Bencana besar sedang menduga Amerika apabila kebakaran besar melanda hutan California sejak seminggu lalu. Dikatakan 76 orang meninggal dalam tragedi terbesar ini manakala 1300 lagi dilaporkan masih tidak ditemui sehingga ke hari ini.

Banyak pelakon-pelakon Hollywood berkelas A yang menetap di negeri terbabit sudah berpindah dari kediaman masing-masing. Baru ini, pelakon filem London Has Fallen, Gerard Butler menunjukkan separuh kediamannya musnah terbakar di mana tiada satu pun dapat diselamatkan.

“Ia sesuatu yang sangat menyedihkan dan begitu menyayat hati. Seperti biasa  cukup bangga dengan keberanian, semangat dan pengorbanan anggota bomba,” tulis pelakon berkenaan dalam akuan Instagramnya.

Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Gerard Butler menunjukkan separuh kediamannya musnah terbakar di mana tidak dapat diselamatkan.

Selain Gerard Butler, antara selebriti lain yang berpindah dari kediaman masing-masing termasuklah Kim Kardashian West, Scott Baio, Rainn Wilson, Jessica Simpson, Miley Cyrus dan Guillermo del Toro.Kim Kardashian dalam tweetnya memberitahu api sudah memusnahkan harta dan rumah mereka.

“Saya hanya berdoa semua orang selamat,” ujarnya. – AGENSI.

Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Kim K dan ramai lagi pelakon Hollywood antara yang terlibat dalam bencana besar ini

Di sebalik tragedi yang melanda ini, dari dron yang mengambil gambar-gambar seperti disiarkan oleh MFA Media Group pada 15 November lalu kelihatan rumah-rumah di lingkungan ini bagaikan menjadi debu, ranap dan hancur sementara pokok di sekelilingnya bagaikan tidak terusik.

IKLAN

Dari DRONE 40 yang dipaparkan menunjukkan seolah-olah “bukan api” yang memusnahkan kediaman tersebut kerana begitu mustahil api yang marak tidak membakar pokok-pokok berkenaan seperti dipersoalkan oleh orang ramai yang berasa kehairanan.

Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Pokok-pokok bagaikan tidak terjejas sedangkan jika berlaku kebakaran besar sudah tentu pokok-pokok ini musnah. Ramai yang mengaitkannya dan mendakwa ia tembakan laser
Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Terlalu banyak kediaman musnah dalam kebakaran Camp Fire ini. Ia menjejaskan ribuan orang termasuk lebih 1300 orang dilaporkan masih hilang
Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Kemusnahan ini seolah-olah menjadikan rumah-rumah di sini debu dan ranap keseluruhannya. Menjadi seperti padang jarak padang tekukur
Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Kebakaran besar ini merupakan yang terburuk dalam sejarah California

 

Api mengganas yang memusnahkan beribu-ribu hektar tanaman, rumah dan tanah kediaman di California yang disebut sebagai Camp Fire itu turut mendapat perhatian dari Presiden Amerika, Donald Trump yang mengadakan lawatan di lokasi berkenaan berkata, situasi ini sangat menyedihkan dan mengulang pendiriannya bahawa pengurusan hutan yang tidak betul adalah penyebab kebakaran besar tersebut.

IKLAN
Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Trump melawat kebakaran hutan dan menyifatkan penjagaan hutan harus diberi perhatian serius
Kebakaran Hutan Di California Cetus Misteri, Gambar Dron Dedah “Kepelikan”?
Bukan saja kediaman terjejas tapi masalah kesihatan kerana asap tebal serta debu masih menghantui negeri California

 

 

“Pihak pengurusan hutan perlu memperbaiki pemeliharaan hutan ini dan ia sesuatu yang tidak boleh berulang kembali,” katanya dalam siri lawatan itu.

IKLAN

Bagaimana pun, pakar berpendapat, perubahan iklim, peningkatan populasi merupakan faktor utama penyebab kebakaran. Petugas bomba masih berusaha memadamkan titik api di beberapa lokasi termasuk Camp Fire (titik api terbesar) selain di Woolsey Fire berdekatan Los Angeles.

Tonton video ini seperti disiarkan oleh MFA Media Group.

Shocking drone video shows the grim reality in Paradise, California

PARADISE GONE: Shocking drone video shows the grim reality in Paradise, California, where block after block has been destroyed by fire. At this point, the death toll is at 48 with hundreds missing.

Posted by MFA Media Group Inc. on Thursday, 15 November 2018

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI