Pemain Skuasy negara, S. Sivasangari mencatatkan detik terbaik dalam karier profesionalnya apabila bergelar juara dalam pertandingan London Classic dalam di arena Alexandra Palace pada Isnin.
Jalan menuju ke puncak itu bukanlah mudah kerana dia perlu berhadapan dengan pemain yang berada dalam ranking jauh lebih atas daripadanya. Namun hakikat itu bukanlah halangan baginya.
Anak kelahiran Sungai Petani kedah ini berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia, Nour El-Sherbini dari Mesir pada peringkat suku akhir dan pada peringkat separuh akhir pula dia mengalahkan pemain nombor empat dunia, Nele Gills dari Belgium.
Memasuki pusingan akhir, Sivasangari berjuang berhabis-habisan mengeheret lawannya sehingga lima set perlawanan mengalahkan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dengan mata 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8.
“Tiada perkataan yang benar-benar sesuai untuk saya rangkumkan sebagai rumusan. Saya sangat gembira dengan cara saya mengendalikan diri saya minggu ini, menewaskan tiga daripada empat pemain terbaik.
Ads
“Ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu,” ujar gadis berusia 24 tahun ini kepada PSA World Tour sambil mengimbau kembali kemalangan yang menimpa dirinya sebelum ini.
Ads
London Classic merupakan gelaran pertamanya sejak memenangi Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong peringkat gangsa pada November tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin tak ramai yang tahu tentang penyakit ekzema kerana menganggap ianya hanya dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak saja.
Namun begitu, sebenarnya ada juga golongan dewasa yang berhadapan dengan masalah ini. Ekzema merupakan keadaan radang pada kulit, disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang nampak seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan.
Bagi individu yang mengalami ekzema, pastinya mereka sangat faham akan situasi ini dan berusaha untuk mencari ubat yang sesuai bagi mengurangkan gejala penyakit ekzema.
Jom kita baca perkongsian yang telah dibuat oleh Zaiazrien Akhmar tentang ubat-ubatan dan rawatan yang digunakan untuk mengubati masalah ekzema yang dihadapinya.
Simptom awal
Permulaan jadi mcm bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil kulat air. Mulanya ingatkan hanya gatal-gatal biasa dan hanya memembeli ubat di farmasi.
Tapi makin lama jadi makin teruk. Lepas satu jari ke satu jari kena dan disebabkan tak tahan gatal sangat, pergilah berjumpa beberapa pakar kulit dan doctor tetapi masih tidak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah.
Bukan saja kering, malah sampai berdarah. Nak drive, basuh pingan dan masak pun tak ada mood. Sangat gatal memang tak boleh tahan.
Kos rawatan ke klinik pakar kulit bukannya murah dan hampir enam bulan rawatan dah cecah RM2,000 tapi masih tidak baik.
Sampailah tergerak hati nak ke hospital pakar dan disitu dimasukkan wad selama 5 hari untuk mendapatkan rawatan susulan. Alhamdulillah, kini beransur pulih dan berikut saya nak kongsikan prosedur perubatan daripada doktor pakar yang dirujuk dan semoga berfaedah kepada semua.
Jenis ubat
Ini antara ubat krim dan washing foam untuk tangan yang korang boleh gunakan:
Cetaphil cleanser- Ubat ini digunakan untuk mencuci tangan setelah melakukan apa-apa aktiviti
Daivobet- Krim malam
Cloderm- Krim pagi
Ceradan- Krim petang
Dan ada juga ubat pil untuk dimakan
Gambar sebelum dan selepas rawatan
Sebelum menerima rawatan dari hospital pakar
Time ni isi kulit pun Nampak. Bayangkan macam mana rasa pedih tu. Teruk gila, lepas tu busuk tak payah nak cakap. Air yang keluar daripada tangan tu busuk.
Merekah tangan bukan satu jari je tapi lima jari sekali
Tangan sampai mereka sebab terlalu kering dan berdarah
Hari kedua dalam tempoh rawatan di hospital. Merah-merah, time ni baru lepas sapu krim
Hari ketiga, tinggal menggelupas dan tak gatal lagi
Selepas 5 hari di wad, alhamdulillah yang kering semua dah baik
Walau bagaimanapun, sebelum mengambil apa-apa rawatan adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.
Setiap individu mungkin mengalami tahap ekzema yang berlainan. Jadi, penting untuk korang kenal pasti simptom dahulu sebelum mencari rawatan sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.
Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.
“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.
“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.
“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.
Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolej Melayu Kuala Kangsar atau popular dengan nama bahasa Inggerisnya, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier dan terulung dalam Malaysia. Kolej ini turut digelar Eton of The East.
Terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar, Perak, MCKK merupakan sebuah institusi pendidikan menengah khusus untuk pelajar lelaki. Dibangunkan pada tahun 1905, sekolah ini telah diasaskan oleh empat Sultan Melayu ketika itu iaitu Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah I dari Perak, Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, Almarhum Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah dari Negeri Sembilan and Almarhum Sultan Ahmad Mu’adzam Shah dari Pahang.
Pelajar yang mendapat tempat untuk belajar di institusi pendidikan hebat ini datang daripada latar akademik dan kokurikulum yang bagus. Ramai tokoh negara tidak kira dalam bidang apa sekalipun bermula di sini. Jom kita lihat 10 individu popular Malaysia yang merupakan bekas pelajar MCKK.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan alumni MCKK yang berjaya dan popular dalam arena politik. Beliau pernah bergelar Menteri Pendidikan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kini beliau merupakan Pengerusi Pakatan Haapan Malaysia.
Hani Mohsin
Allahyarham Hani Mohsin mungkin sudah meninggal dunia pada 2006, namun legasinya sebagai seorang anak seni amat kuat sehingga kini. Karismanya sebagai seorang anak seni tiada tandingan. Pemilik nama penuh Hani Mohsin Mohd Hanafi ini aktif dalam dunia seni sejak belajar di Universiti Teknologi MARA lagi.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Merupakan Anak keempat Tun Hussein Onn, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia ini bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum bapanya menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1973. Selepas pelantikan bapanya, beliau berpindah ke St. John’s Institution.
Rafizi Ramli
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini merupakan seorang pendebat yang hebat ketika belajar di MCKK. Selepas tamat bengajian menengah, dia menyambung pengajian jurusan kejuruteraan di University of Leeds. Dia juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan bermula 2013 ke 2018.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz
Kini bertugas sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul menamatkan pengajian di MCKK pada tahun 1990, dia kemudiannya meyambung pengajiannya di University of Bristol. Sebelum bergelar Menteri beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.
Pak Sako
Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Mohamad merupakan salah seorang pelajar MCKK di peringkat awal penubuhan sekolah tersebut. Allahyarham yang merupakan sasterawan negara ialah salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam penghasilan akhbar Utusan Melayu. Pak Sako meninggal dunia pada 1991.
Redza Minhat
Pelakon terkenal, penggiat teater dan banker ini merupakan pelajar MCKK yang menamatkan pengajian di sekolah tersebut pada tahun 1997. Dia kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Multimedia. Kini Redza sedang melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dan menurut laman sesawang Bank negara dia turut berkhidmat untuk Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London.
MonoLoque
Vokalis dan pemain gitar Butterfingers ini merupakan bekas pelajar MCKK yang mana untuk pengetahuan pembaca REMAJA, dia merupakan rakan setingkatan dengan Rafizi Ramli. MonoLoque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar memulakan perjalanan seninya sejak di bangku sekolah lagi.
Akmal Nasrullah Nasir
Belajar di MCKK pada tahun 1999 sehingga 2003. Akmal Nasrullah Nasir kini merupakan ahli parlimen Johor Bahru, ahli politik bagi Parti Keadilan Rakyat dan pernah menjadi Ketua Sayap Pemuda pasti tersebut. Berusia 36 tahun, dia merupakan graduan dari University of Wisconsin-Madison dalam jurusan sains aktuari dan ekonomi.
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi terkenal ini merupakan pelajar MCK sekitar tahun 1960an. Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya Dia memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Pada 2008, figura terkenal ini dinamakan “Tokoh Maal Hijrah” Selangor atas sumbangan beliau terhadap pembangunan modal insan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!