Remaja di negara Barat pastinya sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Kekasih pada hari ini, 14 Februari. Menariknya, bukan mereka saja yang akan menjadi romantik pada minggu ini apabila remaja berketurunan Cina turut akan menyambut Hari Kekasih versi mereka ESOK pada 15 Februari bersempena Chap Goh Mei!
Walaupun kedua-duanya jatuh pada minggu yang sama, budaya serta cara sambutannya sama sekali berbeza.
Di negara Barat, Hari Kekasih disambut secara besar-besaran oleh mereka yang sudah berpasangan (yang single, main jauh-jauh). Khabarnya, pendapatan pelbagai sektor perniagaan pada malam ini saja adalah di antara yang paling menguntungkan sepanjang bulan Februari.
Iyalah, semua lelaki akan sanggup berbelanja besar untuk membawa pasangan ke restoran mewah, membelikannya coklat, bunga, hadiah dan macam-macam lagi bentuk hadiah yang akan diterima oleh teman wanitanya dengan tangan terbuka.
Budaya Hari Kekasih di negara Barat juga ibarat sudah sebati dengan paparan dalam filem serta drama Hollywood sehinggakan ramai terikut-ikut dengannya.
Ads
Lain pula ceritanya dengan cara masyarakat Cina menyambut Hari Kekasih meraka.
Sambutan Chap Goh Mei pada malam ke-15 esok amat popular dalam kalangan remaja berketurunan Cina di Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.
Hari yang juga dikenali sebagai Festival Tanglung ini menyaksikan kediaman mereka terang-benderang dihiasi nyalaan tanglung pelbagai bentuk.
Jadi, di mana bahagian romantiknya?
Ads
Well, Chap Goh Mei memberi peluang kepada remaja yang masih single untuk mencari jodoh menerusi tradisi membaling oren.
Si gadis akan menulis nama dan nombor telefon mereka di atas buah oren (mungkin pada zaman ini, mereka perlu sertakan sekali akaun Instagram dan TikTok) sebelum membalingnya ke dalam tasik, sungai atau laut sambil berharap ia akan dikutip oleh bakal jodoh mereka.
Mengikut kepercayaan, tradisi ini telah dimulakan oleh masyarakat Hokkien di selatan China pada abad ke-19 dan kini semakin popular dipraktikkan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Hhm, biarkan takdir jodoh bergantung kepada buah oren – romantik tak? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 24 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun menemui jodoh. Maaf girls! Hati atlet pujaan ramai ini telahpun ‘dicuri’ oleh pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nabila Farhana.
Mereka berdua telahpun selamat bertunang semalam dalam sebuah majlis serba ringkas namun lengkap di Kangar, Perlis.
Menerusi risikan penggiat media tempatan, wanita yang menjadi pilihan Latif ini merupakan seorang guru yang telah dikenali oleh Latif sejak mereka berada di bangku sekolah lagi; iaitu semasa sama-sama bergelar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di Kangar.
Latif tidak lokek untuk berkongsi berita gembira itu bersama para pengikutnya di Instagram semalam apabila memuat naik foto bersatu tunangnya itu kira-kira pada jam 8.00 malam tadi. Catat Latif, dia menyatakan rasa syukur apabila dirinya dan Nabila kita selangkah menghampiri hari bahagian mereka.
“Alhamdulillah, one step closer. I love you @nabersss.”
Muat naik tersebut turut menerima ucapan tahniah dan kegembiraan daripada rakan-rakan atlet lain seperti Pandelela Rinong dan juga bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.
“Tahniah Champ.” – Pandelela Rinong
“Alhamdulillah, tahniah champ.” -Syed Saddiq
Biarpun usia Latif masih muda dan perjalanannya dalam arena sukan lompat jauh ini masih jauh, anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini bersedia untuk mengikat tali pertunangan setelah sekian lama mengenali hati budi Nabila. Begitupun, mereka dikatakan tidak mempunyai perancangan lanjut untuk menamatkan zaman bujang secara tergesa-gesa. Masing-masing ingin fokus terlebih dahulu dengan kerjaya masing-masing.
Tambahan pula, Latif kini sedang menyasarkan penyertaan dalam Sukan Paralimpik di Paris pada tahun 2024. Tentunya, dia ingin mempertahankan pingat emasnya itu buat kali ketiga untuk negara. Besar kemungkinan, mereka akan memilih tahun 2025 untuk mengikat tali perkahwinan.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada Latif dan Nabila!
Selepas hatinya dipatahkan oleh ramai lelaki, akhirnya penyanyi popular Taylor Swift mengecapi kebahagian apabila kini bergelar tunangan kekasihnya, Travis Kalce yang merupakan seorang atlet American Football (AFC).
Taylor, 36 mengenali lelaki berkenaan pada Julai 2023 ketika konsert jelajah Eras Tour. Tidak lama selepas itu, Taylor dilihat sering berada di dalam bilik VIP ketika perlawanan Travis bersama-sama ibunya, Donna Kelce.
Selepas dua tahun menyulam cinta, akhirnya Travis melamar Taylor dalam persekitaran taman indah dengan gubahan bunga-bungaan and the star of the show? Tentulah cincin tunang Taylor!
Selain gembira dengan perkhabaran mengenai penyanyi kegemaran mereka, peminat juga tertarik dengan jenis cincin yang disarungkan ke jari Taylor berpotongan brilliant-cut, berbentuk potongan kusyen dan diperbuat daripada emas kuning 18k. Cukup klasik dan ‘whimsical’, seperti bintang pop itu sendiri.
Khabarnya, Travis menempah khas cincin tersebut dengan rekaan one-of-a-kind bersama pihak Kindred Lubeck of Artifex Fine Jewelry. Biarpun perincian mengenai cincin ini masih belum diketahui, pakar barangan kemas telahpun mula berspekulasi terutamanya mengenai nilai harganya.
Kongsi Rich Goldberg daripada Safian & Rudolph Jewellers kepada The Independent, berlian antik itu dianggarkan dalam kategori lima ke tujuh karat, manakala bahagian sisi cincin itu pula diserlahkan dengan batuan permata kecil. Bagaimana pula dengan harganya?
Well, ia bergantung kepada harga pasaran dan siapakah yang menjualnya kepada Travis. Besar kemungkinan, harganya boleh mencecah antara US$1.5 juta ke US$2 juta. Ada juga pakar lain yang merasakan nilainya berada pada nilai US$1 juta.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenali nilai cincin pertunangan penyanyi popular lain termasuklah Selena Gomez yang bertunang pada Januari tahun ini dan Ariana Grande pada Disember 2020.
Pelakon Siti Saleha memilih untuk tidak lagi merahsiakan statusnya apabila mendedahkan dirinya dan kekasih, Joshua Fitton sudahpun bergelar pasangan tunang.
Pendedahan yang dilakukan di karpet merah acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu dilakukan secara impromptu tanpa disangka oleh tunangnya itu.
Saat Saleha, 34 atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum diajukan pertanyaan bagaimanakah tahun 2024 buatnya setakat ini, dia secara berseloroh berkata tahun 2024 cukup bagus apabila mereka sudahpun memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.
Biarpun reaksi wajahnya sedikit terkejut dengan pengakuan itu, Joshua juga enggan berselindung dan menyambut baik pendedahan Saleha di karpet merah itu.
“Kami sudah bersedia untuk membuat pengumuman ini. Dia langsung tidak bersedia dengan pengumuman ini,” kata Saleha sambil menunding jari ke arah tunangnya itu.
Sebagai rekod, Saleha dan Joshua telahpun bergelar kekasih kira-kira selama dua tahun.
Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Ahmaf Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 tetapi memilih untuk berpisah selepas empat tahun bersama.
Masih Siti Saleha Yang Sama
Ditebak mengenai perjalanan kariernya yang semakin berkembang luas usai kemenangan di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 bagi kategori Bintang Asia Terbaik, pelakon drama SeOfis itu berpendapat dirinya masih Siti Saleha yang sama dan masih menjalani kehidupan sebagai anak seni.
“Cuma baru-baru ini sahaja, saya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Saya berharap kejayaan itu tidak akan terhenti di sini sahaja. I will keep going and I won’t stop,” ujar Saleha.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...