Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang dikatakan dapat memberi manfaat kepada lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, usaha ini selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasakan organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan agar perkhidmatan kepada pelanggan berada di tahap terbaik.

PTPTN Lancar Aplikasi myPTPTN Bagi Mudahkan Urusan Pengguna
Foto: Kosmo

Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun dalam memastikan institusi kewangan itu berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini.

Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi itu adalah merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

IKLAN

Aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.

PTPTN Lancar Aplikasi myPTPTN Bagi Mudahkan Urusan Pengguna
Foto: Student Portal

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang mudah. Aplikasi myPTPTN boleh dimuat turun di App Store dan Playstore.

Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, korang boleh ikuti langkah-langkah berikut:

IKLAN

1. Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
2. Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
3. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
4. Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
5. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
6. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.

**

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

https://www.youtube.com/watch?v=f0aUFiN-qYI

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI