Tempoh empat tahun selepas pencarian Hero Remaja 2024 melabuhkan tirainya dengan menobatkan Nadhir Nasar selaku juara, nama Hariz Hamdan yang membarisi senarai12 finalis jejaka berpotensi lagi berbakat besar dalam pencarian berkenaan nyata tidak malap sama sekali.
Sebaliknya, Hariz berjaya menapak ke hadapan sebagai salah seorang pelapis dunia lakonan tanah air yang konsisten mewarnai naskah drama serta filem biarpun usianya baru memasuki 22 tahun.
Berpenampilan ‘macho’, mesra apabila bersua dan bebas kontroversi barangkali adalah antara impresi pertama yang dikaitkan dengan Hariz.
Begitupun, disebabkan imej sedemikian juga, bintang drama bersiri X-Change itu tidak dapat lari daripada menjadi menjadi bualan mulut peminat yang tidak keruan melihatnya.
Terbaru menerusi aplikasi X, Hariz menjadi perhatian apabila seluar yang disarungkannya bagi satu sesi temubual promosi drama bersiri X-Change kelihatan ketat sehingga menampakkan ‘asetnya’ bagi tatapan ramai.
Menjawab tentang isu tersebut kepada REMAJA ketika ditemui baru-baru ini, Hariz tidak mahu menghiraukannya bahkan merasakan ia tidak harus dijadikan sebagai isu sekalipun.
Ads
“Sebenarnya ini bukanlah kali pertama ada pihak bertanyakan kepada saya mengenai hantaran sebegitu oleh netizen.
“Saya sedar ada mata yang mungkin memandang saya sebagai objek. Saya diberitahu mereka akan ‘zoom’ kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bila melibatkan selebriti atau atlet lelaki. Untuk tujuan apa, saya pun tidak tahu.
“Bagi saya, nak buat macam mana? Memang saya memakai seluar yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang fesyen. Lagipun, saya berpakaian tertutup, berseluar panjang serta berbaju. Bukannya saya bertelanjang atau melakukan aksi tidak senonoh.
“Senang cerita, it is just a matter of an unfortunate camera angle. Saya tidak duduk di kerusi temubual itu dalam gaya yang pelik semata-mata untuk menunjukkan aset atau sebagainya. Saya hanya di situ untuk mempromosikan drama terbaru kami, X-Change. Saya hanya menjadi diri sendiri,” ulasnya.
Hariz yang kini berkerjasama rapat dengan jenama pakaian sukan dan gaya hidup popular, ASICS bagaimanapun berharap agar netizen memandangnya sebagai seorang pelakon yang serius ingin berkecimpung dalam industri lakonan dan bukannya sebagai simbol seks semata.
Ads
“Jujurnya, saya sedikit tidak selesa bila netizen memandang saya dari sudut sebegitu. Tapi sekiranya ada netizen melihat saya sebagai simbol tertentu, biarkan sahajalah mereka.
“Hendak marah pun, tiada gunanya. Jika marah kepada seorang individu, mungkin ada beratus orang lain yang akan objectify kita. Terpulang kepada mereka asalkan mereka tidak menjatuhkan nama saya dan saya serta keluarga tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Lumrah manusia, tetap akan menjadi manusia yang mempunyai bermacam-macam akal fikiran,” simpulnya.
Bekas peserta Dewi Remaja 2025, Fittri Muzdalifah Ibrahim, 25, selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Muhamad Fikri, hari ini.
Pada majlis akad nikah tersebut, pasangan berkenaan tampil sedondon dalam busana serba putih yang kelihatan cukup polos dan suci. Fittri anggun mengenakan baju kurung putih, manakala suaminya segak berbaju Melayu lengkap rona sama.
Fittri yang berasal dari Ipoh, Perak mula dikenali ramai selepas tersenarai sebagai salah seorang Top 12 Dewi Remaja 2025.
Dalam musim tersebut, Nylea berjaya dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025, manakala Fittri terus mengorak langkah dalam dunia seni dan kini berada di bawah naungan label Rocketfuel.
Tahniah diucapkan buat Fittri dan Muhamad Fikri atas penyatuan dua hati ini. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah, serta berkekalan hingga ke syurga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah selamat diijab kabul dengan pasangannya, Najla Samshul sebentar tadi. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan mempelai dua sejoli itu dilihat cantik mengenakan busana rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada malam ini di sebuah resort yang terletak di Melaka.
Menurut Ikmal Amry, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran kes COVID-19 yang masih menular di Lembah Klang.
Kami di Remaja mengucapkan selamat pemgantin baharu buat Ikmal dan pasangan, Najla Samshu! Semoha perkahwinan kalian diberkati serta dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berusia 22 tahun, jejaka dari USJ 2, Selangor ini merupakan antara finalis Hero Remaja yang mempunyai pesona yang luar biasa.
Tidak semua selebriti yang ada di Malaysia ini memulakan karier dalam industri hiburan sejak azali lagi. Walaupun menyimpan impian ‘terjun’ ke industri seni, namun Zaim tetap tidak melupakan pelajaran. Zaim mempunyai latar belakang dalam bidang fisioterapi dan merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan dari Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.
Jangan tak tahu, Remaja ini juga pandai bermain silat mata. Semuanya bermula dengan ajakan kawan memilih kad dan hilangkannya di tingkatan lima lantas menimbulkan obsesi Zaim terhadap seni silap mata.
Pernah datang dua kali audition Hero Remaja dan tahun ini merupakan tahun bertuah buat dirinya. Zaim juga sempat berkongsi rutin hariannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Untuk info semua Zaim aktif menjadi pelatih fitness secara sambilan memandangkan ayahnya membuka perniagaan berfokuskan senaman aerobik.
Setiap pagi, Zaim akan memulakan paginya dengan segelas kopi sebelum meneruskan workout hariannya. Senaman yang dilakukan oleh Zaim ialah jogging sepanjang 5KM dan senaman ketahanan abdominal. Selain itu beliau juga akan menghabiskan masa mengasah bakat-bakal yang dimilikinya seperti bermain piano, buat silap mata ataupun berlatih silat.
Pernah menetap di Australia selama 6 tahun ketika mengikuti ibunya menuntut di sana, Remaja yang berkemahiran seni silap mata ini khabarnya telah menurunkan berat badan sehingga 10kg demi menyertai Hero Remaja 2021. Hebat kan….
Itulah orang cakap kalau ada keazaman yang kuat apa pun kita boleh lalui.
Tahniah kami ucapkan buat Zaim kerana telah terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Zaim untuk menjadi Hero Favourite dan jangan lupa, follow Zaim untuk melihat update terbarunya. Good luck Zaim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!