Rasanya semua orang dah sedia maklum tentang emosi perempuan bila datang bulan. Lebih-lebih lagi, kaum lelaki yang sememangnya sudah faham dengan ‘masalah bulanan’ gf/isteri mereka. Hiks!
Bukan semua wanita berhadapan dengan masalah ini, tetapi kebanyakannya ia memberi kesan perubahan hormon yang agak mendalam.
Namun begitu, ini tidak bermaksud yang perempuan boleh jadikan alasan untuk mereka marah sesuka hati dengan bertindak kasar kepada orang lain.
Seorang lelaki telah berkongsi mesej daripada girlfriendnya dan bertanya adakah perempuan period memang macam ni ke?
Mungkin setiap orang akan melaluinya. Berdepan dengan satu rasa yang tidak seronok dan cukup menyedihkan hati sendiri. Siapa mahu berdepan dengan putus cinta. Kisah patah hati yang sering kita dengar telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada rakan-rakan terdekat.
Tapi bagaimana kalau ia berlaku pada diri kita sendiri?
Ya, ia akan menyakitkan. Ya, ia juga bisa membuat kita mengalirkan air mata. Dan ya, ia juga mampu buat kita murung. Tapi usahlah korang risau kerana pengalaman begini hanya akan lebih mendewasakan diri. Malah, terdapat beberapa perkara yang akan korang pelajari selepas putus cinta dan berdepan dengan keadaan patah hati.
Kebahagiaan Diri Sendiri
Antara fasa pertama selepas putus cinta, korang akan rasakan apa yang orang lain perkatakan tidak penting sama sekali. Telinga ditutup dan dipekakkan daripada orang-orang sekeliling korang. Hal ini berlaku kerana korang tak sedar bahawa tidak ada orang lain yang mampu mengubati hati sendiri kecuali diri sendiri. Dan di sinilah korang akan sedar bahawa kebahagian diri bergantung kepada diri sendiri.
Selepas fasa denial berkurang, korang akan mula sedar bahawa rakan-rakan amat penting dalam kehidupan korang. Saat ini kamu akan bangkit dan meminta pertolongan daripada mereka sama ada dari ahli keluarga atau kawan baik. Tanpa sedar korang akan menjadi seorang yang lebih terbuka untuk membicarakan tentang soal hati dan perasaan.
Ads
Belajar Let Go
Melepaskan seseorang adalah amat sukar. Walaupun sudah putus cinta dan melepaskan seseorang dengan hati yang sedih. Tapi selepas putus cinta korang akan belajar untuk let go. Dan ia merupakan satu perkara yang bukan semua orang boleh lakakukan. Dengan pengalaman ini juga korang pastinya tidak mahu melakukan perkara kepada orang lain yang boleh berdepan kesensaraan yang korang lalui.
Ads
Cintai Diri Sendiri
Pada ketika korang menjadi terpuruk dengan hati yang punah, mungkin dari situ timbulnya kesedaran. Bahawa antara jalan untuk menjadi bahagia adalah mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain. Kalau bukan korang sendiri yang sayang diri sendiri, siapa lagi?
Bertemu Bahagia Dengan Aman
Tempoh patah hati mengajar korang untuk banyak bersabar. Malah, korang juga belajar untuk memaafkan apa yang dilakukan oleh bekas buah hati. Dari situ korang akan mula berasa bahagia kerana boleh menerima kekuatan diri untuk berdepan dengan ujian seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan mencadangkan had umur minimum 16 tahun untuk akaun media sosial bagi melindungi remaja daripada bahaya dunia maya. Langkah ini dilihat sebagai usaha penting dalam memastikan keselamatan digital dan kesejahteraan mental generasi muda terus terpelihara di tengah dunia teknologi yang semakin mencabar.
Perlindungan Maksimum Untuk Kanak-Kanak & Remaja
Dalam era digital kini, kanak-kanak dan remaja semakin terdedah kepada pelbagai risiko dalam talian daripada buli siber, pemerasan, hinggalah kepada eksploitasi seksual. Justeru, kerajaan memperkenalkan had umur 16 tahun untuk akaun media sosial bagi melindungi pengguna muda daripada ancaman dunia siber yang semakin serius.
Gambar Via Pexels
Menurut laporan, cadangan ini bertujuan memberikan perlindungan maksimum terhadap kanak-kanak dan remaja daripada kandungan tidak sesuai seperti:
Bahan seksual dan lucah yang tidak sepatutnya dilihat pada usia muda.
Aktiviti grooming dan pemerasan dalam talian.
Buli siber serta tekanan sosial di platform digital.
Eksploitasi dan penyebaran imej peribadi tanpa kebenaran.
Menurut laporan UNICEF (Disrupting Harm Malaysia, 2023), sebanyak 4% pengguna internet berumur 12 hingga 17 tahun di Malaysia pernah menjadi mangsa eksploitasi seksual dalam talian. Kajian oleh PMC (2022) pula mendapati 3 daripada 10 remaja pernah menjadi mangsa buli siber, kebanyakannya berlaku di media sosial.
Isu Keselamatan Digital Kian Membimbangkan
Statistik tempatan menunjukkan ancaman ini semakin meningkat. Kajian oleh PMC (2021) mendedahkan bahawa 74.5% pelajar pernah terdedah kepada kandungan pornografi, manakala laporan Atlantis Press (2023) menunjukkan peningkatan kes grooming digital dalam kalangan remaja.
Lebih membimbangkan, beberapa kes rogol berkumpulan melibatkan pelajar sekolah di Melaka dan Kedah turut dikaitkan dengan penyebaran video lucah di platform media sosial bukti nyata bahawa bahaya maya kini menjalar ke dunia sebenar.
“Keselamatan Kanak-Kanak Tak Boleh Bergantung Pada Langkah Sukarela”
Menurut Prof Madya Dr. Fauziah Mohd Saad, Pakar Psikologi Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), peraturan jelas perlu diwujudkan bagi melindungi golongan muda.
“Keselamatan kanak-kanak tidak boleh bergantung kepada langkah sukarela. Peraturan mandatori menetapkan standard yang jelas,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar akaun media sosial bagi remaja berumur 13 hingga 15 tahun hanya dibenarkan dengan kebenaran ibu bapa dan tetapan keselamatan ketat, manakala kanak-kanak bawah 13 tahun perlu dilarang sepenuhnya daripada membuka akaun.
Dr. Fauziah turut menekankan bahawa pendidikan literasi digital perlu diperkasa di sekolah, selain memastikan platform media sosial bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna muda.
Kenapa Had Umur 16 Tahun Dipilih?
Menurut kerajaan, usia 16 tahun dianggap titik paling wajar kerana pada tahap ini, remaja sudah mempunyai kematangan emosi dan kefahaman lebih baik tentang risiko dunia siber. Langkah ini juga akan:
Mengurangkan risiko penyalahgunaan identiti dan penipuan umur.
Memberi ruang kepada sekolah memperkukuh pendidikan keselamatan digital.
Memastikan platform media sosial lebih bertanggungjawab dalam menapis kandungan serta mengesahkan umur pengguna sebenar.
Tidak Lari Dari Cabaran
Cadangan had umur 16 tahun untuk akaun media sosial turut menerima pandangan berbeza daripada masyarakat. Ada yang menyokong langkah kerajaan demi keselamatan remaja, namun ada juga yang bimbang ia akan mengehadkan kebebasan bersuara dan akses maklumat bagi golongan muda.
Namun kerajaan menjelaskan bahawa peraturan ini bukan bertujuan menyekat suara remaja, sebaliknya memberi perlindungan sementara sebelum mereka benar-benar bersedia menghadapi dunia digital yang kompleks dan penuh risiko.
Langkah Perlindungan Yang Wajar
Dalam era di mana telefon pintar dan media sosial menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian, cadangan had umur 16 tahun untuk akaun media sosial ini bukan sekadar peraturan tetapi langkah pencegahan yang mampu menyelamatkan generasi muda daripada trauma, manipulasi dan gangguan mental akibat dunia maya.
Dengan sokongan ibu bapa, pendidik dan pihak platform digital, usaha ini boleh menjadi permulaan kepada pembentukan remaja celik digital, beretika serta lebih bijak mengurus interaksi dalam talian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads. pasangan tersebut difahamkan mengambil keberkatan bulan Syawal kali ini untuk bergelar suami isteri yang sah bertempat di kediaman Jofliam.
Menariknya, bukan hanya warganet yang mengambil maklum akan penyatuan merpati dua sejoli tersebut tetapi juga bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menerusi entri terbaru di Instagram dilihat seolah-olah menyindir usahawan piza itu dan isteri baharunya dalam bentuk ‘ucapan tahniah’.
“Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan, “Tahniah Han dan Yuki dapat bibik baru.
“Untuk Qurqy (panggilan buat Dewi), good luck melayan tantrum abiang (panggilan buat Jofliam).
“Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang lemah dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, bolehlah sorok abiang dalam almari.
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell.
“Sekian terima kasut,” coret Cik Epal.
Untuk pengetahuan korang, nama Dewi sebelum ini hangat akibat dituduh sebagai insan ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Jofliam yang terjalin sejak 1 Jun 2014.
Tidak lama selepas itu, Jofliam mengakui sememangnya sedang bercinta dengan Dewi dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Setelah penceraian Jofliam dan Cik Epal selesai pada tahun lalu, timbul pula isu hak penjagaan dua orang cahaya mata mereka bernama Han dan Yuki yang dimuat naik sendiri oleh dua bekas pasangan berkenaan ke media sosial; lalu mengundang persepsi tidak manis dalam kalangan warganet.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!