Awal pagi ini, sesi penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 telah berlangsung sebelum jam 10 pagi.
Menariknya, tumpuan tidak hanya terarah kepada perletakan calon senior dan ‘matang’ di kawasan masing-masing.
Namun, ramai juga yang tertarik dengan keputusan parti politik untuk memberikan peluang kepada calon muda di bawah usia 35 tahun untuk bertanding pada kali ini.

Sama ada ini merupakan taktik untuk menarik pengundi muda atau mereka sememangnya melihat kuasa calon muda ada potensi untuk pergi jauh, itu terpulang kepada parti.
Apa yang lebih utama adalah calon muda semakin mendapat tempat (selayaknya) dan pandangan mereka akan diambil lebih serius selepas ini.
Jom lihat siapakah 8 calon muda lagi ‘helok’ yamg bakal bertanding.
01
Chrisnadia Sinam (PKR), 35

Bekas jurutera Sabah di Jabatan Kerja Raya (JKR) ini akan bertanding di kerusi Parlimen P170 Tuaran.
02
Mordi Bimol (PKR – DAP), 35

Beliau pernah bertanding untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016 untuk kawasan Tasik Biru tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Henry Jinep dengan majoriti 1,288 undi.
Kali ini, beliau akan bertanding untuk kerusi Parlimen P192 Mas Gading pula.
03
Shahril Sufian Hamdan (BN – UMNO), 32

Tak sangka rakan Instagram kami ini tercalon di kerusi Parlimen P112 Kuala Langat!
Sebelum berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas, Shahril pernah bertindak sebagai pegawai polisi kepada YB Khairy Jamaluddin.
04
Ho Kwok Xheng (BN – MCA), 30

Mirip kepada perjalanan cerita Speaker DUN Selangor, Hannah Yoeh dari DAP, Kwok Xheng juga merupakan calon yang betul-betul berasal, membesar dan tinggal di kawasannya iaitu di kerusi Parlimen P106 Damansara.
05
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR), 26

Anda mungkin berminat dengan
Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini pernah menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk menumpukan kepada bidang politik.
Beliau yang merupakan calon termuda pada PRU 14 ini akan bertanding untuk kerusi parlimen P146 Muar.
06
Ahmad Nawfal Mahfodz (PAS), 34

Graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini merupakan anak kepada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.
Dahulunya, beliau selalu menolong ayahnya itu untuk berkhidmat bagi rakyat di Pagoh. Kini, beliau pula tercalon untuk kerusi parlimen P143 Pagoh.
* * * * *
Walaupun berbeza anoligi politik, penulis berharap agar kemasukan mereka ke dalam bidang politik ini adalah atas dasar inginkan kebaikan untuk rakyat dan negara.
All the best, guys!
∞
Belum pun sempat habis menonton drama Korea tayangan bulan Februari, kini muncul pula drama baharu yang akan ditayangkan pada bulan Mac ini. Buat peminat k-drama, sudah tentu mereka seakan buntu untuk memilih drama mana yang harus ditonton terlebih dahulu kerana ada banyak lagi senarai drama yang masih belum sempat ditonton.
Betul tak? Hiks!
Jom kita lihat apa pula drama yang bakal ditayangkan sepanjang bulan ini.
1. Mouse

Drama Korea ini mengisahkan tentang Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) yang merupakan seorang pegawai yang jujur dan adil. Kehidupan Jung Ba Reum berubah setelah berhadapan dengan seorang psikopat yang membuatkan seluruh negara berada dalam ketakutan.
2. Joseon Exorcist

Ketika Putera Lee Bang-Won dari Joseon melakukan rondaan di wilayah utara, dia menghadapi semangat jahat yang ingin menguasai manusia. Putera Lee Bang-Won dapat menyembunyikan semangat jahat itu.
Kini, Lee Bang-Won telah naik takhta dan diberi gelaran Raja Taejong (Kam Woo-Sung ). Baginda seorang yang dingin, tetapi raja yang berkepemimpinan tinggi. Raja Taejong berbangga dengan dirinya, kerana baginda menolong ayahandanya menubuhkan dinasti Joseon. Baginda juga merasa bersalah kerana membunuh begitu banyak orang semasa penubuhan Joseon. Semangat jahat yang dimeterai oleh Raja Taejong pada masa lalu bangkit semula di tanah Joseon. Untuk menghalang semangat jahat itu, Raja Taejong harus sekali lagi melawan semangat jahat.
3. Oh My Ladylord

Han Bi-Soo (Lee Min Ki) adalah penulis skrip drama bersiri thriller terbaik di Korea Selatan. Oh Joo-In (Nana) adalah pelakon popular. Dia sering muncul dalam drama romantik komedi, tetapi tidak bernasib baik dalam hubungan percintaannya sendiri. Han Bi Soo dan Oh Joo In tinggal bersama.
4. Navillera

Drama ini mengisahkan seorang pesara posmen, Shim Deok Chul yang berusia 70 tahun meneruskan impiannya untuk belajar menari ballet pada usia emas walaupun ditentang keluarganya, impiannya tidak tercapai sebelum ini kerana mencari nafkah menanggung keluarganya.
Di akademi tarian, Shim Deok Chul bertemu Lee Chae Rok, pemuda berusia 23 tahun yang tertarik dengan ballet setelah sebelum ini aktif dalam pelbagai bidang sukan. Lee Chae Rok mengalami masalah kewangan dan memikirkan untuk berhenti menari ballet, tetapi Shim Deok Chul memberi galakan kepadanya, jangan lepaskan impian kerana hidup cuma sekali.
5. Love Alarm 2

Teringin mengetahui perasaan sebenarnya, Jojo nyahpasang pelindung menjadikan aplikasi itu berdering untuk cinta sejati sebenarnya.
Ha, mesti ada drama yang dah menarik perhatian korang kan?
Sumber: Kakimuvee
∞
Penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri menzahirkan kesyukuran dan teruja apabila sekali lagi wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelantun lagu popular Masing-Masing itu memuat naik foto dan video yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar terkenal tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Figura Ernie Zakri Pula Di Times Square, New York. Peminat Tumpang Bangga

“Surprise! I’m the EQUAL ambassador of this month! Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekali gus mengucapkan tahniah Ernie.
“Kamu hebat (selalu)” komen vokalis kumpulan Govinda.
“Tahniah!” komen penyanyi Dayang Nurfaizah.
“Hebat Hebat!” tulis juga pereka fesyen Hatta Dolmat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ernie Zakri Miliki Suara Yang Luar Biasa, Kami Yakin Namanya Boleh Melonjak Di Indonesia” -Govinda

Penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi

Sebelum ini, beberapa penyanyi lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Dolla, Iman Troye pernah dipilih menghiasi papan digital gergasi yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ernie Zakri
∞
Penyanyi dan ahli kumpulan terkenal K-Pop, Jeongyeon TWICE baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila mengambil keputusan meninggalkan agensi, JYP Entertainment yang menaunginya selama 11 tahun, untuk memulakan fasa baru dalam kerjayanya.
Menerusi sebuah mesej yang dikongsikan di media sosial, Jeongyeon atau nama sebenarnya Yoo Jeong-yeon (30) berkata, keputusan untuk meninggalkan persekitaran yang sudah lama diteliti bukan sesuatu yang mudah, namun beliau mendapat kekuatan daripada ahli TWICE dan peminat, ONCE.
Difahamkan, selepas meninggalkan JYP Entertainment, Jeongyeon kini secara rasmi menyertai Varo Entertainment menerusi kontrak eksklusif bersama agensi berkenaan yang turut menaungi kakaknya yang juga seorang pelakon iaitu Gong Seung-yeon.

Perkembangan tersebut sekaligus membuka peluang buat Jeongyeon untuk meneroka bidang lakonan dengan lebih serius, selain terus aktif sebagai anggota TWICE yang merupakan antara kumpulan wanita paling berpengaruh dalam industri K-Pop.
Sementara itu, Varo Entertainment dalam kenyataannya menyambut baik kehadiran Jeongyeon dan menyifatkan penyanyi itu sebagai individu yang mempunyai pelbagai daya tarikan serta potensi besar untuk dikembangkan dalam industri hiburan.
BACA: Jeongyeon TWICE Mengaku Pernah Bekerja ‘Part-Time’ Di Kafe Semasa Hiatus


Berkongsi mengenai langkah baharunya itu, Jeongyeon memberi jaminan bahawa perubahan agensi tidak akan menjejaskan komitmennya terhadap TWICE yang sudah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.
“Walaupun saya berpindah ke rumah baru dan memulakan cabaran baru, saya akan terus melindungi TWICE, yang merupakan sebahagian paling penting dalam diri saya,” katanya.
Jeongyeon turut menegaskan bahawa TWICE akan kekal sebagai keutamaan utamanya dan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab bersama kumpulan tersebut, sambil pada masa sama memulakan perjalanan baharu untuk mengembangkan kerjaya lakonan di bawah Varo Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞