Minggu lalu, satu ciapan daripada peminat laman penstriman atas talian, Netflix telahpun mengutarakan satu persoalan yang mungkin tidak terlalu difikirkan oleh pengguna Twitter lain selama ini.
Pengguna yang dikenali menerusi akaun @twt_bajet itu telah bertanyakan satu “soalan serius” dan ia berbunyi, “Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi Netflix Malaysia masih dalam Bahasa Inggeris?”
Sebenarnya saya ada soalan serius.
Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi @NetflixMY masih dengan bahasa inggeris?
Pengguna tersebut juga merujuk kepada beberapa akaun Twitter Netflix di seluruh benua Asia. Negara-negara seperti Jepun, Thailand dan Indonesia masing-masing jelas menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing dalam status di bahagian bio.
Jadi mengapa Netflix Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan yang sama?
Nampak macam perkara kecil je kan. Tapi ada benarnya pertanyaan tersebut. Mengapa tidak akaun kendalian Malaysia sendiri melakukan perkara yang sama untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Rata-rata warganet Netflix Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris disebabkan oleh demografi penontonnya yang berasal dari kawasan bandar. Lalu, Bahasa Inggeris itu dilihat sebagai bahasa yang lebih dekat dengan penggunaan majoriti penonton di laman penstriman itu. Cuma rasanya, kita semua faham je maksud sama yang ingin disampaikan oleh Netflix sekiranya ia ditulis dalam bahasa kebangsaan.
Ads
Disebabkan itulah, inisiatif Netflix Malaysia untuk mula memuat naik ciapan dalam Bahasa Melayu bermula semalam diterma baik oleh pengikut akaun.
Menerusi ruangan bio Twitter mereka, tercatat status ‘Netflix, tapi rojak’ yang menandakan bahawa mereka kini akan mula memuat naik lebih banyak ciapan menggunakan Bahasa Melayu.
Tambah pentadbir akaun tersebut lagi, “Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua – sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas. (merujuk kepada karakter dalam siri Stranger Things).
“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” catat mereka pada petang kelmarin.
Ads
Berikut merupakan beberapa lagi ciapan dalaa Bahasa Melayu oleh mereka.
*
*
Ads
Perkembangan ini diterima baik oleh pengikut akaun Twitter Netflix yang meluahkan rasa gembira. Dan ramai je yang memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi ciapan-ciapan yang telah dimuat naik sepanjang dua hari ini.
Jangan risau , Bahasa Inggeris tidak dilupakan oleh mereka 100 peratus.
Remaja pun memahami ada ciapan yang lebih ‘sampai’ maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang penting, kesemua pengikut mereka di Twiitter berbangga dan gembira dengan perkembangan bahasa perantaraan ini.
Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Azhar Sulaiman, pelakon dan pengacara terkenal.
Beliau yang turut merupakan bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat telah bersama-sama berhempas pulas dalam mengadili ratusan anak muda yang hadir ke uji bakat tersebut.
“Sebaik sahaja sampai pagi tadi, saya saksikan ramai sangat anak muda yang sanggup datang untuk uji bakat Hero Dewi Remaja kali ini,
“Namun dari segi penampilan dan pemakaian, takpelah kita campak tepi sebab tahun ini kita benar-benar mahu mencari individu yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk menjadi hero dan dewi remaja tahun ini,” jelasnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UiTM ini juga enggan mengetepikan soal bakat dan rupa dalam pencarian peserta tahun ini kerana ianya merupakan aspek paling penting.
“Ianya bukan mengenai akademik, rupa dan talent secara berasingan sahaja. Kita mencari individu-individu yang mempunyai pakej yang lengkap iaitu rupa dan bakat,” komennya.
Mula berlakon sejak tahun 1989, pelakon berpengalaman ini enggan mengkritik pelapis anak seni zaman sekarang dan menganggap bahawa ianya normal bagi mereka untuk tidak mahir sepenuhnya dalam menguasai seni lakonan.
“Sebagai seorang pelakon senior, saya merasakan platform Hero dan Dewi Remaja ini sudah banyak melahirkan barisan pelapis dan anak seni dalam negara,
“Tiada apa pun yang kurang dengan generasi pelakon muda kini dan selalunya mereka akan sedikit lacking hanya pada permulaan karier. Setelah lama berkhidmat di dalam industri, perkara ini akan menjadi kebiasaan bagi mereka,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ditayangkan untuk satu episod bermula semalam di SBS, drama bersiri ‘VIP’ lakonan Jang Nara (My Love Pattzi) dan Lee Sang Soon (Life Is Beautiful) sudah diramalkan menjadi drama paling hit untuk akhir tahun 2019!
Drama VIP menceritakan mengenai sekumpulan pekerja di department store yang dikunjungi oleh golongan VIP. Ada di kalangan mereka yang walaupun berjaya dalam karier namun terpaksa berdepan dengan rumah tangga yang dalam kehancuran.
Di situlah watak Jang Nara berkembang. Sebagai timbalan ketua untuk bahagian VIP (dan hanya suri rumah biasa) dia terpaksa melayan klien yang banyak ragam.
Menurut rating, drama VIP disukai oleh para penonton apabila ia mengatasi beberapa rancangan di saluran lain pada slot masa sama.
Namun apa pula pendapat Jang Nara sendiri? Adakah dia merasakan drama VIP ini sebagai antara drama lakonannya yang terbaik?
Jang Nara dalam drama My Love Patzzi 17 tahun lalu.
“Na Jung Sun ialah karakter yang lain daripada lakonan saya sebelum ini. Dia telah lama berkahwin namun saya belum lagi. Jadi saya banyak bercakap dengan kawan-kawan yang telah berkahwin untuk betul-betul mendalami karakter.
“Lee Sang Yoon yang membawakan watak suami saya dalam drama ini juga memudahkan kami mendapat chemistry,” katanya menerusi temuramah eksklusif bersama media di Malaysia.
Menurut Jang Nara lagi, dia tidak boleh memberikan spoiler.
Tetapi menerusi 2 episod awal ini, penonton dapat melihat kehidupan sebenar dunia VIP, mengenai rahsia yang mereka simpan dan lindungi daripada pengetahuan umum.
Kami bertanyakan juga, siapakah VIP dalam hidup Jang Nara sendiri?
“Keluarga, saya akan lakukan apa saja yang boleh untuk mereka.”
Sweet kan!
Bagi peminat Jang Nara di Malaysia, dia berharap agar dapat bertemu dengan kita semua jika mempunyai peluang. Sementara itu, jom tonton drama VIP! Seriously, kami juga menyukainya kerana ia membuatkan penonton tak senang duduk.
Jangan lupa untuk menonton drama VIP di ONE HD (saluran Astro 393).
Bagi yang belum menonton, ini dia klip trailer drama VIP.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem lakonan Tom Cruise, Top Gun: Maverick telah berjaya memecah rekod box office global dengan hanya tempoh beberapa hari meraih kutipan AS$248 juta (RM1.1 bilion) sejak mula ditayangkan di seluruh dunia pada Jumaat lalu.
Foto: Universal International Pictures
Filem arahan Joseph Kosinski yang dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris menceritakan tentang Kapten Pete “Maverick” Mitchell yang telah berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut selama tiga dekad dan kini beliau menjadi tenaga pengajar yang melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus. Kapten Pete kemudiannya bertemu dengan “Rooster” (Lt. Bradley Bradshaw) yang merupakan anak kepada “Goose” (mendiang Pegawai Pemintas Radar Lt. Nick Bradshaw).
Sebanyak AS$151 juta (RM660 juta) hasil kutipan diperoleh di Amerika Syarikat (AS) setelah ia ditayangkan di kira-kira 4,732 pawagam di seluruh negara yang turut memecah rekod filem lain.
Ia juga merupakan filem pertama dibintangi Cruise yang berjaya mencecah kutipan AS$100 juta (RM437 juta) pada hujung minggu pembukaannya dan menjadi genre filem bukan adiwira yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sejak pandemik Covid-19 disusuli Spiderman: No Way Home AS$260 juta (RM1.14 juta), Doctor Strange in the Multiverse of Madness AS$187 juta (RM818 juta) dan The Batman AS$134 juta (RM586 juta).
Foto: Universal International Pictures
Siapa sangka selepas 36 tahun filem Top Gun mempunyai sekuel yang masih menampilkan bintang lagenda Tom Cruise sebagai teraju utama. Sebelum ini kami telah berkesempatan menonton filem Top Gun: Maverick dan tidak dinafikan filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.
Bagi korang yang belum menonton, bolehlah ke pawagam sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.