Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang baru masuk dunia pekerjaan.
Kajian oleh Malaysia Labour Market Insight Series melalui laporan bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk mendedahkan bahawa majoriti siswazah kini bekerja dalam sektor separa mahir atau tidak mahir.
Ini menunjukkan berlakunya ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang diperoleh.
Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, keadaan ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran kerja negara.
Isu gaji bulanan menjadi perhatian apabila lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia dilaporkan hanya menerima gaji bawah RM3,000 sebulan. Situasi ini menyebabkan ramai daripada mereka hidup dalam keadaan ‘cukup-cukup makan’, tanpa ruang untuk menyimpan, melabur atau memperbaiki taraf hidup.
Ads
Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah dilaporkan melebihi 80 peratus, angka tersebut dianggap mengelirukan kerana ia tidak mengambil kira kesesuaian kemahiran dan tahap gaji.
“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.
“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya melalui kenyataan, pada Khamis.
Tambahnya lagi, ramai siswazah kini tidak dapat menikmati kelebihan pendidikan tinggi kerana pulangan yang diterima tidak sepadan dengan kos yang ditanggung.
Ads
Keadaan ini juga melemahkan semangat untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Apa Pilihan Yang Ada Untuk Belia?
Belajar kemahiran tambahan – Soft skill, digital skill, freelancing (design, coding, editing).
Cuba income sampingan (side hustle) – Jual makanan, servis freelance, TikTok affiliate pun boleh.
Belajar urus kewangan awal – Simpan sikit pun tak apa, yang penting konsisten.
Melabur ikut kemampuan – RM100 sebulan pun boleh mula (guna ASB, Tabung Haji, atau Robo-advisor).
Jangan terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan.
Antara punca utama dikenal pasti ialah:
Pertumbuhan gaji yang perlahan
Kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan
Permintaan yang lemah dari sektor swasta
Bagi mengatasi masalah ini, laporan mencadangkan pelbagai reformasi seperti:
Menggantikan indikator kebolehpasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran.
Mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang
Menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan
Memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan
Memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah
Bukan semua orang ada permulaan hidup yang senang dan gaji bawah RM3K bukan kegagalan. Tapi penting untuk kita sedar realiti dan cari jalan keluar. Tak kiralah gaji RM2K ke RM5K, kalau tak tahu urus duit, tetap akan rasa tak cukup.
So… lepas ni, jangan down kalau gaji kecil. Sebaliknya, fikir apa langkah kecil yang kau boleh mula hari ni, untuk bantu ‘next version’ diri kau nanti.
Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Di Malaysia kerana menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan untuk tahun ini.
Justeru itu, beberapa universiti ternama di Malaysia dan Singapura mencatat peningkatan permohonan mendadak dari kalangan pelajar China, ekoran sekatan perjalanan dan hubungan bilateral yang merudum antara negara mereka dengan negara-negara Barat.
Jika sebelum ini, pelajar China sering menyasarkan destinasi seperti Britain, Amerika Syarikat dan Australia, namun ia sudah mula berubah sejak penularan wabak COVID-19 bermula Disember lepas, menurut portal South China Morning Post.
Namun, sebilangan mereka masih menunggu kerana kebanyakan institusi di Asia, terutamanya Singapura dan Malaysia masih mengadakan kelas secara dalam talian.
Menerusi laporan itu, program This Week in Asia telah menghubungi 14 universiti di Malaysia dan Singapura, dan tiga dari lima universiti yang memberi maklum balas, memberitahu terdapat peningkatan permohonan mendadak daripada pelajar China.
Data dari Institusi Pengajian Antarabangsa China pula menunjukkan pelajar negara itu merupakan satu per tiga dari keseluruhan 1.1 juta pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat untuk tahun akademik 2018-19.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat mencatatkan penurunan minat secara mendadak daripada pelajar China apabila Presiden Donald Trump mengugut mahu menggantung visa pelajar yang membuat kajian untuk agensi China.
Pakar mengatakan walaupun institusi pendidikan di Malaysia dan Singapura dilihat sedang menunjukkan peningkatan jumlah pelajar dari China, tetapi trend ini tidak kekal dalam jangka panjang setelah vaksin COVID-19 ditemui kerana universiti di Negara Uncle Sam dan Britain masih lebih dikenali.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti tempatan.
Sesi persekolahan tahun 2020 akan bermula tidak lama sahaja lagi. Bagi korang yang nak memulakan di sekolah baru, mesti ada rasa sedikit risau dan dalam masa yang sama excited sebab akan bertemu dengan rakan-rakan baru.
Mungkin kalau korang nak masuk sekolah kebangsaan/menengah biasa rasanya tak banyak masalah kerana kebanyakannya diuruskan melalui sistem kerajaan negara.
Namun begitu, jika mahu memilih untuk masuk sekolah Tahfiz, mungkin ada yang risau dan tertanya-tanya sekolah mana yang baik untuk menyambung pengajian.
Jadi kali ini, Remaja nak kongsi kan antara tips yang korang boleh check sebelum memilih sekolah tahfiz yang baik.
Aspek sekolah
Sekolah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
Sekolah mempunyai sijil kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sekolah menyediakan modul pendidikan dan silibus pengajian akademik dan seimbang
Sekolah menggalakkan pelajar tahfiz terlibat dengan program/aktiviti ko-kurikulum lain
Sekolah tidak mengarahkan/memaksa/memprogramkan kanak-kanak meminta sedekah/derma kepada orang ramai atas pelbagai alasan, termasuklah kebajikan atau latihan keusahawanan
Gambar hiasan
.
Aspek asrama
Guru/warden boleh dihubungi dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang pelajar ada di asrama
Sekolah tidak menyekat pelajar untuk menghubungi ibu bapa pada bila-bila masa, termasuk semasa orientasi
Ibu bapa penjaga dan penaja dibenarkan melihat tempat anak belajar, tidur dan bilik air serta menu makanan yang diberikan kepada pelajar
Kanak-kanak di bawah 12 tahun tinggal di dorm/asrama berasingan daripada kanak-kanak di atas 12 tahun
Aspek hubungan/tanggungjawab ibu bapa
Sekolah membenarkan ibu bapa terlibat dalam semua program pembangunan pelajar tahfiz, sahsiah diri dan akhlak
Sekolah menggalakkan ibu bapa mengadakan WhatsApp group untuk mengetahui perkembangan semasa
Gambar hiasan
.
Aspek disiplin murid
Sekolah tidak mengenakan sebarang syarat atau hukuman yang tidak munasabah, mengaibkan atau apa-apa hukuman yang melibatkan penderaan fizikal, emosi atau seksual
Sekolah memastikan interaksi dan hubungan fizikal antara pelajar senior dan junior diterangkan dan dikawal dengan jelas
Sekolah mempunyai polisi jelas yang menolak sebarang bentuk ragging dan buli
Aspek keselamatan
Sekolah menyediakan guru atau staf pengiring sewaktu membawa pelajar keluar dengan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu
Sekolah menerbitkan poster/buku peraturan disiplin yang jelas kepada semua pelajar dan ibu bapa serta tindakan yang dibuat sekiranya pelajar melanggar peraturan tersebut
Lembaga Pengurusan Sekolah menyediakan polisi/SOP perlindungan dan keselamatan pelajar
Sekolah menapis semua individu, kumpulan atau NGO luar yang datang menjalankan program di sekolah dan memaklumkan ibu bapa tentang program berkaitan
Tempoh lima bulan yang lalu telah menyaksikan laluan sukar untuk penyanyi Zynakal.
Ini setelah dia melalui beberapa insiden yang membuatkan ramai orang memandang serong terhadapnya seperti kes mengasari seorang pekerja stesen minyak dan isu masalah kesihatan mental.
Namun, itu semua nyata tak menjadi halangan untuk Zynakal (Zyn) bangkit semula pada tahun 2020.
Bercakap tentang isu ‘baru tahu siapa kawan siapa lawan’, Zyn yang tampil bersama Yonnyboii untuk pelancaran lagu terbaru, Sakit, berpendapat ia adalah momen yang membuka matanya.
“Pertama sekali, saya terharu bila tahu masih ada orang care tentang saya.
“Tahun lalu, saya dihina oleh masyarakat dan ramai kawan saya yang ‘hilang’. Dia (Yonnyboii) lah antara kawan yang faham dengan situasi saya dan dari situlah saya terfikir untuk bergabung idea dalam lagu ini.
“Sakit adalah luahan hati saya mengenai situasi semasa,” katanya ketika ditemui pada hujung minggu lalu.
Menurut Zyn, tahun 2020 adalah tahun untuknya mengeluarkan lebih banyak lagu yang boleh diterima masyarakat. “Saya juga akan menjaga attitude saya agar lebih baik lagi selepas ini. Dan saya minta maaf dengan apa yang telah terjadi,” katanya.
Untuk pengetahuan, Zyn masih meneruskan rawatan bersama doktor pakar apabila dia akan membuat temujanji setiap enam minggu. Perlahan-lahan, dia berharap akan menjadi lebih baik dari segi fizikal dan mental.
*
Jelas, pengaruh Zynakal masih kuat apabila video lirik Sakit di YouTube telahpun mencapai 4.4 juta tontonan selepas lebih 3 minggu dimuat naik.
Cer dengar dan komen jika lagu melankoli ini sedap didengar.
Untuk menonton temuramah penuh REMAJA bersama Zynakal dan Yonnyboii, klik di bawah.
Pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, tetap dengan pendiriannya berhubung kenyataan yang dibuatnya mengenai tindakan orang ramai mengumpul dana bagi membantu golongan elit...