda yang cukup merendah diri, ceria dan kadangkala boleh tahan ‘masuk air’ juga telatah kelakarnya. Siapa sangka dalam tempoh tidak sampai setahun selepas bergelar juara Hero Remaja, dia kini bergelar sebagai pelakon.
Menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’, Alif memegang watak sebagai Hayuzi yang merupakan adik kepada pelakon utama iaitu Syafiq Kyle (Hazran). Drama yang kini memasuki minggu terakhirnya dengan durasi sebanyak 16 buah episod merupakan karya arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movie.
Pengalaman pertama membintangi drama oleh Alif merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya.
“Sebelum mula penggabaran saya expect berlakon hanya perlu hafal skrip dan baca. Rupanya ia jauh berbeza dengan expectation saya. Lakonan bukanlah satu perkara semudah itu. Banyak perkara baru yang saya kena belajar. Contohnya bagaimana nak zahirkan emosi dan ekspresi wajah yang betul, keserasian dengan pelakon-pelakon lain dan paling penting kena sabar dengan proses penggambaran yang selalunya ambil masa lama,” jelas Alif yang kini bergelar sebagai pelakon di bawah syarikat Rocketfuel Entertaiment.
Pada minggu pertama di lokasi merupakan tempoh cukup mencabar baginya. Apa tidaknya kerana pada waktu itu juga dia berdepan dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Dia yang kini masih belajar dalam jurusan Ijazah sarjanan Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA.
Alif Muhaimin bersama salah seorang pelakon utama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’, Zahirah Macwilson
Selain itu, sebagai pelakon baru juga Alif juga disakat oleh krew-krew penggambaran. “Kadangkala saya disuruh untuk keluar membeli cendol. Kadang-kadang kena keluar pergi beli air. Tapi mengikut senior saya, Syafiq Kyle benda itu perkara normal untuk pelakon baru seperti saya. Walaupun rasa macam kena buli tapi sebenarnya itu adalah cara bagaimana mereka ingin melatih pelakon baru macam saya untuk lebih berdisiplin. Bila dah habis shooting saya memang jadi rapat dengan mereka,” tambah Alif lagi.
Peluang berlakon dengan Syafiq Kyle yang juga merupakan bekas peserta Hero Remaja digunakan sebaiknya oleh Alif. Menurutnya, Syafiq Kyle merupakan senior yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelakon lebih baik. Dia juga sering memberikan galakan dan dorongan.
Penerimaan peminat drama ini terhadap Alif juga agak baik. Tetapi biasalah pasti akan ada kritikan sama ada yang membina atau tidak. Jelas Alif, ada juga peminat yang menghantar mesej menerusi direct message di Instagram dan memberikan komen tentang lakonannya. Dan ia merupakan satu interaksi yang sangat dihargai oleh Alif sendiri.
Remaja berasa cukup gembira dan bangga melihat Hero Remaja kami mula melebarkan sayapnya di dalam dunia seni lakonan. Semoga Alif akan terus berjaya di masa akan datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah berada di posisi finalis Hero Dewi Remaja 2023, pelakon terkenal Mierul Aiman akui bahawa bukan mudah untuk dirinya berada di tahap kariernya sekarang.
Beliau yang ditemui ketika tayangan perdana drama W: Two Worlds baru-baru ini di KL Convention Centre turut berkesempatan melayangkan nasihat kepada finalis Hero Dewi Remaja 2023.
“Kalian adalah cerminan saya yang dahulu, which is apa yang peserta Hero Dewi Remaja 2023 tengah lalui sekarang adalah proses untuk mencapai kejayaan dalam industri seni ini.
“Jadi saya mahu kalian untuk percaya, believe in yourself. Percaya pada kekuatan mimpi dalam menjadikan ia sebuah realiti.
“Maka tumpukan perhatian, do homework sebanyak yang mungkin sebab apa yang membezakan antara kamu dan peserta lain adalah identiti dan bagaimana identiti dicipta adalah dari pemikiran masing-masing,” jelas bekas Juara Hero Remaja 2021 ini.
Selain itu, pelakon yang mula dikenali melalui watak Fakhri dalam drama Project High Council ini juga menitipkan pesanan agar finalis Hero Dewi Remaja kali ini tidak mudah berputus asa, terutama dalam menghadapi kritikan daripada orang ramai.
“Sejujurnya bagi saya, kritikan itu adalah salah satu proses dan a part of our job. Kerja kita bersisikan mereka yang menonton. Kalau tiada orang yang menonton, kita tidak akan ada kerja.
“Jadi besarkan pendengaran, buka mata dan lontarkan pendapat kita. Berikan yang terbaik dan nikmati perjalanan anda dalam menjadi anak seni tempatan,” nasihatnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kecoh dua minggu lalu apabil salah seorang finalis hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dibandingkan dengan ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS.
Amboii, sama ke korang? Hehe..
Apapun, peminat remaja 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini pastinya teruja dengan perkembangan terbarunya.
Walaupun pencarian Hero Remaja 2020 masih belum menutup tirai dengan episod finale yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 16 Julai ini di saluran Astro Ria & Ria HD, Aniq sudah mula menangkap perhatian produksi lakonan.
Terbaru, dia diberikan kepercayaan untuk menyertai sebuah produksi drama tempatan; sekaligus menjadikan peluang ini sebagai projek pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila mendapat watak untuk drama pertama saya. Walaupun ini boleh dikatakan sebagai debut saya, kepercayaan daripada pihak produksi untuk digandingkan dengan nama-nama besar amat saya hargai,” katanya yang juga baru saja menyelesaikan sebuah penggambaran kempen baharu dengan sebuah label fesyen tempatan.
Tambah Aniq lagi kepada REMAJA, “Tanpa pengalaman, kadang-kadang saya risau juga seandainya watak yang digambarkan oleh mereka itu tidak sampai. Namun saya bertuah kerana team produksi sangat mesra, memberikan tunjuk ajar kepada saya dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya di kalangan pelakon berpengalaman. Segala ilmu yang saya terima hasil penyertaan saya dalam Hero Remaja 2020 turut saya gunakan untuk menjayakan watak tersebut.”
Apabila ditanya mengenai perasaannya bila digandingkan dengan penyanyi ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali untuk drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ itu, Aniq tak dapat menyorokkan rasa gugup ketika mula memasuki set penggambaran. Secara pantas, dia membuang perasaan itu apabila Bella yang disifatkannya sebagai friendly mudah bekerjasama dengannya yang masih baru.
“Menerusi drama 40 episod ini, saya memegang watak sebagai Mohd Radzi dan ia bakal ditayangkan di TV3. Saya tak sabar untuk melihat hasilnya,” katanya lagi yang juga teruja menantikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.
“Saya tak sabar untuk bersama-sama rakan finalis lain di atas pentas. Nantikan!”
Selain Nabila Razali, drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ ini juga dibintangi Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Congrats Aniq! Kami ucapkan good luck dan semoga terus maju jaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!