Journify, platform melancong dan gaya hidup dari Malaysia Aviation Group (MAG) baru-baru ini mengumumkan pelancaran kempen Journify Holidays istimewa untuk korang yang gemar mengelilingi dunia.
Acara yang akan berlangsung dari 3 Julai – 5 Julai minggu ini di Lot 10, Kuala Lumpur akan memuatkan banyak aktiviti menarik, promosi eksklusif penerbangan dan pakej hotel di Journify Holidays.
Tidak cukup sekadar itu, pengunjung pun berpeluang memenangi percutian impian ke Maldives, Bangkok atau Langkawi tau!
Now that we got your attention, kami ingin kongsikan mengapa Journify yang terkenal dengan simbol bagasi jingganya ini adalah satu acara yang tidak boleh korang terlepas untuk kunjungi.
Ads
Khabarnya, ia akan menawarkan pakej tambahan baharu untuk pas perjalanan, pas masuk ke tempat tarikan menarik, pakej pelancongan dan perkhidmatan lapangan terbang.
Bukan setakat itu, korang juga boleh menempah kesemua pakej percutian tersebut sambil mengumpul Enrich Points.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kesetiaan dan Perkhidmatan Perjalanan MAG iaitu Philip See, beliau berharap agar orang ramai dapat merealisasikan impian mereka untuk menemui pengalaman pelancongan bersesuaian dengan pengurusan bajet perjalanan yang lebih cekap menerusi kempen Journify Holidays pada minggu ini.
Ads
“Apa yang penting semasa melancong adalah mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, kami memperkenal Journify Holidays, platform yang mudah digunakan pengguna kerana ia dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly…”
“Di Journify Holidays, kami ingin meraikan kegembiraan semasa melancong memandangkan kerana kami tahu masih ramai belum sedar adanya banyak tawaran menarik yang boleh mereka dapatkan melalui Journify,” katanya.
Oleh itu, sekiranya korang baru ingin berjinak-jinak menjadi solo-traveller atau ingin rancang percutian seterusnya, jangan lepaskan peluang memeriahkan acara Journify Holidays dari 3-5 Julai 2024 di Lot 10, Bukit Bintang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa semua rangkaian pembayaran menggunakan kod QR persendirian (proprietary QR) akan dimansuhkan secara berperingkat menjelang 30 Jun 2028.
Difahamkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Pemindahan Dana Saling Kendali (Interoperable Fund Transfer Framework, IFTF) yang bertujuan mewujudkan sistem pembayaran digital lebih tersusun, cekap dan saling berhubung di seluruh negara.
Menurut BNM dalam satu kenyataan, dasar tersebut akan memastikan semua pembayaran QR domestik menggunakan infrastruktur pembayaran bersama yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Sepanjang tempoh peralihan selama dua tahun, institusi kewangan yang terlibat juga tidak lagi dibenarkan mendaftarkan peniaga baharu ke dalam rangkaian QR persendirian masing-masing sebelum ia dihentikan sepenuhnya pada 2028.
Satu Kod QR, Semua Aplikasi Boleh Guna
Melalui pelaksanaan dasar baharu ini, pengguna tidak lagi perlu berdepan situasi di mana sesuatu kod QR hanya boleh digunakan menerusi aplikasi bank atau e-dompet tertentu. Sebaliknya, mana-mana aplikasi pembayaran yang mengambil bahagian dalam rangkaian DuitNow QR boleh digunakan untuk membuat transaksi di premis yang sama.
Pada masa sama, semua bank yang menawarkan pembayaran QR diwajibkan menyertai rangkaian pembayaran bersama, manakala ‘merchant acquirer’ perlu memastikan peniaga di bawah kendalian mereka boleh menerima bayaran daripada pelanggan mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian. Langkah ini sekaligus mewujudkan ekosistem pembayaran yang lebih terbuka dan saling kendali.
Kredit foto: BNM
Lebih Mudah Untuk Pengguna & Peniaga
Bagi pengguna, pelaksanaan sistem ini dijangka menjadikan pengalaman pembayaran lebih lancar kerana tidak lagi perlu memuat turun pelbagai aplikasi semata-mata untuk membuat bayaran di premis tertentu. Cukup sekadar menggunakan aplikasi bank atau e-dompet pilihan yang menyokong DuitNow QR.
Manakala, peniaga bakal menikmati proses penerimaan pembayaran yang lebih mudah apabila tidak lagi perlu memaparkan beberapa kod QR daripada penyedia berbeza di kaunter. Selain mengurangkan kekeliruan pelanggan, pendekatan ini turut membantu memudahkan pengurusan transaksi harian.
Program Ganjaran Masih Boleh Diteruskan
Walaupun terdapat kebimbangan dalam kalangan pemain industri mengenai kos peralihan dan pelaksanaan sistem baharu, BNM memaklumkan bahawa PayNet telah memberi jaminan penyedia pembayaran masih mempunyai fleksibiliti untuk menawarkan program kesetiaan pelanggan, ganjaran, promosi serta pelbagai perkhidmatan nilai tambah menerusi platform masing-masing.
Selain itu, penggunaan pembayaran elektronik di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dengan setiap rakyat Malaysia kini melakukan sekurang-kurangnya 1.5 transaksi pembayaran elektronik setiap hari.
Sementara itu, menerusi pelaksanaan dasar ini, BNM berharap sistem pembayaran QR negara akan menjadi lebih seragam, cekap dan bersedia menyokong perkembangan transaksi digital termasuk pembayaran rentas sempadan pada masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering dianggap sebagai penentu utama hala tuju masa depan seseorang pelajar. Namun hakikatnya, laluan pendidikan selepas SPM tidak terhad kepada satu pilihan semata-mata.
Hari ini, lepasan SPM mempunyai pelbagai alternatif untuk menyambung pengajian mengikut minat, kemampuan akademik serta perancangan kerjaya masing-masing, termasuk di luar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Secara keseluruhan, terdapat sekurang-kurangnya sembilan laluan pendidikan lepasan SPM yang boleh dipilih untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.
Foto Via Kosmo
1. Program Asasi
Program asasi bertujuan menyediakan pelajar dengan asas akademik yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda.
Bagi pelajar yang memilih program foundation di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), perancangan kesinambungan pengajian ke peringkat ijazah di institusi sama amat digalakkan kerana peluang berpindah ke universiti awam adalah terhad. Di universiti awam pula, program asasi ditawarkan secara terbuka atau tertutup bergantung kepada bidang dan institusi.
2. Kolej Matrikulasi
Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan antara laluan pendidikan lepasan SPM paling popular.
Program matrikulasi menawarkan lima jurusan utama dan pelajar akan ditempatkan di kolej-kolej matrikulasi di seluruh negara. Laluan ini diminati kerana tempoh pengajian yang singkat serta peluang luas untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Foto: Dept of SPM
3. Institut Pendidikan Guru (IPG)
Bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang pendidikan, Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi antara laluan terbaik untuk bergelar pendidik.
IPG menawarkan program seperti Program Pelajar Cemerlang (PPC), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam (PISMP) yang melayakkan graduan berkhidmat sebagai guru di sekolah di bawah KPM.
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
STPM atau Tingkatan Enam merupakan laluan akademik yang diiktiraf tinggi dan terkenal dengan kandungan pembelajaran yang menyeluruh.
Kini, STPM bukan sahaja ditawarkan di Kolej Tingkatan Enam dan pusat Tingkatan Enam, malah di kampus universiti terpilih seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun mencabar, laluan ini menyediakan asas akademik kukuh untuk kemasukan ke universiti tempatan dan luar negara.
5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bagi pelajar aliran agama, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menjadi pilihan utama untuk mendalami pengajian Islam.
Program ini sering dijadikan batu loncatan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian Islam di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Maghribi.
6. Diploma
Program diploma ditawarkan oleh universiti awam, politeknik serta IPTS dalam pelbagai bidang.
Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khususnya memberi fokus kepada bidang teknikal dan profesional. Tempoh pengajian sekitar tiga tahun menjadikan diploma antara laluan pendidikan lepasan SPM paling ramai menerima tawaran, selain membuka peluang menyambung ke peringkat ijazah.
7. Laluan Profesional
Selain akademik konvensional, lepasan SPM juga boleh memilih laluan profesional mengikut minat dan kebolehan.
Antaranya bidang penerbangan, di mana pelajar boleh mengikuti latihan di akademi penerbangan bagi memperoleh lesen juruterbang komersial walaupun kosnya tinggi. Dalam bidang perakaunan pula, laluan profesional seperti ACCA dan ICAEW membolehkan pelajar memulakan program asas sebelum ke peringkat kelayakan profesional.
8. Pra Universiti Antarabangsa
Program pra universiti antarabangsa seperti A-Level, International Baccalaureate (IB), Australian Matriculation, Canadian Pre-University dan American Degree Transfer Program (ADTP) turut menjadi pilihan.
Program ini biasanya ditawarkan di kolej swasta dan sekolah antarabangsa dengan silibus yang diiktiraf secara global, sesuai untuk pelajar yang merancang menyambung pengajian ke luar negara.
9. Program Sijil
Laluan sijil pula sesuai untuk pelajar yang cenderung kepada kemahiran praktikal dan teknikal.
Terdapat pelbagai sijil kemahiran dari tahap satu hingga tiga dalam bidang seperti kulinari, penjagaan kanak-kanak, elektrik, pembinaan dan bidang teknikal lain yang menawarkan peluang kerjaya stabil serta kemasukan pantas ke dunia pekerjaan.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, lepasan SPM mempunyai pelbagai pilihan laluan pendidikan yang boleh diterokai bergantung kepada keputusan akademik, minat peribadi dan hala tuju kerjaya jangka panjang.
Bagi calon SPM 2025 khususnya, keutamaan utama adalah menduduki peperiksaan dengan sebaik mungkin. Walau apa pun keputusan yang diperoleh, peluang untuk menyambung pengajian sentiasa terbuka dan keputusan tersebut akan membantu menentukan laluan pendidikan ke peringkat seterusnya.
Jika sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sinonim dengan siri ‘30 Hari 30 Resepi’ bersempena puasa di bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini beliau muncul bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober dengan video terbaru memasak masakan India.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) menyahut cabaran dengan menyediakan tiga juadah India iaitu ulunthu vadai (wade), masala tea (teh masala/berempah) dan kari ayam ala India.
“Saya memang gemarkan makanan India tetapi tidak pernah cuba memasaknya. Justeru, bersempena dengan Deepavali, saya cabar diri untuk belajar dan berkongsi resipi ini dengan penonton,” dia berkata kepada Bernama ketika penggambaran eksklusif di studionya, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, bagi memastikan hidangan yang disediakan itu benar-benar menyerlahkan keaslian masakan India, beliau dan pasukannya sangat teliti dalam pemilihan bahan dan kiraan sukatan.
Dalam pada itu, semasa menyediakan wade, gorengan India Selatan yang diperbuat daripada sejenis kacang hitam, cili, bawang besar dan tepung beras. Khairul Aming berkata ia salah satu hidangan yang agak sukar untuk disediakan dan memerlukan latihan berulang kali.
Selain daripada itu, hidangan itu juga dilengkapkan dengan teh masala dan kari ayam dihiasi daun ketumbar yang diletakkan di atas pinggan perak beralaskan daun pisang.
Bercakap mengenai persediaan, Khairul Aming juga turut menyelami budaya masyarakat India, termasuk membeli bahan-bahan masakan tersebut di Little India, Brickfields serta menggunakan periuk tanah liat dan perkakas dapur diperbuat daripada perak.
Beliau turut berkongsi pengalamannya pertama kali membeli-belah untuk persediaan Deepavali dan menggambarkan suasananya sebagai sesuatu yang berwarna-warni dan mengharukan.
Sekadar info, memetik laporan Bernama, Khairul Aming bakal mengeluarkan video berjudul ‘Khairul Aming’s Deepavali Special’ menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan disambut pada Khamis ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...