Sumber Foto Hiasan : PERGAS

 

April lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pertimbangan Perdana Menteri Singaapura, Lee Hsien Long dalam berdepan isu membenarkan jururawat beragama Islam untuk memakai tudung semasa dalam waktu perkhidmatan di hospital, klinik dan pusat kesihatan lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Isu Jururawat Tidak Dibenarkan Bertudung Di Singapura. Lee Hsien Loong Bakal Umumkan Keputusan Mengenai Perkara Ini Ogos Depan – REMAJA

Jika di Malaysia, senario pegawai kesihatan tanpa mengira pangkat dan jawatan memakai tudung tidak pernah dijadikan isu dalam kalangan masyarakat kita selama ini. Namun di negara republik itu, ia telah dijadikan isu sejak sekian lamanya.

IKLAN

Ini kerana di sana, mana-mana ahli badan beruniform di Singapura dilarang daripada mengenakan apa-apa jenis pakaian atau fesyen yang memihak kepada mana-mana agama. Ia juga telah termaktub dalam pelembagaan mereka.

Justeru, keputusan membenarkan jururawat di Singapura untuk memakai tudung sejak Isnin semalam (1 November) adalah satu keputusan yang memecah tembok sejarah di negara jiran kita itu.

Akhirnya, kesaksamaan yang dicari oleh pekerja beragama Islam di sana menjadi realiti.

IKLAN

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Sumber Manusia National Healthcare Group iaitu Olivia Tay dalam temuramahnya bersama News Straits Times, masih ada garis panduan yang perlu mereka patuhi.

Contohnya, jururawat bertudung hanya dibenarkan memakai warna tudung bersesuaian iaitu hitam, biru laut atau putih. Tudung tersebut juga haruslah tidak menjejaskan penggunaan pelitup muka jenis N95 yang wajib dipakai sewaktu bertugas.

IKLAN
Jururawat Muslim Di Singapura Kini Boleh Bertudung, Tapi Ada Syaratnya
Contoh warna tudung yang dibenarkan. Sumber Foto Hiasan : PERGAS

Dalam pada itu, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) di Singapura turut menambah garis panduan lain iaitu jururawat tidak dibenarkan memakai sebarang hiasan pada tudung. Mereka juga seharusnya mencari cara untuk mengelakkan peluh dan mudah bernafas jika perlu bekerja di kawasan yang tidak mempunyai pendingin hawa.

Menariknya, hospital tersebut melarang pemakaian tudung dalam kalangan staf mereka di kawasan berisiko tinggi yang memerlukan tahap kebersihan ketat seperti di dalam bilik pembedahan. 

Ada juga pihak yang kini sedang mempertimbangkan pemakaian tudung pakai buang bagi mengelakkan jangkitan pada badan. Namun, ia masih dalam proses pertimbangan dan akan dimaklumkan kemudian.

Susah juga ya apabila bekerja di Singapura. Walaupun jaraknya dekat dengan negara kita, namun tatacara bekerja yang ditetapkan dalam soal pemakaian seperti ini cukup berbeza dengan di Malaysia; gara-gara sensitiviti masyarakat.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI