Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi antarabangsa Justin Timberlake dan Missy Eliot yang masing-masing mempunyai pengikut dan pengaruh kuat dalam industri hiburan dunia.
Baru-baru ini, Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada mereka berdua atas pencapaian dan pengaruh dalam muzik, serta impak global yang diberikan.
Menurut Justin di laman instagramnya, tidak ada mimpi yang tidak boleh dicapai dan dia menasihatkan peminatnya agar sentiasa mengejar impian kerana kini, dia sudah pun bergelar seorang DOCTOR.
A post shared by Missy Elliott (@missymisdemeanorelliott) on
Sebelum ini juga, Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada Aretha Franklin, A.R Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.
Ads
Tahniah kami ucapkan kepada dua lagenda muzik antarabangsa ini dan diharap agar ramai lagi anak muda terus berusaha serta bersemangat dalam mengejar impian mereka.
Tidak ada yang mustahil selagi kita tidak berhenti mengalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.
Penulis yakin remaja diluar sana pun sedar tabiat merokok ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun mereka sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin yang terkandung dalam rokok ini.
Tetapi, fakta terbaru ini akan buat korang fikir dua kali kalau nak merokok. Dalam kajian terbaharu yang dijalankan saintis Unoversiti Bristol, UK mendapati bahawa golongan perokok berisiko tinggi menderita masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depresi) dan skizofrenia.
Daripada melihat sama ada perokok mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit kemurungan atau skizofrenia, pengkaji menggunakan data genetik untuk mengenal pasti hubungan antara sebab dan akibat daripada tabiat merokok.
Menggunakan data daripada 462,690 individu Eropah dengan menggunakan kaedah rawak Mendelian (Mendalian randomization) yang melibatkan pengenalpastian variasi genetik yang berkaitan dengan sifat (kemurungan atau skizofrenia) dan kemudian menguji dalam pelbagai variasi pendedahan.
Kemudian pengkaji meletakkan kesimpulan tabiat merokok bukan sahaja meningkatkan risiko seperti kemurungan dan skizofrenia tetapi juga berisiko tinggi menghadapi gangguan bipolar. Namun begitu, pengkaji dapati mereka yang mengalami kemurungan adalah lebih cenderung untuk merokok berbanding skizofrenia.
Thailand Larang Merokok Dalam Rumah
Bukan di Malaysia sahaja isu rokok ini dipanjang serius, berikutan dengan tabiat yang banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, kerajaan Thailand telah menguatkuasakan larangan merokok dalam rumah sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kematian yang disebabkan oleh rokok.
Indonesia Haram Iklan Rokok
Bukan itu sahaja, Indonesia turut mengikut jejak langkah Thailand dengan mengharamkan semua iklan rokok dalam talian berikutan umur perokok di Indonesia adalah besar dalam kalangan remaja.
Tetapi apa pun semua bergantung pada diri si perokok tu sendiri. Apa pendapat korang?
Gara-gara keletihan akibat berpuasa selama 12 jam yang dijalani di Norway, pasangan suami isteri Hairi Muhamad dan isteri, Norliha Khamis berhadapan dengan tuduhan mendera anak-anak mereka.
Sejak Mei lepas, Hairi, 42, yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan Norliha, 42, hilang hak penjagaan lima anak mereka berusia empat dan 16 tahun selepas disiasat pihak berkuasa susulan aduan seorang anak mereka yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Sebuah akhbar tempatan yang menemu bual adik Hairi, Hasrol, melaporkan pada awal Ramadan lepas, seorang daripada anak pasangan itu yang mungkin letih kerana berpuasa, ditegur gurunya dan memaklumkan dia tertekan kerana berpuasa waktu lama (melebihi 12 jam).
Hasrol berkata, guru itu mungkin berpendapat kanak-kanak terbabit didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.
Laporan Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Kementerian Luar mengesahkan pasangan rakyat Malaysia, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis, sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway, sedang memantau perkembangan kes itu. “Kedutaan Malaysia juga telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras peruntukan Konvensyen Vienna 1963.”
Katanya, pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan agensi tempatan berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan keluarga itu dipelihara, termasuk memastikan anak mereka ditempatkan bersama keluarga Islam.
Wisma Putra berkata, ia turut mengarahkan pegawai Kedutaan Besar Malaysia hadir dan mengikuti prosiding perbicaraan kes itu pada 4 hingga 6 Nov ini.
Anak dijaga bukan keluarga Islam
Dalam pada itu, Harian Metro turut melaporkan, anak-anak pasangan ini kini dijaga oleh pasangan bukan Islam susulan dari kejadian ibu bapa mereka ditahan.
Dalam pada itu, adik kepada Hairi, Hasrol Muhammad, 33 bersyukur kerana pihak kerajaan membantu Along dan Kak Longnya dalam perbicaraan tersebut.Kami sekeluarga berharap Along dan Kak Long berjaya mendapat semula hak penjagaan anak-anak mereka,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Adik kepada Hairi Muhamad, 42, itu berkata, sekiranya abang dan kakak iparnya, Norliha Khamis, 42, tidak berjaya dalam kes itu, mereka sekeluarga berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu supaya semua anak pasangan itu dibawa pulang ke Malaysia.
“Kami sekeluarga akan jaga anak mereka. Kami hormat undang-undang negara lain tetapi, biarlah anak-anak Along dibawa pulang ke Malaysia dan tidak diletak di bawah jagaan keluarga bukan Islam di sana.
“Bukan saja Along dan Kak Long, kami semua di sini risau kerana di sana tidak ramai orang Islam, kami bimbang soal pemakanan anak-anak itu, apatah lagi soal ibadat mereka. “Along beritahu anak-anaknya sebelum ini boleh berbahasa Melayu dengan baik, namun kini lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Norway berbanding bahasa Melayu,” katanya yang ditemui di Pasir Gudang.
Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan manakala Norliha seorang suri rumah menetap di Stord, Norway, sejak lebih 10 tahun lalu.
Hasrol memuat naik kisah abangnya itu di Facebook (FB) Ahad lalu, bertujuan mendapatkan bantuan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah dihadapi pasangan berkenaan.
Menurutnya, sejak kisah itu tular, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Luar Negeri memandang serius perkara berkenaan.
“Along beritahu, Kedutaan Malaysia juga sudah menghubunginya untuk memberi bantuan guaman bagi menggantikan peguam sedia ada dan mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan anak-anak dari jagaan keluarga bukan Islam,” katanya.
Ditanya lanjut mengenai kejadian itu, Hasrol berkata, pada awal Ramadan lalu, seorang daripada anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya. “Seorang anak Along kelihatan muram di sekolah menarik perhatian gurunya. Apabila ditanya guru punca dia berkelakuan sedemikian, dia tidak jawab, jadi gurunya minta dia meluahkan perasaannya dalam kertas.
“Luahan hatinya itu yang menggambarkan dia berasa tertekan dengan kehidupan di rumah apabila dipaksa bersolat dan mengaji al-Quran, selain dihadkan daripada menggunakan media sosial. “Selepas itulah siasatan bermula dan seterusnya semua anak Along diambil dari jagaan mereka,” katanya.
Hasrol berkata, ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat tidak putus berdoa dan solat hajat mendoakan kemenangan berpihak kepada Hairi dan Norliha.
“Mereka serah pada saya dan seorang kakak untuk membantu mencari penyelesaian terbaik dalam membantu Along dan Kak Long,” katanya.
Sumber : FMT & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah syarikat penerbangan, sektor pelancongan, peniaga-peniaga kecil dan juga pusat membeli-belah tidak terkecuali.
Menerusi sebuah posting yang dibuat oleh akaun Facebook Sungei Wang Plaza dengan catatannya yang berbunyi, “Ini adalah masa yang sangat sukar kepada kita semua. Jangan bimbang kerana kita semua akan bangkit semula setelah ia berakhir. Pegang erat kerana kita akan melaluinya bersama-sama dan jangan menyerah, kita akan berjuang bersama”.
Posting itu juga turut ditag kepada beberapa pusat membeli-belah di Lembah Klang termasuklah Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre dan Suria KLCC.
Apa yang menariknya, posting itu turut mendapat perhatian kerana admin bagi akaun Facebook pusat beli-belah tersebut masing-masing saling memberikan kata-kata motivasi antara satu sama lain.
Aww sweet kan? Terharu pula bila membacanya. Diharap agar semuanya terus kuat dan sama-sama bersemangat untuk meneruskan perniagaan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Semoga wabak pandemik ini berhenti daripada terus menular. Stay strong everyone!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.