Semalam tular di media sosial perkongsian dari seorang isteri bahawa paru-paru suaminya bocor akibat positif tibi.
Malah doktor yang merawat suaminya memaklumkan antara punca seorang individu boleh dijangkiti tibi disebabkan dua kemungkinan iaitu, dalam badan manusia memang ada sel tibi cumanya tak aktif. Bila kuman tibi tu akan aktif?
Apabila kita dikelilingi/didekati oleh pesakit tibi (+ve) . Kita mudah untuk dijangkiti tibi.
One more is apabila peparu kita lembab ia akan aktifkan kuman tibi tu malah ia akan menjadi teruk boleh menyebabkan peparu kita bocor sebab kuman tu aktif.
Macam mana boleh terjadi ya peparu lembab?
Penghisap vape sekalian, asap yang kamu semua seburkan itu berbentuk wap air yang berperisa. Banyak flavors betul? Sedap sungguhkan. Tapi risikonya asap yang disebur itu akan menjadi wap air bila kita terhidu ia akan menyebabkan peparu kita lembab. Sebab itu la kuman tibi akan diaktif, sebab peparu kita lembab.
Bila peparu kita lembab kita mudah diserang macam macam penyakit, termasukla ia akan menyebabkan kebocoran sedikit demi sedikit di peparu kita.
Perkongsian di fb Key Arina mengenai keadaan suaminya yang mengalami kebocoran paru-paru telah menjadi viral dan mendapat 16 K share dan 13K komen.
NAMUN seperti biasa, typical Malaysian hanya tahu kondem dan mengejek terutama dari perokok dan kaki vaping yang merasakan hanya mereka saja betul.
Soal kesihatan bukan isu main-main. Hanya mereka yang sakit saja tahu kesan dan akibat serta penderitaannya.
Malah di Amerika turut membuktikan ketagihan vape boleh mengakibatkan paru-paru bocor dan remaja berusia 17 tahun itu sudah pun mendapatkan paru-paru baru selepas paru-parunya rosak teruk akibat ketagihan vape.
Bacalah perkongsian dari Key Arina hari ini selepas perkongsiannya tular di media sosial.
Seperti katanya, manusia berhak memberi pendapat kerana kita manusia tak lari daripada kesilapan.
Alhamdulillah yang mana mengambil ikhtibar dari kejadian yang nana share semoga anda semua istiqomah dalam usaha berhenti merokok dan vape.
Pelbagai komen pandangan hanya yang lalui sahaja yang tahu betapa besarkan kesan rokok mahupun vape.
Untuk kes husband saya , kahaknya still negative tak growth so dia adalah pesakit tibi (-ve) . Alhamdulillah kami ikhtiar dengan pelbagai cara , ROKOK & VAPE alhamdulillah dah berhenti dekat 2 bulan. Alhamdulillah tca yang lepas xraynya makin CLEAR daripada sebelum ini. Jangan salahkan product ataupun apa saja salahkan la diri sendiri yang masih menegakkan benda yang terjadi merata rata. Asbab ikhtiar tu terpulang pada diri masing masing.
Ads
Saya dah jelaskan disitu 2 possibility ; *ENVIROMENT dikelilingi dengan pesakit tibi (+ve) , ataupun dari tempat kerja sendiri yang banyak foreigner
*Disebabkan diri sendiri adalah perokok/penghisap vape
KENAPA SAYA KATAKAN ROKOK/VAPE MEMBAWA SEDIKIT SEBANYAK IMPAK TIBI?
Kepada perokok & penghisap vape sekalian cabarla diri anda ke hospital swasta/kerajaan detail fbc blood test & xray. Ada lebihan duit pergi la swasta untuk urusan yang lebih pantas and diconsult oleh doktor doktor pakar yang ada , bukan saya kata hospital kerajaan tak bagus cuba untuk mendapatkan keputusan yang lebih cepat sebelum ia menjadi teruk I choose swasta and sekarang pun saya continue tca hanya di hospital kerajaan.
Balik pada isu perokok/penghisap vape sekalian. Adakah kamu yakin bahawa peparu anda clear? Tiada masalah langsung? Sekarang dah banyak sangat penghisap vape yang peparunya bocor and soon on . Terpulang la pada diri anda , anda berhak membuat keputusan.
Vape ini adalah salah satu punca kenapa husband saya terkena tibi , sebab tibi selalu di uji dengan kahak once kahak dia growth ataupun (+ve) ia adalah pesakit TIBI (+ve), tapi husband saya disahkan TIBI base on result CT SCAN yang dilakukan. Dan doc bagitau vape mungkin juga punca tibi , dan dinasihatkan supaya berhenti rokok/vape kerana telah menyebabkan peparunya bocor walaupun hanya sedikit beberapa mm sahaja, virus tibi tu makan organ dalaman. Alhamdulillah sekarang dah recover syukur.
And juga mungkin atas kesilapan diri sendiri berkongsi vape/rokok dengan orang lain tapi balik pada kejadian Allah kalau dia nak uji seseorang tu tak kira siapa di mana bagaimana ia akan datang cepat atau lambat sahaja. Semoga menjadi ikhtibar kepada semua.
Ads
KENAPA KALAU SAKIT SOALAN PERTAMA DOKTOR TANYA ADAKAH KAMU HISAP ROKOK/VAPE ?
*Sebab rokok/vape merupakan salah satu sebabnya kita dijangkiti pelbagai penyakit mahupun asthma, masalah peparu, mahupun jantung.
ROKOK MAHUPUN VAPE SILENT KILLER YANG BERLELUASA NOWDAY!
SAYANGI LA PEPARU ANDA
Yang masih muda fikir la kehadapan buka la minda anda dengan mengambil ikhtibar daripada apa yang terjadi di persekitaran kita ini bukan kita menyokong benda yang memang buruk padahnya ONLY YOU CAN CHANGE YOURSELF & YOUR MIND
Disini saya selitkan la beberapa comment yang terjadi pada diri mereka sendiri yang mereka share di dalam comment mungkin kita tak perasan. semoga kita terus positive and berfikiran jauh kehadapan.
KESIHATAN TAK BOLEH DIGANTI DENGAN WANG RINGGIT MAHUPUN VAPE & ROKOK.
DAH TERKENA TAK PANDANG DAH VAPE & ROKOK TU TRUST ME
Memang akan ambil masa and akan jadi ketagih tapi kalau kamu dikelilingi orang yang positive and bantu kamu untuk berhenti inshaAllah boleh Biar la tak dapat rokok/vape selsema menangis daripada NANTI MENANGIS KERANA DERITA PELBAGAI PENYAKIT. Kejap jea sakit ketagih tu ANDA BOLEH BERUBAH.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian peserta Big Stage 2020 mengemparkan seluruh Malaysia pagi tadi, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26 tahun menghambuskan nafas terakhir selepas seminggu koma akibat kemalangan jalanraya.
Rata-rakan rakan selebriti turut meluahkan rasa sedih atas perkhabaran tersebut yang mana menganggap ianya satu kehilangan besar di dalam industri biarpun baru sahaja membuat kemunculan semula selepas bertapak sejak tahun 2014.
Ini antara rakan artis yang turut bersedih dan kongsi khabar sedih di media sosial
Terdahulu, Sandra dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada Sabtu minggu lalu ketika penyanyi kelahiran Sabah ini sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Dalam konsert minggu keempat bertemakan Baby Bash, Sandra yang ditugaskan untuk membawa lagu asal Ella berjudul Nuri telah dikecualikan oleh pihak Astro daripada disingkirkan malah elaunnya turut diteruskan.
Al-fatihah dan takziah kami ucapkan buat Sandra.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.
Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.
Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.
Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.
Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan artis Ernie Zakri, penyanyi dan guru vokal kecil molek dengan vokal yang sangat ‘wow’
Sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu ada berkongsi sekeping gambar berhijab di laman instagramnya dengan caption ‘love’.
Menurut Harian Metro, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28 menyedari dirinya banyak membuat kesilapan dan kini sudah tiba masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.
“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.
“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,”
Rata-rata rakan artis meninggalkan komen gembira dengan penampilan terbaru Ernie.
Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mendoakan agar Ernie kekal istiqamah.
Sumber : instagram Ernie zakri, harian metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!