
Untungnya ada ibu bapa seperti pasangan pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ni.
Terbaru, sebagai tanda sokongan dan memenuhi impian anak perempuan mereka, pasangan ini menghadiahkan peti sejuk chiller selepas puteri mereka menunjukkan minat dalam bidang kulinari.
Keputusan itu dibuat selepas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, memuat naik video Hayla Maghfiratul Adzkiyaa membuat kek batik dan ramai pengikutnya meminta kanak-kanak itu menjual hasil air tangannya.
“Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakeri.
“Sebagai ayah, akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak.
“Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Jelas terpancar kegembiraan si anak apabila melihat kejutan daripada si ayah. Hayla turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana merealisasikan impian kecilnya.
“Terima kasih Mama dan Ayah kerana membuat impian saya berjaya. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan telah membeli kek batik saya. Saya sangat menghargainya,” kata kanak-kanak berusia 10 tahun itu.
Hayla nampaknya sedang giat berniaga kek batik, yelah manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Semoga terus maju okay Hayla!
View this post on Instagram
BACA LAGI : Lukisan Anak Kelahiran Malaysia Dipilih Sebagai Maskot Rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.