Baru sahaja menggegarkan dunia dengan Rockstar, kini penyanyi terkenal Lisa Blackpink kembali sekali lagi dengan mengumumkan kolaborasi hebat bersama Rosalía penyanyi yang berasal dari Sepanyol.
Menerusi Instagram, duo bintang terkenal ini telah pun memberi beberapa petunjuk sehingga membuatkan para peminat tertanya, kemudian rasmi diumumkan kerjasama New Woman akan dilancarkan pada 15 Ogos ini.
Pada awal minggu ini, Lisa juga mula membocorkan kolaborasi tersebut. Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Lisa yang tampil berambut merah jambu sambil memperagakan loket berbentuk bintang di lehernya.
Video tersebut dimuat naik sebulan selepas ikon K-Pop tersebut melangkah ke fasa baru dalam kerjaya solonya dengan ‘Rockstar’ yang mendapat carta keempat di Billboard Global 200, serta meraih carta nombor satu Lisa di Billboard Global Excl. U.S.
Sekadar info, ‘Rockstar’ merupakan pelancaran pertama Lisa sejak menandatangani kontrak dengan RCA Records untuk menyokong aktiviti solonya, di mana dia menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikatnya sendiri, LLOUD yang membolehkannya untuk mengekalkan hak milik atas rakaman.
Ads
Kredit: X @LILY24EDITS
Dalam pada itu, bercakap mengenai aktiviti solo Lisa, peminat menjangkakan Lisa akan kembali melancarkan lebih kurang tiga buah single terbaru pada masa akan datang. Ia susulan petunjuk ‘bintang’ yang cuma mempunyai dua (2) sinar menerusi video yang muat naik.
Hmm, kalau betul teori ‘shining star’ dalam video Lisa itu. Maknanya, mungkin akan ada lagi tiga (3) buah lagu lah kan? Nanti kita lihat dan tunggu ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi perempuan yang tidak suka mekap mampan, alat solek basic yang mereka wajib ada adalah lipstik. Walaupun tanpa mengenakan solekan yang tebal, at least gincu bibir dapat menaikkan seri wanita untuk kelihatan lebih menawan.
Terdapat banyak pilihan warna yang membuatkan kaum perempuan rambang mata untuk memilih. Tak perlu beli yang mahal, ada juga jenama mampu milik yang korang boleh dapatkan di drugstore. Selain daripada harganya yang berpatutan, ia juga menawarkan pelbagai jenis warna dan tahan lama.
Jom kita lihat antara lipstik mampu milik yang korang boleh dapatkan di drugstore berdekatan.
1. Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick
Mengandungi minyak pelembap, ekstrak avocado serta vitamin A dan E untuk merawat serta mengekalkan lembapan pada bibir. Terdapat 13 pilihan warna, lipstick ini juga terbaik untuk merawat bibir hitam agar tampak lebih cerah.
2. Wet N’ Wild Silk Finish Lipstick
Dengan harga serendah RM6, (murah sangat kan?) produk ini mengandungi vitamin A & E yang mampu memberi hidrasi pada bibir. Ia juga dapat menghasilkan tekstur glossy dan mudah untuk diratakan.
3. Maybelline Color Sensational Satin Lipstick
Terdapat 40 warna menarik untuk korang pilih dan lipstik ini mampu tahan lama serta meninggalkan bibir dengan kemasa matte untuk keselesaan bibir. Harga yang ditawarkan sekitar bawah RM30.
4. Revlon HD Matte Liquid Lipstick
Lipstik ini memberi pada bibir kering kerana mempunyai campuran pelembab Shea Butter dan mangga bagi menghidrat bibir sepanjang hari. Terdapat 16 pilihan warna dengan harga sekitar RM30++
5. L’Oreal Ultra Matte Liquid Lipstick
Warna pigmen ultra matte yang tinggi bukan saja memberi keselesaan, malah menambah dimensi yang berpanjangan sehingga 12 jam.
6. Rimmel Stay Matte Liquid Lip Colour
Mengandungi tiga formulasi hebat iaitu waterproof, touch-proof dan kiss-proof dengan koleksi 14 warna yang tahan lama. Harganya juga bawah RM20. Memang berbaloi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Golden Screen Cinemas dengan kerjasama syarikat teknologi sinema iaitu CJ 4DPLEX berkongsi berita gembira pada minggu lalu tentang pembukaan beberapa pawagam 4DX di Malaysia, semalam kami dapat merasai pengalaman kali pertama di dalam pawagam tersebut sempena tayangan filem Bumblebee.
Bertempat di One Utama Petaling Jaya (1U), 4DX merupakan pawagam kesan khas terbaru yang diperkenalkan GSC and it is like no other.
Kalau korang ada kawan yang sejenis tidur semasa filem ditayangkan, lepas ni korang wajib bawa dia ke 4DX (1U).
Cuba bayangkan kerusi akan bergerak seiring dengan movement pertarungan Bumblebee dan Decepticons di skrin pawagam lalu membuatkan penonton lebih merasai debaran babak tersebut.
Ada juga kesan khas lain yang ‘terjadi’ semasa tayangan semasa seperti kesan percikan air semasa babak pertarungan di dalam air dan rasa sejuk semacam semasa babak terbang di udara.
Selain itu, ada juga kesan khas seperti salji, asap dan lampu strobe yang tiba-tiba muncul, bergantung kepada babak di dalam filem.
Weh, this is something new. Penulis sendiri tidak pernah merasai pengalaman 4D kecuali di taman tema antarabangsa. Pastinya selepas ini ramai yang akan mengerumuni pawagam 4DX ini jika ada tayangan filem superhero atau fantasi.
SebelumSelepas
Dalam pada itu, GSC mengumumkan akan membuka dua buah pawagam 4DX lagi di IOI City Mall Putrajaya dan di Southkey Johor Baru pada tahun hadapan.
Korang cer try okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat diseluruh dunia.
Semalam, melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi terkenal dari negara jiran Indonesia, Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnez Monica berkongsi sebuah video dimana beliau telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.
Siap dengan #hashtag AG PEDULI, Agnez Mo menyatakan bahawa program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu.
Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma.
Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi juga telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan seperti ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.
Klinik vaksin itu ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.
Selain daripada memberi vaksin secara percuma, Agnez Mo juga melakukan amal kebajikan dengan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada penerima vaksin.
Untuk info, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik.
Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pelantun yang popular lagu ‘matahariku’ ini.
Sumber : Instagram Agnes Mo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!