
Siapa sangka selepas 36 tahun filem Top Gun lakonan Tom Cruise mempunyai sekuel menerusi naskhah terbaharu, Top Gun: Maverick yang masih menampilkan bintang lagenda Tom Cruise sebagai teraju utama.

Selepas beberapa kali ditangguhkan tayangannya, filem Top Gun: Maverick akhirnya bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 26 Mei ini. Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris.
Top Gun: Maverick menceritakan tentang Kapten Pete “Maverick” Mitchell yang telah berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut selama tiga dekad dan kini beliau menjadi tenaga pengajar yang melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus. Kapten Pete kemudiannya bertemu dengan “Rooster” (Lt. Bradley Bradshaw) yang merupakan anak kepada “Goose” (mendiang Pegawai Pemintas Radar Lt. Nick Bradshaw).

Maverick juga mendapati dirinya juga terpaksa berhadapan dengan ketakutannya, iaitu membawa kepada misi yang memerlukan juruterbang yang dipilih untuk melakukan satu pengorbanan besar.
Secara keseluruhannya, Top Gun: Maverick merupakan sebuah filem aksi yang berbaloi untuk ditonton. Aksi pertempuran di atas awan yang dipaparkan sangat memuaskan seolah-olah penonton dibawa bersama terbang ke udara. Tambah pula ketika detik cemas, korang juga bakal turut merasai debaran seperti berada di dalam pesawat.

Namun begitu, di awal penceritaan filem ini dirasakan agak sedikit perlahan namun sedikit babak komedi bersahaja turut diselitkan bagi menghiburkan penonton. Jangan bimbang, sekiranya korang tidak pernah menonton filem Top Gun sebelum ini, korang tidak akan ‘lost’ dan tetap akan memahami jalan cerita filem terbaharu ini.
Konflik antara watak Kapten Maverick dan Rooster juga banyak memberi pengajaran dan pengakhiran filem ini juga bakal memberikan kepuasan buat penonton. Di tayangan perdana semalam, penonton bersorak bertepuk tangan apabila melihat pengakhirannya.

Nah, nak tahu kenapa? Korang kenalah tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang berbaloi, khususnya bagi mereka yang meminati filem yang sarat dengan aksi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


















Pada konsert ini juga, Datuk Ramli Sarip turut muncul melakukan persembahan penuh bertenaga. Konsert Tanah Airku yang diadakan juga bersempena ulang tahun MYPO yang ke-10 menyaksikan ia berlangsung dalam dua bahagian yang cukup menarik. Tema utama muzik yang dibawa mereka pada malam itu ialah muzik tradisional serta lagu-lagu hitr istimewa Datuk Ramli Sarip.
Selesai interval, Datuk Ramli Sarip mengambil alih pentas. Ternyata aura luar biasa yang dibawa oleh legenda rock dikenali sebagai papa rock Malaysia ini berjaya memukau penonton. Dengan suara serak basahnya yang menjadi trademark zaman-berzaman, Datuk Ramli Sarip memulakan persembahan dengan lagu popularnya, Kamelia. Seriously, menonton persembahan ini di depan mata diiringi pula muzik orkestra MYPO dan OTM, penulis berasa ‘seram sejuk’ dan bersiri bulu roma! Datuk Ramli Sarip juga pandai berinteraksi dengan penonton dan itulah yang membuatkan persembahannya menjadi lebih menarik.
Semoga konsert seperti ini akan terus diadakan oleh pihak penganjur pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepadam pemuzik muda tetapi memberi peluang serta paltform untuk muzik tradisional dimartabatkan ke peringkat tertinggi.