Remaja lelaki bernama Muhammad Zulfikal Asmadi, 14 ini menjadi bualan ramai setelah tindakannya yang nekad menongkah arus deras dan ombak besar kira-kira 100 meter dari pantai demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini pada Jumaat lalu.
Menurut remaja tersebut dia secara kebetulan bersama beberapa penduduk kampung berada di bangsal nelayan berdekatan lokasi kejadian sebelum diberitahu mengenai insiden itu.
“Sebaik tahu ada mangsa lemas, saya dan penduduk bergegas ke pantai. Dari jauh saya nampak budak perempuan itu tenggelam timbul beberapa kali. Dalam situasi cemas itu saya hanya fikir satu sahaja iaitu ingin menyelamatkan nyawa dia.
Ads
“Pada mulanya, saya nekad untuk meredah ombak, namun selepas ternampak sampan yang ditinggalkan nelayan saya terus ambil sampan itu dan mendayung mengharungi ombak sejauh 100 meter dari pantai,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Penunjuk, di sini, pada Ahad.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal itu berkata, sebaik menghampiri mangsa, dia meminta kanak-kanak itu berpaut pada perahu sementara dia mengayuh sehingga ke tepi pantai.
“Disebabkan perahu yang saya gunakan itu bersaiz kecil, saya tidak berani bawa kanak-kanak itu naik ke atas perahu kerana bimbang ia terbalik. Saya minta dia bergayut dan bertahan sehingga ada beberapa individu lain yang turut sama memaut kanak-kanak itu,” ujarnya.
Ads
Anak sulung dari empat adik-beradik itu berkata, dia berasa lega dan bersyukur kerana dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut memandangkan ketika itu ombak begitu kuat.
Muhammad Zulfikal memberitahu, dia mahir berenang dan mengendalikan sampan serta bot kerana sering mengikut bapanya, Asmadi Ripin, 42, yang juga seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan sejak berusia 12 tahun.
Sementara itu, Asmadi berkata, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anaknya dan mangsa lemas berjaya diselamatkan. Rakaman video Muhammad Zulfikal cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut tular di media sosial sejak Ahad.
Tindakan berani remaja itu mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang memuji keberaniannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun habis troll masyarakat mengenai angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai’ Nik Ahmad Farhan memaklumkan pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua kerana pertemuan itu berlaku di Kaabah, malam ini diberitakan Dai’ Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin yang sarat mengandung anak kedua mereka.
Pendedahan mengejutkan dari peguam terkenal, Asiah Abd Jalil di fbnya yang mengesahkan sudah mendengar rakaman voice note yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp cukup mengejutkan.
Dalam penulisannya, peguam terbabit menulis, Dai’ Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talak satu.
Lafaz cerai disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut.
Alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.
Pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Daie Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.
Daie Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya seperti ditulisnya.
Beberapa hari lalu, Dai’ie Nik Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya yang didakwa memfitnah dirinya.
Da’i Farhan dalam laporannya berkata, dia mengemukakan tuntutan saman terhadap individu tersebut malah, beberapa individu lain bakal diambil tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Menurut Da’i Farhan, dia telah pun membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Menerusi entri itu, Da’i Farhan turut meluahkan rasa syukur serta meninggalkan peribahasa ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat’
. Dalam pada itu, Da’i Farhan berharap semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kesahihannya.
Terdahulu, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai kempen tiket penerbangan sehala mampu milik yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan, Malaysia Airlines. Berdasarkan respon yang kami terima daripada warganet, ramai menyambut baik kempen ini.
Jadi, apabila syarikat penerbangan seteru, AirAsia pula membuat kejutan dengan harga tiket penerbangan yang tidak masuk akal, tentulah rakyat Malaysia tidak boleh duduk diam.
Mulai sekarang hingga 17 Oktober 2021, korang boleh merebut tiket penerbangan mampu milik daripada AirAsia bagi tempahan perjalanan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Promosi tambang serendah RM12 ini adalah bersempena pengumuman kebenaran untuk merentas negeri oleh kerajaan baru-baru ini. Namun ada syarat-syaratnya.
Promosi ini hanya tertakhluk kepada destinasi ke destinasi Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu dari Kuala Lumpur.
Apa yang korang perlu buat adalah menempah tiket penerbangan domestik pergi-balik dalam tempoh promosi dan dapatkan diskaun di AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’.
Para penumpang yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia juga boleh menggunakannya untuk menebus tiket penerbangan murah selagi stok masih ada.
Menariknya, bukan hanya tiket penerbangan yang dikurangkan harga. AirAsia juga menawarkan penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan + hotel oleh SNAP; termasuk penerbangan dua hala serta penginapan 3 hari 2 malam di hotel.
Sementara itu, para penumpang yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk dapatkan diskaun RM50 bagi tempahan tiket mana-mana penerbangan domestik AirAsia antara 4 Oktober hingga 17 Oktober 2021 bagi tarikh perjalanan antara 4 Oktober hingga 30 November 2021.
Amacam? Lama tak bercuti kan!
Jangan sesekali lupa mengikut SOP dan pakai penutup muka tidak kiralah di mana korang berada. Semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
AirAsia kini mengendalikan 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik iaitu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Seiring dengan permintaan perjalanan yang dijangka meningkat, lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah oleh syarikat itu.
Baru hari pertama musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru berlangsung pada hari ini, nampaknya rakyat sudah ditegur oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs).
Menurut Presiden Cuepecs iaitu Adnan Mat, mereka telah melakukan tinjauan sekitar jam 10 pagi di kawasan pejabat penjawat awam. Ia menunjukkan ramai pekerja yang hadir, tidak seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri iaitu meminumkan jumlah pekerja di pejabat.
Foto: BHOnline
Katanya, “Ketua jabatan nampaknya gagal mengawal pergerakan minimum. Walaupun PKPB sudah berpula, Covid-19 ini belum pulih sepenuhnya. Langkah terbaik adalah duduk di rumah dan bekerja dari rumah.
“Sepatutnya ketua mengambil langkah awal membuat pengiraan keperluan minimum untuk penjawat awam berada di pejabat.
“Mereka yang dibenarkan hanyalah pekerja yang benar-benar sihat, tidah menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan di bawah usia 50 tahun,” jelas beliau.
Foto: BERNAMA
Cuepecs, jelas beliau, kesal kerana tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh agensi pemodenan sector perkhidmatan awam seperti MAMPU. Seharunya mereka, menurut Adnan, perlu menyahut seruan kerajaan untuk work from home.
*
Walaupun kelonggaran ini memudahkan urusan rakyat, namun tak semua benda kita boleh lakukan sesuka hati. Kena ikut syarat yang diberikan oleh kerajaan tau..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.