Sejak di bangku sekolah lagi, kita di Malaysia telahpun didedahkan dengan sebab utama mengapa mereka perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dengan budaya merokok.
Bagi segelintir golongan remaja yang telahpun bergelar perokok, mereka sememangnya telah memasang niat untuk menghentikan tabiat merokok kerana mereka sedar akan kesan jangka masa panjangnya terhadap kesihatan mereka. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan kandungan nikotin yang ada dalam rokok akan mengakibatkan seseorang ketagih terhadapnya.
Justeru, semakin ramai remaja mempertimbangkan alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives). Di antara produk bebas asap rokok yang popular di pasaran kini termasuklah rokok elektronik (vape).
Namun, baru-baru ini satu kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh merosakkan dan menganggu fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
Ads
“Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
Dalam kajian tersebut, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.
Ads
“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.
Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol. Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.
Untuk info, antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.
Ads
Apa-apa pun, sama ada amalan merokok atau vape, kedua-duanya memberikan kesan terhadap kesihatan individu. Elakkan merokok/vape jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Bukan hanya K-drama, fesyen, makanan malah tarian dari Korea Selatan ini turut menjadi ikutan semua. Begitulah pengaruh K-pop yang mempunyai pengikut setia diseluruh dunia.
Malah, remaja Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial iaitu Sabrina Azhar.
Meskipun merupakan seorang hijabi, ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun itu untuk memaparkan bakat menarinya buat tatapan semua. Bukan sahaja menari, malah Sabrina sudah pun bernaung di sebuah agensi hiburan di Korea bagi mengembangkan lagi bakatnya.
Menariknya, kisah anak kelahiran Subang ini turut menarik perhatian media antarabangsa dan ditayangkan di BBC. Tapi, malangnya perkara ini tidak disambut dengan baik oleh netizen Malaysia.
Untuk info, video berdurasi pendek itu, Sabrina dilihat memperkenalkan dirinya dan berselang seli dengan klip kehidupan beliau di Korea Selatan serta video pendek tarian k-pop.
“I like my hijab and I like dancing.”
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Tujuan video itu dibuat adalah untuk memaparkan realiti sebenarnya dunia tarian k-pop yang datang dari pelbagai sudut pegangan dan budaya. Ia juga mengetengah bagaimana k-pop kini menjadi cara hidup bagi sesetengah remaja.
Gadis jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul ini dalam video tersebut turut menyatakan bahawa dia memahami dunia batas-batas yang telah ditetapkan, namun baginya jika ia melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak melakukan kerosakan ke atas orang lain, jadi ia bukanlah suatu masalah.
Dikecam Netizen
Bagaimanapun, sejak dimuat naik. Video itu tidak diterima baik oleh netizen terutamanya di Malaysia. Sebahagiannya mengecam beliau dan ada juga yang mempersoal pandangan beliau.
Malah, kenyataan yang dikeluarkannya di dalam dokumentari itu menerima kritikan ramai kerana sepertinya bercanggah dengan agama Islam.
Dalam pada itu, Sabrina masih berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.
Hmm…Apa pandangan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelanggang angkat berat Tokyo 2020 menjadi lokasi istimewa buat negara Filipina setelah atlet wanitanya menuai pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Filipina di Sukan Olimpik.
Hidilyn Diaz yang juga bertugas sebagai anggota wanita Tentera Udara Filipina mencatatkan angkatan terakhir 127 kilogram bagi mengatasi pemegang rekod dunia dari China, Liao Qiuyun dalam kelas 55 kg wanita.
Kejayaannya ini memberikan kejayaan manis buat Filipina setelah dia puas berkorban selama ini demi memenangi pingat tersebut. Seperti Malaysia, Filipina juga dahagakan pingat emas pertama setelah mereka mulai menyertai kejohanan sukan terbesar dunia ini selama 97 tahun.
Pada edisi Olimpik di Rio pada tahun 2016, Diaz berpuas hati dengan memenangi pingat perak; sekaligus memecahkan kemarau pingat Filipina selama 20 tahun. Siapa sangka, kali ini Diaz kembali membanggakan Filipina pada tahap yang lebih memberangsangkan.
Menariknya, sebelum menuju ke Tokyo, Diaz terlebih dahulu memilih Malaysia sebagai medan latihannya bermula Februari 2020.
Ia demi memastikan konsentrasi atlet ini persiapan fizikal dan mentalnya. Sudah tentu, situasi pandemik yang melanda negara sedikit membantutkan kelancaran latihan Diaz. Sesudah pusat gimnasium di Kuala Lumpur ditutup, latihan terpaksa dijalankan di blok pangsapuri saja.
Malah kongsi Diaz dalam sidang media selepas kemenangannya, dia perlu berhati-hati agar tidak mmecahkan lantai berjubin dengan peralatan angkat berat.
Sesudah 8 bulan di Kuala Lumpur, Diaz beralih lokasi pula ke Kampung Kesang Jaya di Jasin, Melaka yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.
Akibat sekatan pergerakan yang kembali dilaksanakan di Malaysia, Diaz akur menggunakan parkir kenderaan di sebuah rumah sebagai pusat latihan.
“Walaupun saya tidak berlatih di kampung halaman, saya mempunyai ramai kawan Filipino di Malaysia yang suda ibarat keluarga saya di sana. I feel at home in Malaysia. Saya amat menghargai mereka.
“Kepada mereka yang membantu kami di Melaka, terutamanya ketika saya berdepan tekanan dan tidak mempunyai tempat latihan, kalian tetap menyediakan gym untuk saya dalam masa singkat. Saya juga bersyukur dalam melatih kanak-kanak di sana.
“Tentunya, saya akan pulang ke Melaka untuk terus berlatih dan kekalkan prestasi saya. Dalam sukan, kita tidak boleh mudah berpuas hati selepas menang.”
“Saya masih perlu berkerja keras untuk latihan seterusnya. Melaka bagi saya adalah lokasi terbaik untuk saya kekal fokus berlatih sewaktu pandemik ini,” ulas Diaz semalam.
Lihatlah bagaimana pengorbanan boleh membuahkan keputusan hebat, guys. Orang kata, ‘hustle demi hasil’. Filipina sudah memiliki pingat emas idaman mereka, mampukah Malaysia melakukannya pada Tokyo 2020?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Oleh kerana sering memuat naik foto ‘ala-ala’ model di laman Instagramnya, guru praktikal Bahasa Inggeris yang pernah viral sebelum ini iaitu Muhammad Fildza Daniel Mohd Nasir, 21 tahun ditegur netizen.
Antara teguran yang diterima adalah kerana individu itu tidak senang melihatkan dia terlalu bergaya dan tidak kelihatan seperti seorang guru. Teguran tersebut dilakukan menerusi DM Instagram.
“Salam maaf tegur sedikit ya, saya rasa sebagai seorang guru awak tak sepatutnya terlalu bergaya. Sebab sebagai seorang guru kita tak perlu menonjol sangat di sosial media ni.
“Saya nampak awak ni lebih nak jadi model. Follower ada 38K tapi guru? Gambar kebanyakan seperti model saja? Bukan profesion seorang guru.
“Wajar ke guru seperti model di sekolah?
“Maaf tegur bagi saya guru tak sesuai ada rupa dan terlalu menonjol di media sosial. Guru kerja di sekolah bukan Instafamous. #Hanyapendapatjujur,” tulis komen tersebut.
Susulan itu, Fildza kemudiannya membalas teguran tersebut.
“Akan mula pakai topeng hantu ke sekolah bermula Isnin. Tapi satu perkara yang korang kena tahu, saya sangat bersyukur sebab sekolah saya semua cikgu baik sangat dan kitorang macam satu keluarga.
“Saya bersyukur dapat sekolah ini, student pun baik dan bijak. Dan individu ini bukan dari sekolah saya dan saya tak rasa dia seorang guru. Dia hanyalah lelaki biasa di media sosial,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Fildza pernah viral apabila foto hari pertama dia menjalani latihan praktikum di sekolah SK Setia Alam viral di laman Twitter.
For me, apa salahnya dia menggunakan sosial media miliknya untuk berkongsi foto-fotonya dengan rakan-rakan? Asalkan tidak melangggar undang-undang tidak mengapalah kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.