
Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, menamatkan zaman dudanya selepas sah bergelar suami kepada Tiz Ikha, hari ini.
Berita gembira itu dikongsi bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa keping foto yang dipaparkan di platform Instagramnya, sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! ‘Lucy’ Selamat Bergelar Isteri Kepada ‘Pokya Cong Codei’

Menerusi perkongsian sama, pasangan merpati dua sejoli itu tampil sama cantik dan sama padan mengenakan baju melayu dan kurung berona putih suci.
Selain itu, dia menzahirkan kesyukuran dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami, selain berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.
“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.

“Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fizi Ali
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Apa Lagi Nikmat Yang Nak Kita Dustakan”, Rizman Nordin Kongsi Tip Mulakan Hari Dengan Solat Taubat & Tahajud

Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
Artikel berkaitan: Sebaris Dengan Pereka Antarabangsa, Rizman Ruzaini Bakal Sertai Dubai Fashion Week Oktober Ini

“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”

Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
Artikel Berkaitan: “Dreams Do Come True” -Naomi Campbell Berjaya Pukau Warganet, Tampil Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat ‘Tolak’ Teman Lelaki Olivia Rodrigo Sebabkan Jarak Umur 7 Tahun

Siapa sebenarnya Zack Bia ini?! Is he GOOD 4 her?
Sepanjang kariernya sebagai seorang pelakon dan penyanyi, Olivia Rodrigo dilihat telah berjaya menangkis sebarang gosip liar berkenaan percintaannya dengan mana-mana individu.
Gosip paling ‘liar’ dan hangat diperkatakan pun berlaku sewaktu acara Grammy Awards dilangsungkan pada tahun ini di mana Olivia dilihat mesra dengan ahli grup BTS, V.
ARTIKEL BERKAITAN : Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs – REMAJA
Namun sejak semalam, ramai mula beranggapan Olivia kini sedang melalui fasa percintaan. Is this new guys GOOD 4 her?!


Bibit-bibit percintaan Olivia dikhabarkan bermula sejak April 2022 lagi apabila dia yang ketika itu berada di New York bagi menjayakan persembahan di sana dilihat sedang seronok berdua-duanya dengan seorang DJ bernama Zack Bia.
Dua bulan berlalu dan tiada siapa yang dapat mengiyakan sama ada Olivia dan Zack sememangnya kini saling bercinta. Cuma Zack pernah menidakkan ada sesuatu yang terjalin di antara mereka.
— v (@ViralMaterials) June 22, 2022
Sumber terdekat memberitahu E! News bahawa, “Zack merasakan Olivia ialah seorang yang rendah diri dan dia gemarkan sifat ‘low key’ tersebut.”
Kira-kira sebulan selepas Olivia putus dengan bekas kekasihnya, penerbit Adame Faze, Zack telah menjemput Olivia untuk sama-sama ke parti Super Bowl pada Februari 2022 di mana dia merupakan DJ di sana. Olivia hadir untuk memberikan sokongan dan – somehow – interaksi di antara Zack dan Olivia berjalan lancar.
Lagipun, Zack dan Olivia memang berada dalam kelompok rakan-rakan seindustri. Zack sendiri rapat dengan selebriti seperti Kacey Musgraves, Drake, Baby Keem, Dominic Fike dan sosialit seperti adik-beradik Jenner.


Peminat ‘Tolak’ Hubungan Ini?
Sejak ia mula dihidu oleh People semalam, rata-rata peminat pelantun Driver’s License itu tidak teragak-agak untuk menolak kehadiran Zack dalam hidup Olivia. Aik?
Ujar mereka, Zack tidak pernah belajar dari kesilapan lama dan sering memilih gadis ‘di bawah umur’ untuk dijadikan sebagai teman wanita. Dahulunya, Zack pernah bercinta dengan Madison Beer yang ketika itu hanya berusia 18 tahun.

Dan sewaktu mereka berpisah, Madison pernah menghantar ciapan yang seakan-akan ditujukan kepada Zack. “Oof saya benar-benar terhutang permohonan maaf kepada diri sendiri kerana sanggup bersabar dengan perkara yang tidak selayaknya berlaku pada saya.”
“Sebelum kamu didiagnos dengan depresi dan anxiety, pastikan diri kamu tidak dikelilingi oleh a**h**s dan orang yang tidak kisah mengenai kamu.”
Ouhh..

Anyway, mengenai peminat Olivia enggan melihat tragedi yang berlaku kepada Madison bakal berlaku kepada idola mereka itu.
“Sis (Olivia) knows all the lyrics to All Too Well AND Dear John but still decided to date this guy..”
“Olivia selalu bercinta dengan lelaki ‘random’.. Dahulu dengan lelaki berusia 25 tahun.”
“Dear John part two.” (merujuk kepada hubungan Taylor Swift dan bekas kekasih, John Mayer yang lebih berusia)
“Sebagai seorang yang berusia 19 tahun, idea bercinta dengan lelaki 26 tahun membuatkan saya jelik.”
“Sebagai seorang yang berusia 26 tahun, saya tidak dapat bayangkan bercinta dengan remaja 19 tahun. It just feels off-putting to me!”
Adakah korang juga mempunyai pendapat yang sama tentang hubungan Olivia dan Zack ini?
BACA LAGI : Samakah Olivia Rodrigo Dengan Miss Universe 2018? Ini Respon Mereka Berdua – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Jadi Bodoh Kerana Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Bercakap tentang cinta ia bukanlah satu perkara seringkas A,B,C.
Ia tentang perasaan yang lahir dari hati yang tiada siapa pun yang akan faham melainkan kamu sendiri. Sebab mengapa kita boleh jatuh cinta dan menyukai seseorang juga muncul dalam pelbagai sebab. Namun, percaya atau tidak sebab itu hanyalah mainan emosi yang kamu seorang sahaja rasainya.
Sebagai REMAJA, jatuh cinta merupakan satu perkara yang pasti berlaku dalam hidup setiap orang. Itu perkara nomral, lumrah kita sebagai manusia yang ingin mencintai dan mencintai.
Hati akan jatuh cinta dan terpaut pada siapa saja meskipun orang yang kamu sukai itu hatinya memilih orang lain. Inilah peritnya bila cinta bertepuk sebelah tangan.
Bila sedar perkara ini berlaku, kamu move on cepat-cepat. Jangan hukum diri sendiri di atas satu perkara yang sia-sia seperti ini.
JANGAN BUANG MASA MENGEJARNYA

Jika sudah jelas dia tidak suka pada kamu tak perlu lagi kamu beriya-iya mengejarnya. Sudah tiba masanya untuk kamu kuburkan sahaja perasaan itu dan buang jauh-jauh. Tumpukan perhatian kepada perkara lain dahulu. Ya, ia memeritkan namun perlahan-lahan kamu akan menerimanya.
JANGAN MERENDAHKAN MARUAH DIRI

Si dia terang-terangan menyukai orang lain tetapi kawan-kawan kamu semua mengetahui kamu menggilainya. Janganlah merendahkan diri sendiri semata-mata orang yang langsung tak menyayangi kamu. Sedarlah bahawa masih ramai orang di luar sana yang sayang pada kamu.
BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Soal hati dan perasan memang tak boleh dipaksa dan tidak ikut hukum logik akal. Akan tetapi demi kebaikan diri sendiri kamu harus belajar untuk terima kenyataan. Mungkin kamu perlu muhasabah diri serta fikir bagaimana kamu boleh bahagia tanpa dirinya. Ubati hati dengan sentiasa berfikiran positif dan mendekati kawan-kawan yang jauh lebih menghargai kamu.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Jujur Dengan Perasaan Sendiri
BERHENTI SALAHKAN DIRI SENDIRI

Salahkan diri sendiri? Stop it! Jangan kerana dia memilih orang lain kamu mula berfikiran bukan-bukan dan menyalahkan diri sendiri. Si dia mungkin tiada perasaan pada kamu tapi itu tidak bermakna kamu itu melakukan apa-apa kesalahan. So please, berhentilah menyalahkan diri sendiri.
ALIHKAN PERHATIAN

Cara terbaik melupakan seseorang ialah dengan menyibukkan diri melakukan aktviti yang kamu suka. Jika kamu sudah lama merancang untuk melancong atau belajar melakukan sesuatu sekarang adalah masa yang paling sesuai. Tetapkan terget peribadi dan capailah untuk diri kamu sendiri!
BELAJAR BUKA HATI UNTUK ORANG LAIN

Bercakap memang senang berbanding melakukannya, bukan? Tapi jika kamu tidak mula untuk buka hati kepada orang lain sampai bila pun ia tidak akan berakhir. Belajarlah untuk berkenalan dengan orang lain dan buka skop atau dimensi rakan-rakan dengan lebih luas. Mungkin ada seseorang yang jauh lebih baik daripada si dia di luar sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

