Dahulu, ya mungkin bola sepak dilihat sebagai sukan yang didominasi oleh pemain, pegawai dan penonton lelaki.

Namun zaman dah berubah. Perempuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bola sepak dunia berkembang secara positif. Malah, kategori bola sepak wanita pun sudah diiktiraf di peringkat sukan tinggi di seluruh dunia.

Respek!Tudung Tercabut, Pasukan Lawan Buat Benteng Lindung Aurat Hijabi

Baru-baru ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang dipercayai di Timur Tengah iaitu pemain pasukan Shahab al Ordon, sebuah kelab dari Jordan, membuat benteng dalam bulatan bagi menutup seorang pemain lawan yang tudungnya hampir tercabut.

Respek!Tudung Tercabut, Pasukan Lawan Buat Benteng Lindung Aurat Hijabi

IKLAN

Menerusi video itu, kejadian itu berlaku berikutan seorang pemain Arab Orthodox Club tertanggal tudungnya ketika beliau cuba mengelecek beberapa pertahanan.

IKLAN

Tindakan lima orang pemain-pemain Shahab berhenti meneruskan permainan demi melindungi aurat wanita berkenaan daripada dilihat umum mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan patut dijadikan contoh untuk pemain lain.

IKLAN

Respek!Tudung Tercabut, Pasukan Lawan Buat Benteng Lindung Aurat Hijabi

Untuk info, Larangan memakai tudung dibatalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sejak 2014. Pada Oktober 2016, kurang dua tahun selepas larangan kepada hijab dimansuhkan, Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun wanita diadakan di Amman, Jordan. Itu adalah kejohanan pertama secara rasmi oleh FIFA yeng membenarkan pemakaian hijab oleh pemain-pemain wanita. Kejohanan itu juga adalah kejohanan pertama di Timur Tengah yang dianjurkan oleh FIFA.

So, bagi penulis pakai hijab pun boleh je bersukan kan…

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI