Baru ditayangkan untuk satu episod bermula semalam di SBS, drama bersiri ‘VIP’ lakonan Jang Nara (My Love Pattzi) dan Lee Sang Soon (Life Is Beautiful) sudah diramalkan menjadi drama paling hit untuk akhir tahun 2019!
Drama VIP menceritakan mengenai sekumpulan pekerja di department store yang dikunjungi oleh golongan VIP. Ada di kalangan mereka yang walaupun berjaya dalam karier namun terpaksa berdepan dengan rumah tangga yang dalam kehancuran.
Di situlah watak Jang Nara berkembang. Sebagai timbalan ketua untuk bahagian VIP (dan hanya suri rumah biasa) dia terpaksa melayan klien yang banyak ragam.
Menurut rating, drama VIP disukai oleh para penonton apabila ia mengatasi beberapa rancangan di saluran lain pada slot masa sama.
Namun apa pula pendapat Jang Nara sendiri? Adakah dia merasakan drama VIP ini sebagai antara drama lakonannya yang terbaik?
Ads
Jang Nara dalam drama My Love Patzzi 17 tahun lalu.
“Na Jung Sun ialah karakter yang lain daripada lakonan saya sebelum ini. Dia telah lama berkahwin namun saya belum lagi. Jadi saya banyak bercakap dengan kawan-kawan yang telah berkahwin untuk betul-betul mendalami karakter.
“Lee Sang Yoon yang membawakan watak suami saya dalam drama ini juga memudahkan kami mendapat chemistry,” katanya menerusi temuramah eksklusif bersama media di Malaysia.
Ads
Menurut Jang Nara lagi, dia tidak boleh memberikan spoiler.
Tetapi menerusi 2 episod awal ini, penonton dapat melihat kehidupan sebenar dunia VIP, mengenai rahsia yang mereka simpan dan lindungi daripada pengetahuan umum.
Kami bertanyakan juga, siapakah VIP dalam hidup Jang Nara sendiri?
“Keluarga, saya akan lakukan apa saja yang boleh untuk mereka.”
Bagi peminat Jang Nara di Malaysia, dia berharap agar dapat bertemu dengan kita semua jika mempunyai peluang. Sementara itu, jom tonton drama VIP! Seriously, kami juga menyukainya kerana ia membuatkan penonton tak senang duduk.
Jangan lupa untuk menonton drama VIP di ONE HD (saluran Astro 393).
Bagi yang belum menonton, ini dia klip trailer drama VIP.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa yang kini memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah mengakui, misinya apabila meneruskan pengajian pada peringkat PdD ini tidak lain tidak bukan adalah demi terus mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai seorang pendidik profesional.
“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan tidak pernah ada penghujung,”
“Walaupun setelah tamat PhD nanti, saya rasa saya masih akan hendak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi, terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” memetik daripada laporan portal tempatan.
Gadis berusia 26 tahun ini khabarnya masih dalam proses menentukan topik penyelidikan yang ingin dikaji bagi melengkapkan tesisnya nanti.
“Setakat ini, saya hendak fokuskan penyelidikan dalam lapangan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi platform atas talian. Tetapi saya masih belum berbincang dengan penyelia. Belum putuskannya lagi sebab saya baru saja tamat hadiri taklimat pengajian minggu ini,” jelasnya.
Najwa tidak menafikan dia cukup teruja apabila memikir akan gelaran doktor yang bakal diperolehinya nanti. Bukan saja itu menjadi bekalan motivasinya, ia juga satu pencapaian yang luar biasa untuk Najwa yang pernah satu ketika dahulu tidak begitu meminati bidang akademik.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Najwa Latif dan semoga kejayaan yang dikecapinya ini menjadi inspirasi buat anak muda untuk lebih berjaya dalam pelajaran.
Walaupun mempunyai minat dan berbakat dalam bidang seni, Najwa tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan berusaha mencapai kejayaan di peringkat yang lebih.
Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.
Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.
Foto: biem.co
Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.
Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.
10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).
Foto: hellokpop
Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.
Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.
14 tahun! Pada usia ini, remaja bersekolah dalam tingkatan dua di sekolah menengah. Mungkin masih tercari-cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi. Sebahagiannya hanya tahu bermain games, sweet-sweet cinta dan sebahagian aktiviti lain.
Membaca kisah Tanmay Bakshi ini mungkin boleh membuka minda kita. Dia terlampau bijak dan kepandaiannya mungkin melebihi kepandaian orang dewasa.
Angka ini mungkin buat orang terkejut tetapi tiada yang mustahil. Mungkin bagi remaja di negara ini kurang mengenali Tanmay Bakshi. Baru berusia 14 tahun tetapi gajinya 66 lakh (1 lakh bersamaan 100 ribu rupee. 100,000 rupee bersamaan RM6,033). Jika gajinya dikira dalam Ringgit Malaysia, boleh mencecah RM400,000 sebulan. Wow, amazingkan.
Siapa Tanmay Bakshi dan kenapa gajinya terlalu banyak pada usia yang cukup muda? Untuk pengetahuan, Tanmay ialah seorang pengaturcara komputer, pakar kecerdasan buatan dan kecekapan teknologi yang termuda di IBM, syarikat komputer terkenal di dunia. Jawatannya sekarang ialah Youngest IBM World Watson Programmer. Dia dilahirkan pada 16 Oktober 2003.
Bagaimana dia boleh begitu berjaya? Ibu bapanya berhijrah dari Delhi, India ke Brampton Kanada pada 2004 ketika usianya setahun. Bapanya Puneet Bakshi ialah seorang pengatur cara komputer dan ibunya, Sumita ialah seorang suri rumah.
Bila melihat bapanya sering berada di depan komputer, ia telah menarik minat remaja ini ingin mengetahui apa pekerjaan yang dilakukan oleh bapanya.
Dia mula membuat pengekodan pada usianya 5 tahun. Pada saat kawan-kawan sebayanya hanya menyusun lego tetapi Bakshi belajar bagaimana membina kod. Dia sering melihat bagaimana bapanya bekerja dan dia begitu tertarik.
Pada usia itu, Bakshi sering bertanya bagaimana komputer boleh melakukan apa-apa,” katanya ketika ditemuramah oleh CNBC Make It. Saya mahu tahu apa yang berlaku di belakang komputer dan melihat bagaimana anda boleh mengawalnya dan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan”.
Merasakan keingintahuannya ini, ayahnya mengajarnya bagaimana untuk memprogram. Dari sana, Bakshi mula menggunakan internet dengan sendiri dan membaca buku mengenai pengaturcaraan.
Malah dari satu peringkat usia, dia berjaya membangunkan beberapa aplikasi dan kod sumber pada usianya itu.
Pada usia tujuh tahun, Bakshi menubuhkan saluran YouTube di mana dia menyiarkan tutorial mengenai pengekodan dan pembangunan web. Dengan setiap muat naik video, dia menerima beribu-ribu soalan dari orang di seluruh dunia.
Menyedari bahawa tidak ada pengetahuan mengenai pengaturcaraan dan pembelajaran mesin, dia menjadikannya misi saluran YouTube untuk membantu 100,000 anak-anak dan pemula yang bercita-cita sepanjang perjalanan pengekodan mereka. Hari ini, beliau mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan.
Dia menamatkan aplikasi iOS pertama dalam App Store ketika usianya 9 tahun. Pada usianya 11 tahun, dia memuat naik sebuah video di Youtube berkaitan ilmu kecerdasan buatan. Pada usianya 13 tahun, dia mula bekerja dengan perisikan Artificial.
Antara aplikasi pertama yang diciptanya ialah tTables yang membantu dalam mempermudah dan pembelajaran sifir darab (5). Pada usianya 14 tahun ini, dia telah menerbitkan sebuah buku, menganjurkan TEDx Talk dan bercakap pada sidang kemuncak IBM Watson di seluruh dunia termasuk Finland, New Zealand, Denmark dan Australia.
Seiring dengan berjalannya waktu, Bakshi kehilangan minat dalam pengaturcaraan. “Saya selalu merasakan bahawa teknologi sangat terhad, saya sentiasa merasakan bahawa ketika anda memasukkan sesuatu, ia akan menjadi jauh ke belakang,” kata remaja itu.
Namun dia terus dengan minatnya dengan komputer.
Dalam masa seminggu, beliau telah membina aplikasi Watson pertamanya. Dia menamakannya “Tanya Tanmay,” di mana aplikasinya bertindak balas kepada soalan dengan menimbang jawapan yang terbaik sebelum melontarkan tindak balas.
Tidak lama selepas itu, beliau terjumpa perkhidmatan yang ditawarkan oleh IBM yang dipanggil Penukaran Dokumen, yang berada di alfa pada masa itu. Objektif utama perisian adalah untuk menukar dokumen dari satu format, seperti PDF, ke format lain seperti HTML.
Dalam beberapa minit bermain-main dengan perisian, Bakshi menemui sesuatu (pepijat). Dia menyiarkan penemuannya di laman web pengaturcaraan dan Twitter peribadinya.
Golongan bijak pandai di IBM tertarik dengan kebolehannya dan terus menghubunginya.”ia benar-benar menyeronokkan,” kata Bakshi. “Semua di IBM menjangkau imaginasi saya.”
Dari kerjasama, dia ditawarkan bekerja di IBM.
Sejak itu, gergasi teknologi itu telah menawarkan Tanmay banyak peluang bercakap dalam persidangan yang dihoskan oleh syarikat tersebut. Pada satu persidangan, Bakshi menjadi penceramah utama di hadapan 25,000 orang, dan di Persidangan IBM di Bengal, India, dia bercakap di depan 10,000 orang.
Lihatlah, komputer sebenarnya banyak manfaat, bukan hanya pandai bermain Mobile Lagends sahaja. Jika Tanmay berusia 14 tahun mampu memanfaatkan usianya dengan perkara bermanfaat, apa remaja Malaysia boleh lakukan pada usia ini?
Mungkinkah kita menantikan sesuatu yang sangat bermanfaat dari remaja Malaysia?
Saksikan kepetahan remaja ini saat dia ditemubual sebuah stesen radio..
A 13 year old Indian boy got job in Google America. 66 lakh per month salary. See his interview.
BIGBANG 2026 World Tour rasmi diumumkan dengan Kuala Lumpur tersenarai sebagai destinasi konsert pada 9 Januari 2027. Ketahui maklumat terkini mengenai jelajah dunia, anggota yang terlibat dan jangkaan peminat Malaysia.