Penyanyi terkenal, Jungkook BTS sekali lagi mencuri perhatian penggemar di media sosial apabila diangkat sebagai penerima pertama program pengiktirafan penderma baru, Hope Bridge Honors Legacy. Pengiktirafan ini diumumkan selepas beliau menyumbang 1 bilion Korea Won bagi membantu mangsa kebakaran hutan besar yang melanda beberapa kawasan di Korea Selatan awal tahun 2025.
Difahamkan, program Honors Legacy dilancarkan sebagai platform mengenali individu yang menyumbang lebih 1 bilion Korea Won ketika kecemasan negara. Pada masa yang sama, Hope Bridge menjelaskan bahawa inisiatif tersebut diwujudkan untuk mengukuhkan usaha kesiapsiagaan bencana jangka panjang Korea selain menjadi simbol solidariti sosial.
Jungkook atau nama sebenar beliau Jeon Jungkook (28) dipilih sebagai penerima sulung berikutan rekod yang konsisten dalam kerja-kerja kebajikan sejak debut pada 2013. Ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan pada Mac 2025, beliau tampil menghulurkan sumbangan besar itu bagi membantu penduduk Ulsan, Gyeongbuk dan Gyeongnam yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan. Ia turut direkodkan sebagai antara sumbangan selebriti terbesar dalam situasi bencana di Korea.
Ads
Memetik laporan terdahulu, daripada sumbangan 1 bilion Korea Won tersebut, sebanyak 500 juta Korea Won telah disalurkan kepada bantuan kecemasan termasuk sokongan kepada mangsa yang kehilangan kediaman. Baki 500 juta Korea Won pula digunakan untuk penyediaan peralatan respons kebakaran hutan, makanan kepada pasukan bomba serta kit kecemasan yang mengandungi 14 item penting untuk petugas di lokasi bencana.
Menerusi sebuah kenyataan, pelantun lagu ‘SE7EN’ dan ‘3D’ itu menegaskan tujuan sebenar beliau adalah memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin kepada pihak yang memerlukan.
“Menderma bukan tentang sesuatu (jumlah) yang besar, ia tentang langkah kecil untuk jadikan dunia sedikit lebih selamat. Saya berharap program Hope Bridge Honors Legacy ini menjadi peluang untuk menyebarkan mesej tentang perkongsian di seluruh dunia,” katanya.
Ads
Sementara itu, pengumuman berkenaan segera mendapat perhatian komuniti global dan para peminat terutama BTS ARMY yang memuji keikhlasan serta konsistensi Jungkook dalam aktiviti kebajikan. Salah seorang peminat turut menyifatkan idola K-Pop tersebut sebagai ‘legenda’ kerana sentiasa memberi inspirasi dengan hati yang bersih dan niat yang baik.
Di samping itu, Hope Bridge dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa pelancaran program Honors Legacy datang pada waktu Korea berdepan krisis bencana yang semakin kompleks akibat perubahan iklim. Program itu juga menghimpunkan penderma utama termasuk tokoh korporat, selebriti dan atlet bagi menyokong polisi pengurusan bencana serta memperkukuh ketahanan masyarakat.
Apa yang lebih membanggakan, jumlah sumbangan Jungkook turut menyamai sumbangan syarikat gergasi seperti Naver, Kakao, Lotte dan beberapa kumpulan kewangan utama, menjadikan beliau satu-satunya individu yang berdiri setaraf dengan penyumbang korporat dalam kategori tersebut. Kedudukan ini mengukuhkan lagi imej Jungkook sebagai figura berpengaruh bukan sahaja dalam industri hiburan, tetapi juga dalam usaha kemanusiaan global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua menjak ini, ramai penyanyi bukan sahaja di negara kita, malah di luar negara yang mengambil kesempatan untuk melakukan konsert. Ini termasuklah penyanyi dengan genre yang menjadi kegilaan ramai iaitu K-Pop.
Jika ia melibatkan artis tempatan atau artis antarabangsa, mungkin jarang kita dengar untuk mereka mahu ‘skip’ melakukan persembahan di Malaysia. Lain pula dengan penyanyi idola Korea yang lebih kerap tidak menjejakkan kaki ke negara kita tapi kedengaran mudah ke negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
Disebabkan hal itu, baru-baru ini, penyanyi B.I yang baru saja memeriahkan pentas Mega Star Arena, Sungei Wang untuk konsert solonya, 2024 TOUR ‘HYPE UP’ Di Kuala Lumpur telah menjelaskan sebab dia tidak dapat hadir ke Malaysia untuk konsertnya semasa sesi temubual bersama peminat.
Kredit: The Seoul Story
“Saya tidak lupakan korang. Saya dah cuba sebaik mungkin untuk datang tapi tak boleh. Tapi saya dah datang kan tahun ini?”
Menurut salah satu akaun di aplikasi X @msiakpopfans berkata, daripada penjelasan yang dinyatakan B.I atau juga dikenali sebagai Hanbin. Para peminat K-Pop di Malaysia menyimpulkan mungkin penyanyi K-Pop yang lain turut menghadapi masalah dan situasi yang sama apabila menguruskan konsert di Malaysia.
“Kadang-kadang, bila artis tak dapat datang ke negara kita, bukan sebab tak nak datang… Kadang-kadang, mereka dah cuba sedaya upaya untuk datang tapi ada keadaan yang tak mampu”
“Memang benar ada artis atau syarikat yang akan melangkau Malaysia memikirkan bahawa pasaran tidak bagus di sini dan sebab-sebab lain, tetapi satu perkara yang pasti, ia bukan Kim Hanbin”
Kredit: The Seoul Story
Walau bagaimanapun, mungkin pihak yang sepatutnya menguruskan sudah sedaya upaya merencana tapi ada beberapa hal lain yang menghalang mereka dari mengadakan konsert rasmi di sini.
Senang cerita, anggap sajalah tiada rezeki kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem animasi tempatan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila Ejen Ali The Movie telah terpilih di dalam barisan pencalonan akhir 16 filem yang bakal bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards.
Dijadualkan akan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Perscara, Itali, filem ini berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata dunia.
Festival Cartoons on The Bay yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk mendedahkan himpunan karya animasi Itali, mula mendapat perhatian dan menjadi antara acara terpenting di dalam kalendar industri kanak-kanak antarabangsa.
Panel juri antarabangsa yang terpilih untuk menilai kategori filem pada tahun ini adalah Stefania Ulivi (Wartawan, Corriere della Sera), Arianna Finos (Wartawan, La Repubblica) dan Flavio Natalia (Pengarah dan Wartawan, CIAK).
Ejen Ali The Movie juga turut mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara apabila diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsing di tiga bandar besar Vietnam iaitu Hanoi, Da Nang dan Ho Chi Minh.
10 negara ASEAN telah diundang untuk mencalonkan filem terbaik mereka melalui pemilihan persatuan filem negara masing-masing selaras dengan tema “ASEAN Cohesion and Proactive Adaptation”. Selaku wakil rasmi negara Malaysia, Ejen Ali The Movie akan dipertontonkan dalam siri tayangan awam secara percuma.
Kejayaan siri animasi TV Ejen Ali yang mula bersiaran pada tahun 2016, telah berjaya meraih keuntungan lebih dari RM30.8 juta di carta pecah panggung Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, sekaligus menjadi filem pilihan #1 Malaysia pada tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat seluruh team produksi Ejen Ali The Movie. Semoga banyak lagi filem-filem tempatan yang akan membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi warganet yang tidak pernah lekang mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, keadaan pelakon naskhah popular Dendam Seorang Isteri itu kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di hospital tersebut.
Menurut laporan Kosmo!, perkhabaran baik itu dikongsikan pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin yang lebih disapa Budak Ijat.
Katanya, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masin belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengarah drama Nur itu turut menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon drama Cina Buta itu selain dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, rakannya yang juga pelakon, Ungku Ismail memaklumkan keadaan Nad Zainal yang masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.