Rindu melihat gelagat kucing oyen paling pemalas di dunia yang kerjanya suka makan! makan dan makan!  Kali ini The Garfield Movie kembali untuk kali ketiga dan ia merupakan filem animasi yang dijamin buatkan penonton tak kering gigi dan tertanya-tanya! Nak tahu kenapa? Jom kita baca fakta menarik mengenai filem ini!

Oyen Terpaling Buat Hal Dalam Dunia! Ini Fakta Mengenai Filem Garfield 2024!

Latar Suara Diisi Barisan Pelakon Hollywood Ternama!

Kalau nak tahu, The Garfield Movie kali ini dimeriahkan dengan suara pelakon seperti Chris Pratt dan Samuel L. Jackson. Keduanya akan memberikan karakter ikonik komik Garfield dengan lakonan suara yang sangat fresh namun tetap mengekalkan pembawaan asli karakter Garfield. Apa yang penting kelucuan karakter Garfield juga memang kena sangat di hati penonton!

Menggunakan Animasi CGI Canggih

IKLAN

The Garfield Movie 2024 juga menggunakan teknologi animasi CGI yang canggih, dan memberikan penampilan yang lebih segar dan hidup kepada karakter-karakter yang penonton kenali. Dengan teknologi terbaru ini juga memungkinkan para animator di dalam filem Garfield untuk memperlihat ekspresi dan emosi karakter dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat pengalaman yang lebih imersif.

Oyen Terpaling Buat Hal Dalam Dunia! Ini Fakta Mengenai Filem Garfield 2024!

IKLAN

Jalan Cerita Penuh Pengembaraan dan Kelakar!

Filem ini bukan hanya tentang oyen pemalas yang suka melantak lasagna dan boleh makan pizza sekelip mata. The Garfield Movie menjanjikan jalan cerita penuh dengan aksi, pengembaraan, misi merompak, dan misi menyelamat yang bakal menghiburkan penonton. Di sini juga penonton boleh lihat macam mana Garfield menggunakan akalnya untuk mengharungi segala rintangan dalam setiap misi. Selain itu, penonton juga boleh menyelami hubungan si oyen, Garfield dengan tuannya, Jon dan bagaimana mereka saling mempengaruhi dalam setiap situasi.

IKLAN

Oyen Terpaling Buat Hal Dalam Dunia! Ini Fakta Mengenai Filem Garfield 2024!

The Garfield Movie adalah salah satu animasi yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangan The Garfield Movie bermula 22 Mei ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana filem ini adalah salah satu karya hiburan yang menyenangkan untuk semua peringkat umur. 

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI