Bagi pelakon dan pengacara Izzue Islam, setiap watak yang dibawakan bukan sekadar soal mencabar kemampuan lakonan, tetapi pada masa sama perlu selari dengan batas yang telah ditetapkan dirinya sejak awal berada dalam industri.

Izzue sebelum ini pernah menetapkan pendirian untuk tidak melakukan adegan bersentuhan dalam mana-mana babak lakonan.

Menurutnya, prinsip tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa lebih selamat daripada terlibat dalam karya yang berpotensi mencetuskan sensitiviti dalam kalangan masyarakat.

“Kalau Perlu Sentuhan Sebenar, Saya Tak Ambil” –Izzue Islam Kekal Dengan Prinsip

Pengarah Sudah Faham Batas Yang Ditetapkan

Bercerita mengenai pendiriannya itu, Izzue berkata kebanyakan pengarah yang pernah bekerjasama dengannya juga sudah memahami perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukannya di set penggambaran.

“Saya perasan juga benda itu. Batas yang saya tetapkan itu memang buatkan saya rasa lebih selamat.

“Alhamdulillah, mereka pun sudah faham dengan pendirian saya. la bukanlah syarat, tetapi mereka tahu kalau saya berlakon, saya tidak akan buat perkara tertentu.

“Kalau nak pergi lebih daripada itu pun, saya sendiri akan fikir, ’Eh, aku tak buat benda ini! Jadi mereka pun sudah tahu apa yang saya boleh dan tak boleh buat,” katanya.

Ads

Jelas Izzue lagi, situasi tersebut membuatkan dia jarang berada dalam keadaan perlu menolak tawaran lakonan secara terus hanya disebabkan kewujudan babak bersentuhan.

“Kalau Perlu Sentuhan Sebenar, Saya Tak Ambil” –Izzue Islam Kekal Dengan Prinsip

Produksi Jelaskan Babak Terlebih Dahulu

Menurutnya, pihak produksi biasanya akan menerangkan terlebih dahulu mengenai watak serta babak yang perlu dilakonkan sebelum dia membuat keputusan untuk menerima sesuatu tawaran.

“Biasanya saya tak sempat nak tolak sebab mereka memang tak bagi. Mereka akan cakap, ’Izzue, kita nak bagi Izzue watak ini, tetapi ada beberapa babak yang macam ini!

Ads

“Saya akan cakap, ‘Okey saja kalau korang nak bagi saya. Saya bersedia untuk bereksperimen dan kita buat di set.’

“Tapi kalau mereka rasa benda itu memang perlu nampak seperti ada sentuhan sebenar, saya okey sahaja untuk tidak ambil watak tersebut,” ujarnya.

“Kalau Perlu Sentuhan Sebenar, Saya Tak Ambil” –Izzue Islam Kekal Dengan Prinsip

Tak Tolak Watak Yang Mencabar

Dalam pada itu, Izzue menegaskan bahawa pendiriannya mengenai adegan bersentuhan tidak bermakna dia menutup ruang untuk menerima watak-watak yang lebih mencabar.

Ads

Sebaliknya, dia masih terbuka untuk menguji kemampuan dirinya menerusi karakter yang memerlukan pendekatan lakonan berbeza, termasuk watak yang mungkin mencetuskan reaksi daripada penonton.

“Cuma kalau nak bagi saya watak-watak yang berlebihan dan mungkin boleh mendatangkan kemarahan netizen, saya okey sahaja untuk buat.

“Kalau saya berjaya buat orang marah dalam keadaan babak itu keterlaluan, sampai orang percaya benda itu betul, itu sebenarnya bagus untuk saya.

“Sebenarnya kalau babak itu memerlukan sentuhan, pegang atau apa-apa sahaja, pengarah ada cara mereka mengikut kreativiti masing-masing,” kongsinya.

Bagi Izzue, kreativiti pengarah memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu babak dapat disampaikan dengan realistik tanpa semestinya perlu melanggar batas yang telah ditetapkan.

“Kalau Perlu Sentuhan Sebenar, Saya Tak Ambil” –Izzue Islam Kekal Dengan Prinsip

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads