Menjadi doktor dan bukan ahli perubatan adalah dua cabang yang jauh berbeza. Semua maklum, sebelum menjadi doktor, masa pengajiannya jauh lebih lama berbanding ijazah lain.
Namun biar ramai yang bukan pakar dan hanya sekadar mendengar dan tahu tentang petua adalah situasi yang jauh berbeza, antara langit dan bumi apabila memberi nasihat salah tentang dunia perubatan kepada orang ramai.
Seorang profesor dan juga pakar sakit puan dari Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), Imelda Balchin telah menulis di ruang facebooknya tentang fakta perubatan yang tidak kukuh yang ditulis oleh seorang seorang ustazah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi mengenai HAID yang boleh menjadi punca terjadinya barah rahim.
Kata Ustazah Oki Setiana ini, minuman berais, bergas, air kelapa dan timun yang diambil ketika mengalami haid boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih serius iaitu kanser rahim.
Baca tulisan dari Prof Imelda Balchin mengenai isu ini.
Ada sebabnya Ustazah Indonesia ini bukan pakar perubatan dan bukan pakar penyakit barah.
Ads
Kalau pelajar perubatan di seluruh dunia tulis karangan macam ini dalam peperiksaan perubatan, mereka akan terus gagal.
Kalau pegawai perubatan atau doctor O&G tulis karangan begini dalam peperiksaan specialist mereka, bukan hanya akan terus gagal, perkhidmatan mereka sebagai doktor boleh dihentikan sebab dikhuatiri memberi kemudaratan kepada pesakit dengan ilmu yang salah.
Tetapi di Indonesia, Ustazah ini dah dapat 53K likes dan 166K share untuk kenyataan ini. Begitu bahayanya sosial media jika disalah gunakan.
Tulisan Ustazah yang mendapat beratus ribu syer dari pengikutnya di laman sosial
Ads
Dapatkan nasihat perubatan dari doktor bila berhadapan dengan masalah kesihatan
Sebelum anda kongsi atau sebarkan apa-apa kenyataan, pastikan ilmu itu sahih dan sumbernya daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semoga kita tidak menanggung dosa besar menyebarkan fitnah kepada masyarakat kita sendiri.
Maklumat yang disebarkan oleh ustazah Indonesia ini menyeleweng dan tiada bukti perubatan.
Mereka yang dapat sakit kepala sebelum atau semasa haid sebenarnya mengalami premenstrual tension dan boleh dibantu oleh pakar perubatan O&G. Kadangkala ada yang boleh dapat cyclical migraine kerana perubahan hormon badan, bukannya apa yang dimakan.
Elakkan gula dalam minuman anda lebih penting untuk kesihatan anda daripada elakkan ais dalam minuman.
Kurangkan memakan nasi yang berlebihan lebih penting untuk kesihatan anda daripada tak makan timun. Ingatlah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, pinggan suku-suku-separuh, maknanya hanya suku pinggan nasi cukup untuk keperluan anda.
Penyakit diabetes dan obesiti yang disebabkan oleh banyak minuman bergula, makanan bergula, makanan berlebihan dan kurang bersenam adalah salah satu punca kanser atau barah rahim.
Masalahnya bukan lah ais dalam minuman anda, tetapi kandungan gula yang tinggi dalam minuman-minuman anda yang ber-ais.
Yang Ikhlas,
Cikgu Perubatan dan pakar kesihatan wanita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita persaraan Mesut Ozil dalam skuad kebangsaan Jerman dan Piala Dunia 2018 merupakan kemunculan terakhirnya untuk pasukan tersebut.
Ozil mendakwa bahawa dia telah menerima layanan buruk daripada skuad kebangsaan persatuan bola sepak Jerman dan dalam kenyataan rasminya juga, Mesut Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini.
“Dengan rasa berat hati dan selepas berfikir sewajarnya, saya ingin mengumumkan bahawa saya tidak akan menyarung jersi Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya berasakan tidak dihirmati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima,” jelasnya.
Ozil juga turut mengeluarkan statement di laman sosialnya tentang kekecewaannya terhadap Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) yang seperti tidak memihak pada dirinya selepas dikritik hebat.
DFB bukan saja tidak mempertahankannya, malah presiden persatuan itu sendiri, Richard Grindel juga tidak mahu mendengar cerita daripada pihaknya selepas tersebar satu gambar kontroversi Ozil bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Mei lalusebuah majlis tertutup di London.
“Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” jelas Ozil lagi.
Pemain berusia 29 tahun ini sememangnya mempunyai keluarga berdarah Turki dan telah mempertahankan tindakannya bergambar dengan Erdogan selepas ramai mempersoalkan kesetiaannya kepada skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia lalu.
Jelasnya lagi, dia masih setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara iaitu Jerman dan Turki, selain turut menegaskan ia langsung tiada kaitan dengan politik.
“Asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,”
“Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki,” tambahnya lagi.
Haih, berita sedih ni mesti buatkan peminat Jerman bertambah kecewa. Harapnya mereka dapat selesaikan dengan baik.
Isu serangan seksual nampaknya masih belum mencapai tahap kesedaran yang diperlukan dalam kalangan masyarakat. Ibarat kelapa, isu ini kerap tengggelam timbul.
Kadangkala ia tular di media sosial seperti yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun di India yang telah mengemparkan dunia.
Gambar Hiasan : Photo by Alex Green from Pexels
Mendapat liputan utama di kebanyakan dada media diseluruh dunia apabila dia dilaporkan telah dikahwinkan oleh bapanya pada usia muda dan mendakwa telah dirogol 400 lelaki sejak enam bulan lalu.
Lebih menduka citakan, remaja malang ini telah mengadu dan meminta tolong ayahnya dan melaporkan kepada polis yang dia didera oleh suami dan ipar. Namun, tidak diendahkan malah dihalau pergi.
Saya didera oleh ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, namun, pihak polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap pelaku.
Sebaliknya, saya yang diserang oleh pihak polis.
Menerusi laporan Utusan, mangsa kini sedang mengandung dua bulan. Sebelum ini mangsa sudah cuba memfailkan aduan kepada anggota polis, tapi masih lagi menjadi mangsa eksploitasi secara seksual.
Kes aduan dari remaja itu didaftarkan bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak, Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Serangan Seksual dan kesalahan rogol di bawah Undang-Undang Jenayah India. Seramai tiga orang telah ditahan kerana berkait dengan kes ini.
Untuk info, ayah mangsa telah mengahwinkannya enam bulan lepas, selepas kehilangan ibunya. Namun, perkahwinan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan dia didera oleh suami dan iparnya.
Tidak tahan didera, mangsa kemudian melarikan diri dan berjumpa dengan bapanya, namun dia tidak diterima oleh ayahnya dan terpaksa mengemis di stesen bas di Ambajogai di daerah Beed.
Di stesen bas itulah dia mula dieksploitasi secara seksual dan mendakwa telah dirogol oleh 400 lelaki.
Malang sungguh nasib remaja ini, siapa sangka di zaman serba moden ini masih ada manusia tidak bermodal dan berperikemanusiaan. Moga remaja ini kuat menerima dugaan ini.
Penganjur Olimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik sebelum ini penah membuat pengumuman bahawa mereka akan mengunakan bahan kitar semula untuk membuat pingat emas, perak dan gangsa menggunakan barangan elektronik yang didermakan oleh orang awam.
Terbaru, insiden ada beberapa atlet yang menggigit pingat mereka di Olimpik Tokyo 2020 iaitu Anastasija Zolotic selepas memenangi emas dalam taekwondo 57kg, Ryan Murphy, setelah dia mendapat tempat pertama 100 meter kuak lentang; dan penerjun Great Britain, Tom Daley telah menimbulkan kerisauan dan khuatir kepada jawatankuasa temasya tersebut.
Jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 telah mengingatkan bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 pada ahad lalu, “Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit,”
We just want to officially confirm that the #Tokyo2020 medals are not edible!
Our 🥇🥈🥉 medals are made from material recycled from electronic devices donated by the Japanese public.
So, you don’t have to bite them… but we know you still will 😛 #UnitedByEmotion
Sudah menjadi tradisi, pemenang yang ingin memeriksa keaslian emas dalam pingat, ia perlu digigit. Hal ini kerana, sifat logamnya yang lembut dan akan meninggalkan kesan apabila digigit.
Namun berbeza dengan Olimpik Tokyo 2020 apabila projek kitar semula elektronik pengguna dan usaha untuk menyumbang kepada masyarakat yang mesra alam dan kelestarian akan menjadi sebahagian daripada warisan Sukan Tokyo 2020.
Untuk info, E-sisa atau sisa pembuangan sisa elektronik ini kebanyakkannya diambil dari telefon bimbit. Jika tidak dilupuskan secara tak betul, ia memang boleh memberi kesan negatif pada hampir semua sistem badan manusia. Contohnya, plumbum yang ada banyak dalam komponen telefon bimbit korang boleh rosakkan sistem pembiakan, saraf dan darah. Merkuri pula terdapat pada bateri telefon bimbit. Pendedahan merkuri boleh rosakkan otak dan buah pinggang korang.