Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo sekali lagi menjadi perhatian ramai. Namun kali ini, bukan hanya kerana aksinya di dalam gelanggang, sebaliknya kebolehannya bertutur dalam bahasa Thai yang mencuri tumpuan netizen selepas tamat aksi ONE Championship: The Inner Circle 24.
Sebelum itu, Jojo terpaksa akur dengan keputusan juri apabila tewas kepada petarung Lubnan, Ramadan Ondash, dalam aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.
Pertarungan membabitkan dua prospek Muay Thai berusia 19 tahun itu berlangsung cukup sengit apabila kedua-dua petarung saling berbalas serangan sepanjang tiga pusingan. Namun, selepas tamat pertarungan, panel juri memberikan kemenangan kepada Ramadan menerusi keputusan split decision.
Walaupun keputusan perlawanan menjadi topik utama peminat Muay Thai, satu klip video sidang media selepas aksi tersebut pula pantas menjadi tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, Jojo Ghazali bertutur bahasa Thai dengan begitu lancar ketika menjawab soalan wartawan sehingga mengejutkan ramai rakyat Malaysia yang tidak menyangka atlet muda negara itu mampu berkomunikasi seperti penutur tempatan.
Dalam sidang media tersebut, Jojo diminta mengulas mengenai insiden mouthguard milik Ramadan Ondash yang beberapa kali tercabut ketika pertarungan berlangsung.
“Berapa banyak wang yang anda dapat? Kalau banyak wang boleh buat macam ni,” katanya sambil membuat isyarat ke arah mulut.
Jojo kemudian menyambung secara berseloroh:
“Kalau sekali atau dua kali tak mengapa, saya faham. Kena tolak pun tak ada masalah. Tapi kalau sampai lima kali… aduh, sakit juga.”
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada situasi apabila pertarungan terpaksa dihentikan beberapa kali bagi membolehkan Ramadan memasang semula mouthguard yang tercabut, sekali gus mengganggu rentak pertarungan.
Netizen Kagum Jojo Ghazali Bertutur Bahasa Thai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka baru mengetahui Jojo sebenarnya mampu menguasai tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai.
Ramai turut memuji sebutan bahasa Thai Jojo yang disifatkan begitu fasih dan yakin. Malah, ada yang menyangka beliau membesar di Thailand kerana cara percakapannya kedengaran begitu semula jadi. Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah :
Ads
“Patutlah dia cakap dengan fighter Thailand macam tak ada masalah.”
“Baru tahu Jojo boleh cakap Thai. Memang fasih!”
“Respect. Bukan saja hebat berlawan, siap boleh komunikasi dalam bahasa mereka.”
Latihan Bertahun-Tahun Di Thailand Membantu Penguasaan Bahasa
Bagi peminat sukan Muay Thai, kebolehan Jojo Ghazali bertutur bahasa Thai sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sejak usia muda, atlet kelahiran Malaysia itu banyak menjalani latihan serta mengembangkan karier Muay Thai di Thailand. Pengalaman berada dalam persekitaran tersebut membolehkannya menguasai bahasa tempatan selain memudahkan komunikasi bersama jurulatih, rakan sepasukan dan pihak penganjur pertandingan.
Selain meningkatkan kemahiran bertarung, penguasaan bahasa tempatan juga memudahkan Jojo menyesuaikan diri dengan budaya latihan di negara yang terkenal sebagai pusat perkembangan sukan Muay Thai dunia.
Tetap Raih Sokongan Peminat
Walaupun tewas kepada Ramadan Ondash, Jojo tetap menerima sokongan padu daripada penyokongnya.
Ads
Ramai percaya kekalahan itu hanyalah sebahagian daripada proses pembelajaran buat atlet berusia 19 tahun tersebut yang masih mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam dunia Muay Thai.
Dalam masa sama, video yang memaparkan Jojo Ghazali bertutur itu terus menjadi bualan di media sosial. Ramai berpendapat kebolehannya menguasai lebih daripada satu bahasa membuktikan beliau bukan sahaja berbakat besar di dalam gelanggang, malah mempunyai disiplin tinggi untuk menyesuaikan diri sepanjang menjalani latihan di Thailand.
Perkongsian video tersebut turut menaikkan lagi imej Jojo dalam kalangan peminat sukan tempatan. Selain dikenali sebagai antara prospek terbaik Muay Thai Malaysia, beliau kini turut dipuji kerana keupayaan berkomunikasi dengan yakin dalam bahasa asing, sesuatu yang jarang dimiliki oleh atlet muda seusianya.
Sumber : muaythaieco, onemuaythai5
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindu melihat gelagat kucing oyen paling pemalas di dunia yang kerjanya suka makan! makan dan makan! Kali ini The Garfield Movie kembali untuk kali ketiga dan ia merupakan filem animasi yang dijamin buatkan penonton tak kering gigi dan tertanya-tanya! Nak tahu kenapa? Jom kita baca fakta menarik mengenai filem ini!
Latar Suara Diisi Barisan Pelakon Hollywood Ternama!
Kalau nak tahu, The Garfield Movie kali ini dimeriahkan dengan suara pelakon seperti Chris Pratt dan Samuel L. Jackson. Keduanya akan memberikan karakter ikonik komik Garfield dengan lakonan suara yang sangat fresh namun tetap mengekalkan pembawaan asli karakter Garfield. Apa yang penting kelucuan karakter Garfield juga memang kena sangat di hati penonton!
Menggunakan Animasi CGI Canggih
The Garfield Movie 2024 juga menggunakan teknologi animasi CGI yang canggih, dan memberikan penampilan yang lebih segar dan hidup kepada karakter-karakter yang penonton kenali. Dengan teknologi terbaru ini juga memungkinkan para animator di dalam filem Garfield untuk memperlihat ekspresi dan emosi karakter dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat pengalaman yang lebih imersif.
Jalan Cerita Penuh Pengembaraan dan Kelakar!
Filem ini bukan hanya tentang oyen pemalas yang suka melantak lasagna dan boleh makan pizza sekelip mata. The Garfield Movie menjanjikan jalan cerita penuh dengan aksi, pengembaraan, misi merompak, dan misi menyelamat yang bakal menghiburkan penonton. Di sini juga penonton boleh lihat macam mana Garfield menggunakan akalnya untuk mengharungi segala rintangan dalam setiap misi. Selain itu, penonton juga boleh menyelami hubungan si oyen, Garfield dengan tuannya, Jon dan bagaimana mereka saling mempengaruhi dalam setiap situasi.
The Garfield Movie adalah salah satu animasi yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangan The Garfield Movie bermula 22 Mei ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana filem ini adalah salah satu karya hiburan yang menyenangkan untuk semua peringkat umur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf tampil dengan pendapatnya mengenai tindakan segelintir netizen melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’.
Menerusi ciapan di platform X, pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata seseorang selebriti yang memiliki ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan, sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ini iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ciapnya.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 23 tahun itu turut menyifatkan dengan memiliki wajah sebegitu, secara tidak langsung ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara itu,” coretnya lagi.
Sementara itu, pelakon berbakat besar, Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca televisyen adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang melibatkan penyertaan amatur, Astro kini bakal menganjurkan program All Together Now Malaysia (ATNMY) bermula awal Jun nanti.
Program nyanyian ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa sebarang had umur dan penyertaan terbuka secara solo, duo, trio mahu pun berkumpulan.
Mungkin ramai yang sudah tahu, ATNMY adalah sebuah program adaptasi daripada format reality show antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom. Program realiti ini berjaya menetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Denmark dan banyak lagi.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.
Sherry Alhadad
Walaupun program asal menampilkan 100 orang juri, namun disebabkan situasi pandemik dan mengambil kira SOP serta kapasiti yang dibenarkan, hanya 50 juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar. Antara barisan juri selebriti yang terpilih adalah Erra Fazira, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Khai Bahar, Chubb-e, Haniff Era dan ramai lagi.
Tuju K-CliqueChubb-e
Selain Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’, program ‘ATNMY’ turut membawa masuk gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar bagi memeriahkan musim pertama sebagai ‘Hos’ untuk program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.
Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.
Jangan lupa saksikan All Together Now Malaysia yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 6 Jun ini. Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.
Siapa bakal bergelar juara? Sama-sama kita saksikan hanya di Astro Ria.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!