Seorang pakar pemindahan organ mengakui terkejut melihat paru-paru seorang remaja lelaki bocor akibat ketagihan vape.

Sepanjang kariernya 20 tahun sebagai pakar bedah, inilah pengalaman paling pelik dilaluinya kerana paru-paru remaja berkenaan boleh bocor hanya disebabkan kepada ketagihan menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali vape.

Paru-Paru Remaja 17 Tahun BOCOR Akibat Ketagih Vape, Inilah Bahaya Vape Ramai Ambil Remeh

Dalam satu kejadian di Amerika Syarikat, seorang remaja lelaki pada awalnya dikejarkan ke hospital kerana kesukaran bernafas dan doktor awalnya mendiagnoskan kesnya sebagai radang paru-paru. Namun melihat masalah kesihatannya semakin merosot, dalam satu ujian kesihatan mendapati dia harus menjalani pembedahan segera apabila kedua belah paru-parunya bocor dan sudah rosak  dalam satu kejadian di sebuah hospital di Michigan baru-baru ini.

Paru-Paru Remaja 17 Tahun BOCOR Akibat Ketagih Vape, Inilah Bahaya Vape Ramai Ambil Remeh

Harian Metro melaporkan, remaja berusia 17 tahun itu  menderita kesan sampingan rokok elektronik pertama  dan dia sudah pun selamat menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pertama akibat vape pada pertengahan bulan lalu.

Pengarah Pembedahan Pemindahan Organ Hospital Henry Ford, Dr Hassan Nemeh berkata, remaja itu akan meninggal dunia sekiranya dia tidak menerima paru-paru baharu.

Sementara itu, keluarga remaja malang terbabit meminta doktor mewar-warkan kesan buruk rokok elektronik yang boleh membahayakan nyawa.

“Kehidupan kami sekeluarga berubah dalam sekelip mata. Sebelum ini, kehidupannya seperti remaja lain dan dia juga seorang atlet.

“Kini dia diberikan dua paru-paru baru dan perlu mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya,” kata salah seorang ahli keluarga remaja itu.

Dalam laporan perubatan mengenai remaja ini, dirinya mula dimasukkan ke hospital pada 5 September dan seminggu kemudian, keadaannya menjadi semakin teruk.

“Hidupnya bergantung kepada bantuan  ECMO (Extracorporeal  Membrane Oxygenation) bagi membolehkannya bernafas. Namun pada 3 Oktober, remaja ini dipindahkan ke Hospital Henry Ford dan diletakkan dalam senarai menunggu pemindahan paru-paru baru. Pada 15 Oktober, satu pemindahan paru-paru baru berlangsung selama enam jam selepas keadaannyaa semakin kritikal.

Setakat ini, seramai 39 orang maut akibat menghidap rokok elektronik dan sebanyak 2,051 kes kecederaan paru-paru berkait rokok elektronik dilaporkan di Amerika Syarikat.

Bagi korang yang masih kurang yakin bahawa paru-paru akan “bersih” kerana menghisap vape berbanding rokok biasa, tiada yang mustahil ya kerana ada juga vape dicampur nikotin yang akan membahayakan nyawa korang sendiri.

Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok sebaliknya  girls lebih respek sebab susah nak cari lelaki tak merokok atau hisap vape zaman nie.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI