Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis menzahirkan rasa terkesan dan sedih setiap kali mengenangkan isu perkahwinan bawah umur yang membabitkan remaja perempuan dengan lelaki berusia lebih tua.
Berkata kepada Remaja, mereka sememang mudah dipengaruhi untuk berkahwin tanpa asas kukuh malah perkahwinan itu mungkin menimpakan tekanan yang sangat berat kepada remaja terbabit.
“Ia seperti ‘bunga’ yang dipetik ketika ia belum mekar lagi. Kanak-kanak bukannya tahu apa-apa, jadi ia juga mungkin boleh jadi satu pengalaman yang traumatik sebab mereka sangat gullible (mudah terpedaya).
Ads
“Apabila fikirkan soal ini saja saya dah nak nangis. Sebab isu kanak-kanak kahwin di usia muda amat dekat di hati saya,” katanya.
Meskipun pahit untuk ditelan, kata pelakon drama hit Akulah Balqis itu, isu perkahwinan bawah umur sebenarnya sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
Ads
“Ini suatu isu sensitif, tapi jarang diperkatakan. Kepada kamu yang terpaksa lalui pengalaman itu, saya sayang kamu semua. Kamu ada jiwa yang boleh mekar lebih hebat, kuatkan hati,” ujarnya lagi.
Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.
Ads
Terlanjur Cinta hasil cetusan idea Erma Fatima yang mengangkat tema pengorbanan seorang anak kepada keluarga sehingga perlu berkahwin pada usia muda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah menjadi satu kemestian untuk masyarakat di Malaysia ‘menjatuhkan hukuman haram’ ke atas semua bentuk hiburan bagi remaja walaupun tak semua orang terlibat dengannya.
Contoh terdekat adalah sukan berbasikal yang kini dicemari oleh stigma ‘basikal lajak’. Ramai ibu bapa terus mengharapkan agar remaja tidak lagi terlibat dengan sukan tersebut kerana khuatir anak mereka akan menyertai geng basikal lajak.
Uh hello, tak semua orang berfikiran pendek. Hanya segelintir yang menyertai aktiviti tak selamat itu dan kebanyakan remaja lain yang berbasikal hanyalah kerana mereka meminatinya.
Terbaru, cadangan untuk mengharamkan saluran atas talian, Netflix pula muncul dari kenyataan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Alasan mereka adalah kerana sesetengah siri drama dan filem di Netflix memaparkan adegan ganas, sosial dan seksual yang tak sesuai untuk ditonton oleh remaja berusia bawah 18 tahun.
Dalam satu laporan oleh akhbar Netflix, Ketua Pegawai Finas dan pengarah, Ahmad Idham berpendapat ibu bapa kini risau mengenai kandungan tersebut akan mengakibat bertambahnya gelajar negatif di kalangan remaja di Malaysia dan berharap agar kerajaan ‘mengharamkannya.’
Untuk pengetahuan, Netflix sebenarnya ada mempunyai cara bagi menyekat kandungan negatif yang diperkatakan oleh Finas.
Ia mempunyai fungsi parental control di mana ibu bapa (atau sesiapa yang melanggan Netflix pada setiap bulan) boleh menetapkan jenis kandungan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak dan remaja, seperti yang dipaparkan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama Fahmi Redza.
Netizen lain rata-rata tak bersetuju dengan cadangan Finas itu. Ini memandangkan mereka sendiri boleh menyekat kandungan yang tak ingin ditonton semudah menekan butang lock pada fungsi Parental Control.
Sekali lagi, mengapa perlu mengharamkan satu bentuk hiburan sekaligus sekiranya ada cara untuk menyelesaikannya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi yang melanda aktres televisyen Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong pada 24 Februari lalu telah diklasifikasikan sebagai kemalangan oleh pihak polis Thailand.
Jasad Tangmo ditemukan 38 jam selepas dia terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya dalam keadaan terapung dan menyayat hati.
Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong. Sumber Foto : Instagram
Sepanjang siasatan dilakukan terhadap kes ini termasuklah menyoal siasat lima individu lain yang berada di dalam bot tersebut, pelbagai teori konspirasi telah dikongsikan oleh rakyat di Malaysia, Thailand dan Indonesia berkenaan kejadian sebenar. Ini memandangkan firasat ibu Tangmo sendiri merasakan insiden tersebut telah dirancang.
Bagaimanapun semalam menerusi laporan Bangkok Post, pihak polis di sana telah menyifatkan insiden yang berlaku ke atas Tangmo ini adalah satu bentuk kemalangan. Siasatan masih lagi dijalankan buat masa ini, namun pihak polis percaya insiden tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah setelah mereka meneliti bukti-bukti sementara yang telah dikumpulkan.
Harus diingat, ibu Tangmo juga adalah individu sama yang menerima wang santunan berserta permohonan maaf daripada pemilik bot laju, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan pemandunya, Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun.
Bercakap mengenai pemandu bot iaitu Robert; dia dilaporkan mengaku menyebabkan bot laju itu untuk tersengguk akibat tidak mempunyai pengalaman sah memandunya pada malam kejadian sehingga mengakibatkan Tangmo yang pada waktu itu ingin bangun dari bahagian belakang terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Kata pihak polis kepada Bangkok Post, Robert telah memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia mempunyai ilmu yang sedikit mengenai pemanduan bot dan hanya sekadar ingin mencubanya pada malam itu. Kesemua lima orang saksi juga mengaku mereka mengambil minuman alkohol di atas bot berkenaan.
Polis kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan forensik selama seminggu untuk mengenal pasti punca kesan koyak pad peha kanan Tangmo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap wanita tanah air, Bunga Isme dikhabarkan sudah pun sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.
Menurut sumber, majlis pernikahan mereka telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.
Menerusi kad jemputan yang diedarkan, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi tetamu.
Antaranya tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.
Masih tidak diketahui alasan merahsiakan berita itu kepada peminat, namun sekitar Syawal lalu Amzar seakan-akan memberi bayangan mereka sudah pun bernikah.
Memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru di platform Instagram, dilihat Bunga melentok manja di bahu penyanyi berusia 28 itu, selain menyertakan kapsyen seperti mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.
“Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya,” coretnya menerusi kapsyen pada hantaran bertarikh 10 April lalu.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pihak tertanya-tanya status terkini pasangan yang sudah bercinta sejak lima tahun lalu itu.
Sekadar info, pasangan ini melangsungkan majlis merisiknya pada Februari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.