Kami pasti ramai yang mengimpikan berat badan ideal dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Selain bersenam, penjagaan makanan adalah paling utama kerana jika korang bersenam sekuat mana pun tetapi tidak menjaga makan, ia hanyalah sekadar usaha yang sia-sia.
Apabila ingin menjaga pemakanan, perkara pertama yang korang perlu ambil kira adalah memilih bahan makanan atau barang dapur yang sesuai dengan misi penurunan berat badan itu. Kalau setakat kawal makan tetapi makan sahaja jenis yang berminyak dan berkolesterol tinggi, maka lambatlah lagi korang nak lihat hasilnya nanti.
Untuk memastikan misi kurus korang berjaya, jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Adyla Rose tentang barangan dapur yang sesuai untuk korang beli.
Pertama sekali, kalau nak membeli barang dapur, rancang dahulu pelan makanan untuk satu minggu, kemudian senaraikan barang-barang yang akan dibeli. Rancang menu yang pelbagai, supaya diet korang tidak membosankan dan seterusnya ke laut. Hiks!
Pilih real food. Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin. Elakkan memilih makanan yang mempunyai lebih daripada lima bahan kandungan, mengandungi artificial ingredients dan bahan-bahan kandungan yang korang tak reti sebut.
Wajib baca nutrition facts dan bandingkan dengan produk lain.
• Semak serving size dan kalori
• Semak total fat, sodium dan gula
• Semak kandungan bahan
• Semak allergen warning
Berikut adalah produk yang korang boleh pilih sewaktu berbelanja barangan dapur di pasaraya.
Minyak zaitun
Minyak untuk menggoreng, nak lebih murah boleh pakai coconut oil
Pilih susu fresh milk
Ads
Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal
Teh hijau
Kopi berkalori rendah tapi pastikan minum kopi kosong tanpa gula
Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand kewpie. Limit satu sudu sahaja
Ads
Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.
Pilih rolled oat. Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
Kalau bosan makan roti boleh beli wrap, pilih jenis wholegrain dan 6 grains
Ads
Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46), if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55.
Baru-baru ini, jaguh badminton remaja negara berjaya menutup tirai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025 dengan membawa pulang dua kejuaraan pada aksi final yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kangar, Perlis.
Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan, kejayaan pertama negara hadir menerusi beregu campuran Loh Ziheng dan Noraqilah Maisarah Ramdan, sebelum pasangan beregu wanita, Low Zi Yu dan Dania Sofea Zaidi menambah satu lagi gelaran buat skuad muda negara.
Dalam pada itu, menerusi aksi final beregu campuran sesama wakil negara, pasangan pilihan kedua Ziheng-Noraqilah Maisarah mempamerkan permainan matang dan tenang biarpun tewas set pertama 20-22 kepada gandingan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea.
Kredit foto: Persatuan Badminton Malaysia
Walaupun begitu, mereka bangkit dengan aksi bertenaga untuk memenangi dua set berikutnya 21-15, 21-12 sekaligus menamatkan perlawanan yang berlangsung selama 54 minit dengan kemenangan.
Tak cukup dengan itu, Dania Sofea kembali ke gelanggang dalam aksi final beregu wanita bersama rakan gandingannya, Low Zi Yu dan mereka membuktikan keampuhan apabila menumpaskan beregu adik-beradik dari Thailand, Khanaphon dan Thanaphon Deearom, straight set 21-11, 21-19.
Namun, hajat Ziheng untuk menggondol gelaran kedua tidak kesampaian apabila beliau bergandingan bersama Tan Zhi Yang dalam final beregu lelaki tetapi tewas tipis di tangan wakil Indonesia, Alexius Ongkytama Subagio-Aquino Evano Keneddy Tangka dengan keputusan 21-18, 19-21, 20-22.
Kredit foto: Persatuan Badminton Malaysia
Sementara itu, acara perseorangan lelaki menyaksikan pemain pilihan utama dari Hong Kong, Lam Ka To tampil dominan apabila menewaskan pemain Indonesia, Radithya Bayu Wardhana 21-8, 21-9 dalam masa yang singkat.
Acara perseorangan wanita pula memperlihatkan pertarungan sengit tiga set antara pilihan utama Thailand, Tonrug Saeheng yang akhirnya berjaya menewaskan cabaran luar jangka dari pemain bukan pilihan Hong Kong, Ip Sum Yau, dengan skor 21-18, 15-21, 21-17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
Terbaru rancangan televisyen ini telah memperkenalkan dua watak kanak-kanak Rohingya bagi membantu ribuan pelarian anak-anak mengatasi trauma dan kesan pandemik di penempatan pelarian terbesar dunia di Bangladesh itu.
Menurut Sesame Workshop yang merupakan organisasi di sebalik rancangan televisyen tersebut, karakter adik beradik kembar yang diberi nama Noor dan Aziz Yasmin akan ditampilkan seiring dengan karakter rancangan tersebut yang popular seperti Louie dan Elmo menerusi video pendidikan dalam bahasa Rohingya di kem pelarian itu.
“Bagi kanak-kanak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi karakter pertama dalam media yang kelihatan dan kedengaran seperti mereka. Dua karakter ini pastinya akan membawa kuasa transformasi bagi pembelajaran yang menyeronokkkan kepada keluarga pada masa bila mereka memerlukannya lebih dari sebelum ini,” ujar Sherrie Westin yang merupakan Presiden Impak Sosial di Sesame Workshop.
Dengan pengenalan dua karakter ini, pelarian kanak-kanak Rohingya akan mampu untuk kekal berhubung dan kenal dengan asal usul mereka. Program ini juga mendapat sokongan dari BRAC yang merupakan badan bukan kerajaan Bangladesh dalam menyokong pembangunan kanak-kanak Rohingya.
Terbaru, seorang anak Malaysia sekali lagi berjaya mencipta sejarah tersendiri dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Bersepadu dalam Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik di University of Edinburgh dengan memperoleh sijil Kepujian Kelas Pertama.
Menurut perkongsian dari laman Facebook Pejabat MARA London dan Ireland, pencapaian ini diraih oleh alumni Kolej MARA Banting (KMB) iaitu Amani Binti Amri. Apa yang lebih membanggakan, pencapaian ini turut disertai dengan penerimaan Whittington Prize, sebuah pengiktirafan berprestij yang hanya diberikan kepada pelajar terbaik dalam bidang Kuasa Elektrik.
“Kejayaan Amani lebih manis apabila beliau turut menerima Whittington Prize, pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada pelajar terbaik dalam bidang Electrical Power,” tulisnya.
Kredit foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Dalam pada itu, anugerah ini juga membuktikan Amani bukan sekadar pelajar cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam bidang kepakarannya.
Selain itu, kejayaan ini mengangkat martabat pelajar tajaan MARA di pentas global, sekaligus menepis keraguan bahawa pelajar tempatan tidak mampu bersaing dengan graduan terbaik dunia. Ia turut membuktikan usaha gigih dan semangat juang mampu membuka ruang yang luas di persada antarabangsa.
Pada masa yang sama, gadis muda ini bakal memulakan kerjaya profesional sebagai ‘Graduate Energy Engineer’ di Arup Malaysia iaitu sebahagian daripada Arup Group yang berpangkalan di London.
“Pencapaian tersebut sekaligus mengangkat nama pelajar tajaan MARA di pentas antarabangsa dan membuktikan keupayaan mereka bersaing dengan pelajar terbaik dunia,” jelas perkongsian itu lagi.
Kredit foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Sementara itu, menurut Amani, beliau jelas melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya dengan penuh potensi dan visi masa depan. Usaha kerasnya juga akhirnya berbaloi dan berjaya memberi hasil yang setimpal walaupun terpaksa berdepa dengan laluan akademik yang penuh cabaran.
Intihanya, kejayaan ini bukan sekadar milik Amani, tetapi juga inspirasi buat generasi muda Malaysia untuk mencontohi kecemerlangan, keberanian, dan semangat tidak pernah berputus asa dalam mengejar ilmu serta impian.
Syabas kami ucapkan!
Sumber artikel & foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!