Seorang doktor wanita berusia 26 tahun dari Jerman telah berkunjung ke sebuah kampung kecil di daerah Mandi Bahauddin, Pakistan, untuk mengahwini seorang lelaki tempatan yang dikenalinya ketika bermain Roblox.
Doktor berusia 26 tahun itu, yang memiliki dua kewarganegaraan Jerman dan Bosnia, melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Akmal, 22 tahun, selepas beberapa bulan berkenalan secara dalam talian yang bermula secara tidak dijangka di platform permainan tersebut. Kisah cinta rentas budaya mereka sejak itu menjadi tular.
Menurut Akmal, yang berasal dari kampung Difaar, mereka pertama kali berhubung ketika bermain Roblox sebelum mula bertukar mesej secara kerap.
Apa yang bermula sebagai perbualan santai akhirnya berkembang menjadi ikatan emosi yang lebih mendalam selepas hampir lima bulan berkomunikasi dalam talian.
Dalam temu bual bersama My News TV, Akmal berkata dia melamar Selma pada peringkat awal perkenalan mereka.
Selepas sedikit penangguhan, Selma akhirnya mengambil keputusan untuk datang ke Pakistan bagi merasmikan hubungan mereka.
Ads
Dalam temu bual tersebut, Selma mendedahkan bahawa hubungan mereka semakin erat walaupun komunikasi pada peringkat awal agak terbatas.
Oleh kerana Akmal tidak fasih berbahasa Inggeris, dia sering membalas mesej Selma dengan hanya satu perkataan “okay”.
Walaupun terdapat halangan bahasa, Selma berkata hubungan emosi antara mereka semakin kukuh dari masa ke masa, meyakinkannya bahawa hubungan itu tulen dan wajar diteruskan.
Menyesuaikan Diri dengan Kehidupan Kampung
Selepas tiba di Pakistan, Selma mengakui dia pada mulanya agak terkejut dengan kehidupan di kampung serta rutin harian masyarakat luar bandar.
Ads
Tugas seperti mencuci pakaian dan peralatan dapur secara manual serta membuat roti adalah sesuatu yang baharu baginya.
Namun begitu, beliau berkata dia semakin dapat menyesuaikan diri dan menerima pengalaman tersebut dengan hati terbuka.
Selma menyatakan bahawa dia bahagia dapat bersama suaminya walaupun berdepan cabaran persekitaran baharu.
Perkahwinan Rentas Budaya
Akmal memaklumkan bahawa perkahwinan mereka berlangsung dengan persetujuan dan sokongan penuh daripada kedua-dua keluarga.
Ads
Jumlah keseluruhan kos perkahwinan, termasuk perbelanjaan perjalanan Selma dan majlis tersebut, dianggarkan sekitar PKR 4.5 juta (kira-kira RM135,000).
Selma turut menyatakan hasratnya untuk menetap di Pakistan bersama Akmal. Bagi memudahkan penyesuaian diri, beliau kini sedang mempelajari bahasa Punjabi dan Urdu agar dapat berkomunikasi dengan lebih lancar bersama keluarga suaminya serta komuniti setempat.
Menurut Akmal, mereka kini menikmati kehidupan berumah tangga yang dibina atas dasar saling menghormati dan kasih sayang.
Sumber : My_News_TV
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan titipan pesanan yang berbaur kontroversi mengenai ‘melancong untuk melihat dunia atau dunia melihat anda’, bekas peserta Dewi Remaja popular, Noor Neelofa meminta warganet supaya hentikan salah faham mahupun mengapi-apikan kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk sindiran kepada individu yang melancong ke luar negara yang gemar berkongsi momen percutian di media sosial.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik menerusi InstaStory miliknya, bekas pengacara program terkenal MeleTop itu meminta warganet dan para media agar tidak memutarbelitkan keadaan dengan andaian sendiri sehingga melibatkan nama selebriti lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang sayd ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka. Buat orang yang mengapi-apikan, berhentilah. Saya tiada niat untuk tujukan kepada sesiapa,” tuturnya.
Selain itu, isteri kepada pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail itu turut menjelaskan, dia hanya berkongsi pandangan tentang sikap sesetengah orang yang pergi melancong semata-mata untuk dijadikan kandungan dalam media sosial.
“Bukan saya melarang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini semata-mata untuk buat kandungan serta media sosial. Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pengacara Next To Neelofa itu sempat mengingatkan supaya warganet tidak tersalah tafsir dengan apa yang dikongsikan, selain kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja. Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebin menikmati atau menghargai momen tersebut,” kata usahawan itu.
Terdahulu, ramai yang mengaitkan Neelofa mengenai perkongsian momen-momen percutian selebriti dan usahawan, Fazura bersama keluarga kecilnya yang baru pulang dari Amsterdam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkataan ‘mustahil’ tiada dalam kamus mereka berempat..
Biarpun anugerah Grammy yang berlangsung pada hari ini diadakan dalam senario berbeza tanpa kehadiran penonton dan rata-rata disaksikan oleh calon setiap kategori saja, itu tidak bermakna ia akan berlalu tanpa mencatatkan sejarah.
Ibarat satu penghormatan kepada bulan sambutan Hari Wanita Sedunia Mac ini, tiga orang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan (Hi Blue Ivy!) telah mencipta rekod tersendiri pada tahun ini.
Beyoncé yang menerima pencalonan terbanyak pada edisi tahun ini telahpun dinobatkan selaku penyanyi wanita paling banyak memenangi anugerah Grammy’s dalam sejarah penganjurannya. Rekod itu sebelum ini dipeggang oleh penyanyi bernama Alison Krauss.
Setelah Beyoncé diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Album RnB Terbaik, beliau sekaligus telah secara rasminya membawa pulang 28 trofi Grammy’s setakat ini.
Malah, Beyoncé juga menyamai rekod Adele sebagai artis paling banyak membawa pulang anugerah dalam satu acara Grammy’s setelah memenangi 6 daripada 8 pencalonan yang melibatkannya.
Bukan itu sahaja, Beyoncé turut berkongsi satu lagi momen bersejarah bersama Megan Thee Stallion setelah mereka berdua dinobatkan sebagai pemenang Lagu Rap Terbaik pertama wanita dalam sejarah penganjuran untuk lagu ikoniknya, Savage.
Phew! Memang Queen Bey betul.
Taylor Swift
Penyanyi popular ini turut tidak ketinggalan mencatat sejarah setelah kembali merampas kategori Album Tahunan bagi album Folklore. Ini sekaligus merupakan kemenangan ketiga Taylor Swift dalam kategori ini selepas Fearless (2010) dan 1989 (2016).
Taylor adalah artis wanita pertama yang berjaya menyamai rekod Frank Sinatra, Paul Simon dan Stevie Wonder itu.
Biarpun sebilangan warganet tidak bersetuju dengan kemenangan Billie dalam kategori Lagu Tahunan untuk Everything I Wanted kerana berpendapat Megan Thee Stallion selayaknya membawa pulang kategori itu, tuah ternyata menjadi milik Billie pada tahun ini.
Ini setelah dia memenangi satu lagi kategori utama iait Lagu Terbaik Yang Ditulis Untuk Media Visual. Ia menerusi lagu No Time To Die yang direkodkan untuk filem James Bond.
Menariknya, ini adalah kemenangan pertama mana-mana lagu bagi kategori tersebut untuk sebuah filem yang masih belum dilancarkan. Ia berikutan penangguhan tayangan di pawagam akibat pandemik COVID-19.
Blue Ivy
Pada usia 9 tahun, anak sulung kepada pasangan Beyoncé dan Jay-Z ini telahpun bergelar pemenang anugerah Grammy! (Apalah yang kita buat semasa berusia 9 tahun?!)
Ia adalah menerusi kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu ibunya, Brown Skin Girl. Blue adalah pemenang kedua termuda dalam sejarah Grammy’s.
Jika sebelum ini ada yang kecewa apabila tidak dapat melihat Johnny Depp kembali dalam Pirates of the Caribbean (POTC) apabila perjanjian bersama Disney bernilai RM1.3 bilion yang dilaporkan adalah palsu.
Terbaru, bintang Hollywood yang berbakat besar ini dilaporkan akan memegang watak sebagai Raja Perancis dalam filem pertamanya selepas kes bersama Amber Heard telah selesai.
Filem Jeanne du Barry adalah filem romantik berlatarkan zaman sejarah dengan gundik diraja.
🎬FIRST official image of Johnny Depp as King Louis XV in the upcoming french movie: Jeanne Du Barry
WhyNotProduction and France Télévisions are producing while WildBunchInternational and Le Pacte will distribute.
In theatre in 2023 + exclusive release on Netflix France in 2024. pic.twitter.com/WT1EhxSlAs
Johnny Depp akan membawa watak King Louis XV dalam filem tersebut.
Filem ini merupakan filem pertama Johnny Depp selepas tiga tahun berikutan kes perbicaraan fitnah terhadap bekas isterinya.
Menurut laporan dari Variety, Filem Jeanne Du Barry memulakan penggambaran pada penghujung bulan Julai di Paris dan wilayah Île-de-France.
Foto Via en.chateauversailles.fr
Istana Versailles dijadikan sebagai set latar belakang filem itu.
Pelakon lain yang juga akan membintangi filem ini adalah Benjamin Lavernhe, Pierre Richard, Melvil Poupaud, Noémie Lvovsky dan Pascal Greggory. Maïwenn iaitu pelakon serta penulis lakon layar filem tersebut turut akan berlakon dalam filem ini.
Filem ini mengisahkan Jeanne, seorang wanita muda dari kelas pekerja yang menggunakan kecerdasan dan daya tarikannya untuk menaikkan taraf hierarki sosialnya. Jeanne berjumpa dengan King Louis XV dan telah jatuh cinta tanpa menyedari status Jeanne hanyalah dari kelas wanita bawahan bukan golongan bangsawan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Memang Suka Puasa” – Scha Alyahya dan Awal Ashaari kongsi cara santai mereka mendidik Lara Alana puasa penuh sejak usia lapan tahun dengan ganjaran sebagai galakan.