Kami di REMAJA memang cukup pantang bila orang buat main-main dengan makanan. Apatah lagi menjadikan makanan itu sebagai salah satu objek melakukan prank yang kurang cerdik.
Di Australia seorang kanak-kanak lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia dapati meletakkan jarum di dalam bungkusan buah strawberi.
Siasatan awal mendapat bahawa dia melakukannya di atas dasar ‘prank’. Menurut laporan, Detektif New South Wales telah menahan kanak-kanak tersebut pada Rabu yang lalu namun mengkhuatiri kejadian copycat atau meniru daripada kejadian ini berlaku.
Ads
Pemangku Penolong Komisioner NSW Police, Stuart Smith berkata disebabkan kanak-kanak tersebut masih lagi di bawah umur dia tidak akan didakwa di atas dakwaam merosakkan dengan meracuni atau mendatangkan bahaya makanan berbentuk buah-buahan yang di mana boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Disebabkan masih juvana kanak-kanak tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem dipanggil ‘youth cautioning system’.
Kejadian tersebut yang tular di media sosial telah mencetuskan kegusaran di kalangan orang awam di Australia yang risau akan keselamatan makanan di pasaran.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menyelar tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terutamanya datang daripada kanak-kanak yang harus didik menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Perbuatan yang turut dianggap sabotaj yang mampu mengancam nyawa orang awam ini juga menjadi topik perbualan hangat netizen yang mahu tindakan lebih tegas dikenakan kepada pelaku.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyelar tindakan yang dianggap amat tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini terdapat lebih 100 kes sedang disiasat dan terdapat 13 laporan daripada orang awma tentang kejadian jarum di dalam buah strawberi. NSW Police turut menawarkan habuan sebanyak AUD100,000 (RM300,424) kepada sesiapa yang dapat tampil memberikan maklumat terhadap pelaku lain.
Digarapkan agar kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Ia satu perkara yang bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi boleh menjejaskan industri makanan di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu ketika dahulu, Itali pernah mengegarkan dunia apabila mencatatkan kes harian positif COVID-19 dengan angka kematian yang tinggi. Dengan catatan sebanyak 4,253,460 kes, Itali kini tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 28 Jun ini.
Menteri Kesihatan, Roberto Speranza membuat kenyataan di laman Facebook, di kawasan yang dikategorikan selamat atau ‘putih’ tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka.
Ia turut merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di Barat Laut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka jika menghadiri perhimpunan sosial yang bersar dan berisiko.
Menjelang akhir Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan termasuk dalam senarai ‘zon putih’ dengan hanya merekodkan 495 kes baru dan 21 kematian di seluruh negara.
Sehingga kini, 30 peratus atau 16 juta dari penduduk Itali yang berusia 12 tahun ke atas telah pun menerima vaksin COVID-19.
Tatkala melihat negara lain sudah kembali mendapatkan kehidupan normal, kita masih lagi struggle untuk membendung wabak pandemik ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memutuskan rantaian virus ini dengan duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar.
Jika berada di luar, pastikan menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka.
Seorang warga Indonesia, Reynhard Sinaga telah dihukum penjara seumur hidup di Manchester, England selepas didapati bersalah terhadap lebih daripada 150 tuduhan, termasuk 136 tuduhan rogol.
Wah, dasyhat betul. Tapi lebih dasyhat lagi, lelaki itu melakukan jenayah terhadap lelaki dengan mengajak mereka ke kediamannya dan memberi tawaran tempat tinggal serta hidangan minuman keras.
Hakim di mahkamah Manchester, Suzanne Goddard menyifatkan lelaki yang berasal dari Jambi, Indonesia itu sebagai ‘predator seksual yang jahat’ yang menjerat lelaki muda mabuk. Kes ini merupakan kes perkosa paling besar dalam sejarah hukuman di England yang melalui empat tahap sejak Jun 2018 sehinggalah keputusan di buat pada Isnin lalu, 6 Januari 2020.
.
Berdarah tapi tetap diperkosa
Dalam 159 dakwaan yang dibuat, seorang mangsa didapati telah pun diperkosa oleh Reynhard berkali-kali namun dia menyangkal telah melakukan permerkoasaan sebaliknya menyatakan bahawa mereka melakukan hubungan seksual atas dasar suka sama suka.
Dokumen keputusan sidang tahap kedua yang dibacakan pada 21 Jun 2019, Hakim Goddard secara khusus telah menyebut mangsa lelaki muda yang diperkatakan diperkosa secara ‘brutal’ oleh Reynhard yang datang ke England dengan visa mahasiswa sejak Ogos 2007 lalu.
“Anda memperkosa mangsa sebanyak 7 kali dengan memperkosa melalui anu selama 8 jam ketika dia berada di apartmen anda. Dia kelihatan dalam keadaan yang sangat mabuk saat anda mula menfilemkan adegan bersama dan ketika dia tidak sedar, anda memperkosanya berkali-kali sambil terus menekannya saat dia mula bersuara,”
Bilik tidur dimana sebahagian daripada jenayah pemerkosaan dilakukan disini
.
“Anda terlihat menyeka anunya dengan tisu atau kain dan terlihat adanya kesan darah pada waktu itu kerana tindakan seksual anda. Namun, ia tidak membuatkan anda berhenti dan sebaliknya terus memperkosa melalui anu saat mangsa tidak sedarkan diri,” kata Hakim Goddard.
Seram pula bila mendengar kenyataan yang telah diberikan oleh hakim ketika kes ini dijalankan di mahkamah.
Terima hukuman setimpal
Kesemua mangsa yang diperkosa tidak sedarkan diri kerana tertuduh telah meletakkan ubat bius ke dalam minuman keras mereka. Difahamkan juga ada mangsa yang mengalami depresi dah hampir membunuh diri kerana mengetahui bahawa dia telah diperkosa.
Reynhard menawarkan minuman keras yang telah dicampur ubat bius kepada mangsa
.
Hm, memang berat kes ni dan wajarlah jika pesalah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Perbuatan pelaku ini juga boleh memberikan kesan trauma yang teruk kepada mangsa dan disebabkan itu hakim telah menjatuhkan hukuman yang setimpal buatnya.
Semoga kisah ini dijadikan teladan buat kita semua. Bila dah diberi peluang untuk sambung pelajaran ke luar negara, jangan pula ada yang ambil kesempatan untuk melakukan perkara-perkara tidak bermoral pula.
Kesian keluarga pula yang menanggung beban dan malu nanti.
Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja nama Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kampung Sungai Penchala berdekatan Taman Tun Dr Ismail telah tular di platform media sosial Twitter gara-gara dakwaan seorang pengunjungnya yang menerima ‘barangan asing’ dalam pinggan berisi nasi.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aliailysha itu berkata, kunjungannya bersama ibu di restoran popular dengan hidangan nasi berlauk itu bertukar traumatik apabila ibunya mendapati beberapa keratan kuku dalam pinggan.
“Sambal Hijau TTDI. Separuh jalan ketika makan tengah hari, ibu saya mendapti terdapat bukan hanya satu tetapi sejumlah ENAM (6) keratan kuku dalam pinggan nasinya. Dia telahpun mengunyah dua daripadanya. No words,” catatnya dengan nada kesal.
📍Sambal Hijau TTDI
Halfway through our lunch, my mom found not only one but a total of SIX (6) nail clippings in her rice. She was already chewing 2 of it. No words. pic.twitter.com/Ro8bRBLaRI
Di pihak Restoran Sambal Hijau pula, mereka terus mengambil tindakan proaktif dengan mengulas mengenai dakwaan tersebut yang kian tular dalam kalangan warganet.
Kenyataan Rasmi Restoran Sambal Hijau
Kepada para pelanggan yang kami hormati dan yang sangat kami hargai.
Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku melibatkan juadah yang kami sediakan.
Kami juga amat kesal apabila mengetahui seorang pelanggan telah menjumpai bendasing yang tidak sepatutnya di dalam makanan mereka, dan kami faham akan kebimbangan dan kesulitan yang telah dilalui akibat kejadian ini.
Kami juga memberi jaminan bahawa kami memandang serius akan perkara ini, dan kami juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan bagaimana perkara ini boleh terjadi.
Kesihatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami amat menyesali akan segala kesulitan yang berlaku.
Kami ingin menekankan bahawa kejadian ini tidak mencerminkan tahap piawaian tinggi yang kami tetapkan sepanjang penubuhan restoran kami.
Kami telah pun melaksanakan langkah segera untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang.
Kakitangan kami akan menjalani latihan tambahan tentang keselamatan makanan dan protokol pengendalian, dan kami juga akan memperkukuh proses kawalan kualiti kami.
Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan diseluruh operasi kami demi mendapatkan kepercayaan anda semula.
Maklum balas anda sangat berharga bagi kami, jadi hubungilah kami secara langsung dengan sebarang cadangan.
Kami sentiasa mendengar dan akan melaksanakan perubahan secara aktif untuk mengelakkan sebarang insiden daripada berlaku pada masa hadapan.
Sekali lagi, kami memohon maaf setulus hati kepada pelanggan yang terlibat dengan kejadian ini dan juga kepada semua pelanggan setia kami yang lain.
Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda semua, dan kami komited sepenuhnya untuk memberikan servis terbaik daripada kami.
Terima kasih kerana memahami dan memberi kami peluang untuk menjernihkan keadaan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Yang benar, Restoran Sambal Hijau
*
Dalam pada itu, pengendali akaun rasmi Restoran Sambal Hijau juga tampil memuat kembali hantaran Instagram Story seorang pengguna yang dikenali sebagai Hanan aka @farhanami__.
Menurut hantaran tersebut, ujian yang diduga kepada Restoran Sambal Hijau amatlah berat pada kali ini. Bukan sekadar dakwaan keratan kuku yang telah membuatkan warganet mencemuh, malah katanya, ada juga yang menuduh restoran tersebut menggunakan bantuan ‘pelaris’ bagi menaikkan jumlah kehadiran pengunjung pada setiap hari.
“Sesungguhnya kami orang yang masih ada iman walaupun senipis kulit bawang. Tidaklah berdaya untuk mensyirikkan Allah dalam mencari rezeki yang Halal. Moga kita semua dijauhkan dari golongan yang menabur fitnah,” catatnya.
Untuk pengetahuan korang, Restoran Sambal Hijau terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kampung Sungai Penchala dan sememangnya terkenal denganmasakan kampung dan Melayu.
Mula beroperasi pada 2004, Restoran Sambal Hijau diasaskan oleh pasangan pemilik, Noraini Abdul Majid dan Azrul Shah.
Daripada sekecil-kecil perniagaaan ayam percik di bazar Ramadan sehinggalah kini bertaraf restoran, Sambal Hijau memulakan operasi seawal jam 7.00 pagi dengan menu nasi campur terdiri daripada 80 jenis lauk-pauk pada setiap hari kepada lebih daripada 2,000 pelanggan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!