Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS sekali lagi membuktikan dirinya sebagai idola paling berdedikasi apabila mencatat rekod ‘live streaming’ selama tujuh hari berturut-turut menerusi platform Weverse. Pada waktu tertentu, jutaan peminat di seluruh dunia setia menantikan kehadirannya dan kali ini beliau tampil dengan set peralatan baharu yang lebih ‘next level’!
Set Kamera Kawalan Isyarat & ‘Lighting’ Profesional
Menerusi siaran terbaru pada 4 November, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (28) memperkenalkan kamera kawalan isyarat yang boleh dikawal hanya dengan gerakan tangan. Beliau turut menambah sistem pencahayaan baharu yang dibelinya sendiri. Hasil daripada set baharu itu, paparan siaran kelihatan jauh lebih cerah, profesional dan seolah-olah dirakam di studio sebenar.
“Inilah saya, yang selalu menemukan cara baru untuk bersenang-senang bersama kalian. Saya nak pastikan anda semua nampak lebih jelas kali ini,” kata Jungkook BTS sambil tersenyum ketika memperkenalkan ‘set-up’ baharu tersebut kepada penonton.
Jungkook BTS yang bersiaran selama 7 hari berturut-turut di aplikasi Weverse
JUNGKOOK WAS SO SERIOUS ABOUT THIS DAILY LIVE. WE HAVE MOVING CAMERA AND DIFFERENT ANGLE NOW LMAO pic.twitter.com/BAVtrB70lX
Reaksi peminat di ruangan komen amat positif. Ramai yang memuji kesungguhan Jungkook BTS dan ada yang berseloroh, “Jungkook dah upgrade jadi YouTuber ke apa?” Dalam siaran secara langsung itu, ahli termuda BTS ini bukan sekadar bersembang kosong tetapi juga bermain beberapa permainan dalam talian bersama peminat (ARMY), menjadikan suasana lebih meriah dan penuh gelak tawa.
Ads
Jungkook sempat membaca komen satu per satu dan menjawab secara spontan, menjadikan interaksi tersebut lebih peribadi serta dekat dengan penonton. Pelantun lagu ‘SEVEN’ dan ‘Still With You’ itu turut bermain permainan ‘Kancho-kkang’ dengan membuka pek snek untuk mencari nama “Ian” pada biskut kudapan tersebut.
Selepas beberapa hari mencuba sejak 28 Oktober lalu, akhirnya beliau berjaya menemui pek bertuah itu dalam siaran berkenaan, dan reaksinya yang teruja membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan emoji berbentuk hati.
Jungkook mencari nama di dalam pek snek Kancho-kkang
Dedikasi & Profesionalisme Jungkook BTS
Tujuh hari berturut-turut melakukan ‘live streaming’ bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi artis K-Pop berstatus bintang global. Namun, Jungkook BTS membuktikan bahawa beliau benar-benar menghargai peminatnya. Beliau sanggup meluangkan masa setiap hari untuk berinteraksi, menyanyi secara spontan, serta berkongsi kisah harian.
Selain itu, sikap perfeksionis beliau jelas terserlah apabila beliau sendiri mengatur pencahayaan, kedudukan kamera dan keseluruhan set-up agar pengalaman tontonan peminat berada di tahap terbaik. Ramai menganggap Jungkook kini bukan sahaja seorang penyanyi berbakat, tetapi juga pencipta kandungan yang teliti dan profesional.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS kini dikhabarkan sedang dalam persiapan melancarkan album penuh baharu. Mereka dijangka kembali dengan aktiviti kumpulan sepenuhnya pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing.
Dedikasi Jungkook BTS dalam dunia hiburan bukan sahaja memperkukuh reputasinya sebagai penyanyi, malah menjadikannya inspirasi kepada ramai artis muda yang ingin membina hubungan tulen bersama peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia Internet seakan berhenti sekejap apabila netizen mendapat tahu Selena Gomez dan ibunya, Mandy Teefey saling unfollow sesama sendiri di Instagram.
Lalu ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka sedang dalam pertelingkahan disebabkan oleh seorang individu.
Justin Bieber.
Keputusan untuk unfollow itu terjadi sehari selepas Mandy dimasukkan ke hospital kerana dia melalui tekanan perasaan yang serius. Mungkin tertekan disebabkan oleh Justin?
Hal ini sebenarnya telah lama berlarutan sejak Selena Gomez dan Justin Bieber kembali menjalin hubungan kira-kira dua bulan lalu.
Keluarga Justin menerima berita tersebut dengan baik dan gembira anak bujang mereka itu sudah rapat kembali dengan Selena. Mengapa tidak, Selena banyak memberikan impak positif kepada Justin sepanjang mereka bersama pada tahun 2011 dan 2012.
Aww, comel je!
Namun, keluarga Selena secara terus-terang menyatakan mereka tidak sukakan hubungan tersebut lalu tidak merestui keputusan Selena untuk membaiki luka lama.
Peminat dunia pop culture serba tahu mengenai prestasi kesihatan merosot yang menggangu Selena beberapa tahun kebelakangan ini, mainly disebabkan oleh kes bersama Justin. Mungkin keluarga Selena terutamanya ibunya hanya tak mahu anaknya itu melalui fasa buruk dalam hidupnya lagi JIKA hubungan mereka tamat.
Hhm, biasalah perasaan seorang ibu yang ingin melindungi anak perempuannya. Tetapi kalau sehingga tidak merestui hubungan mereka berdua walaupun, technically, Selena sudah berusia 25 tahun dan seharusnya tahu membuat keputusan sendiri. Macam mana pula tu?
Jadi, Wajar Teruskan Hubungan Atau Tidak?
Di kalangan selebriti Hollywood, memanglah pertelingkahan di antara selebriti dan ibu bapa bukan cerita baru lagi. Tak heran pun kalau ibu dan anak tak bertegur bertahun-tahun
Tapi kita dekat Malaysia dan kita mempunyai tatasusila warga Asia.
Agama sendiri menyuruh umatnya untuk menghormati ibu bapa dan mendapatkan restu mereka dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Pada pendapat penulis:
01
Lebih baik sekiranya perkara ini dibawa berbincang terlebih dahulu antara pasangan dan ibu bapa. Jika boleh diselesaikan dengan duduk bercakap, kan senang. Apa yang penting, semua pihak perlu menghormati poin masing-masing.
Korang kena dengar apa yang mereka nak cakap sebagai orang tua korang, mereka pun perlu dengar sebab apa korang memilih pasangan. Jangan cuba tinggikan suara – derhaka nanti.
02
Kalau perbincangan ‘tak jalan’, barulah cuba bawa ibu bapa kepada pasangan untuk bertemu dengan ibu bapa korang. Mereka lebih mengetahui diri anak mereka sendiri, kan.
Sekurang-kurangnya, korang berdua sudah menampakkan hubungan ke jalan yang lebih serius.
03
Ibu bapa masih berkeras hati? Hhm, pergi slow-talk dengan ibu bapa dan minta mereka berikan masa sedikit untuk terima hubungan itu. Pada masa yang sama, minta mereka doakan agar korang dikurniakan jodoh yang baik dalam masa terdekat. Doa ibu tu berkat tau.
04
Korang sendiri kenalah usaha! Solat istikharah agar diberikan petunjuk sama ada pasangan adalah orang yang paling tepat untuk dijadikan teman. InsyaAllah, Tuhan akan tunjukkan jalan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu ‘Negaraku’ ternyata mampu menyemarakkan rasa cinta pada negara di samping mengingatkan rakyat Malaysia bahawa perpaduan merupakan asas keharmonian.
.
Tetapi viral di laman sosial baru-baru ini apabila satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin tular di laman Facebook.
Menurut individu yang memuat video tersebut iaitu saudara Khairul Azri, video ini telah dirakam pada 26 September 2018 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ma Hwa Kampung Baru Rasah, Seremban. Alasannya untuk menjadikan para pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan Malaysia.
Video berdurasi seminit 23 saat itu kelihatan murid di dalam kelas berdiri tegak sambil berkumandang lagu kebangsaan tersebut di sekolah.
.
Untuk makluman berdasarkan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, karya ciptaan Saiful Bahri itu tidak boleh diubah malah disifatkan seolah-olah tidak menghormati lagu Negaraku.
Undang Rasa Marah Netizen
Video tersebut undang perhatian warganet yang meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah berkenaan selain menyalahkan pentadbiran kerajaan baru.
Lagu kebangsaan Singapura pun dalam bahasa Melayu!
Mencabar Kedaulatan Negara!
Tak patut!
Video tersebut meraih perhatian warganet yang meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah berkenaan selain menyalahkan pentadbiran kerajaan baru.
Penulis tak tahu la korang, tapi penulis kalau dengar lagu Negaraku berkumandang mesti rasa bangga dan penuh patriotik.
Penampilan luar biasa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata mencuri tumpuan apabila beliau hadir lengkap dengan kostum adiwira Superman sempena sambutan ulang tahun anak-anak selebriti popular, Bella Astillah baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung meriah itu meraikan ulang tahun kelahiran Ayden Adrean, 8, dan adiknya Ara Adreanna, 5, dengan tema watak-watak adiwira dan animasi.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Bella turut bergurau mengenai penampilan Syed Saddiq yang mencuit hati para tetamu.
“Tengah tu (Syed Saddiq) macam patung atau AI (kecerdasan buatan),” katanya berseloroh.
Ayden tampil dengan kostum Iron Man manakala Ara kelihatan comel mengenakan kostum Moana, menyerlahkan lagi tema majlis yang penuh warna-warni.
Namun, kemunculan Syed Saddiq dalam kostum Superman bukan sahaja menarik perhatian tetamu, malah mencuri hati netizen apabila beliau dilihat mesra melayani dan bergambar bersama Ara.
Antara momen manis yang sempat dirakam ialah saat Ara memeluk erat figura politik muda itu, menggambarkan hubungan mesra dan suasana penuh kasih sayang di majlis tersebut.
Tidak kekok bergaul, Syed Saddiq turut dilihat beramah mesra dan bergambar bersama ahli keluarga Bella, sekaligus menceriakan lagi suasana sambutan hari lahir itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Teambassofficial
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khutbah Jumaat Jakim mengingatkan bahawa musuh akhlak remaja zaman digital bukan lagi pedang, tetapi skrin di tangan. Pesanan penuh hikmah tentang cabaran media sosial dan cara mendidik dengan kasih sayang.