Baru-baru ini, tindakan berani seorang remaja lelaki dari Liloan, Cebu telah menarik perhatian orang ramai di media sosial selepas berjaya menyelamatkan puluhan penduduk ketika bencana Taufan Tino melanda. Disebabkan semangat wira muda beliau, kerajaan tempatan telah menganugerahkan biasiswa penuh hingga ke peringkat universiti sebagai tanda penghargaan.

Memetik laporan media antarabangsa, Jayboy Magdadaro yang kini berusia 15 tahun telah menjadi tumpuan apabila tindakannya menyelamatkan kira-kira 50 orang daripada banjir kilat di Barangay Jubay disifatkan sebagai contoh keberanian luar biasa. Dalam keadaan air deras dan hujan lebat, Jayboy tanpa berlengah turun membantu mangsa yang terperangkap.

Remaja 15 Tahun, Jayboy Magdadaro Terima Biasiswa Penuh Selepas Selamatkan 50 Mangsa Banjir

Difahamkan, remaja ini menggunakan sebuah bot kecil untuk membawa setiap mangsa ke kawasan yang lebih selamat dan usaha dalam membantu para mangsa mengambil masa hampir sepanjang hari, dan beliau terus berjuang meskipun air semakin naik serta arus semakin kuat.

Ads

“Walaupun airnya deras, saya memaksa diri untuk membantu kerana saya dapat terdengar orang menjerit,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Jayboy turut berkongsi bahawa minatnya terhadap sukan skimboarding di laut memberinya kelebihan untuk mengharungi banjir tersebut. Pengalaman mengimbangkan badan di atas papan di laut menjadikannya lebih mahir mengawal pergerakan ketika menolak bot di tengah arus deras.

Ads

Remaja 15 Tahun, Jayboy Magdadaro Terima Biasiswa Penuh Selepas Selamatkan 50 Mangsa Banjir

Sementara itu, sebagai penghargaan terima kasih dan pengiktirafan terhadap tindakan beraninya, kerajaan tempatan Liloan telah menganugerahkan biasiswa penuh kepada Jayboy sehingga ke peringkat universiti. Biasiswa itu turut meliputi semua yuran pengajian serta elaun bulanan sebanyak P3,000 (kira-kira RM210).

Ads

“Biasiswa untuk wira remaja,” tulis pihak Majlis Perbandaran Liloan dalam satu hantaran di Facebook, sekaligus mendapat pelbagai pujian dan reaksi positif daripada warga internet.

Sekadar info, wilayah Cebu merupakan antara kawasan paling teruk terjejas oleh Taufan Tino yang meragut sekurang-kurangnya 232 nyawa dan menyebabkan banyak komuniti dipindahkan. Menurut PAGASA, jumlah hujan yang dicatatkan di Cebu ketika itu melebihi paras purata 20 tahun. Bagaimanapun, di sebalik tragedi besar itu, keberanian seorang remaja bernama Jayboy menjadi sinar inspirasi buat seluruh masyarakat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads