5 tahun bukanlah tempoh yang sekejap.

 

Jadi apabila Pilihan Raya Umum bakal berlangsung esok buat kali ke-14, seluruh rakyat Malaysia bercakap mengenainya dan dilanda demam PRU – termasuklah AirAsia.

Hari ini, Presiden parti Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan kunjungan berkempen 2 hari beliau di Sabah. Bukan satu kebetulan apabila Datuk Seri Najib memilih pesawat AirAsia.

AirAsia Turut Dilanda Demam PRU-14 & Berubah Biru

IKLAN

Ini semua gara-gara imej luar pesawat Airbus A330-300 milik AirAsia tersebut yang berubah dari warna simbolik merah kepada warna biru, mirip warna rasmi parti Barisan Nasional. Di bahagian tengahnya pula terpampang slogan Hebatkan Negaraku – iaitu tagline kepada kempen parti tersebut.

Manakala slogan berbahasa Inggeris, Make My Country Greater pula ada di bahagian bawah.

Bukan itu saja, pakaian pramugari yang bertugas juga berubah dari merah ke biru. Memang wow dan jarang berlaku ni!

AirAsia Turut Dilanda Demam PRU-14 & Berubah Biru

IKLAN

Sebelum berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Datuk Seri Najib juga sempat bergambar bersama beberapa petugas rasmi parti Barisan Nasional, pemimpin dari Sabah dan tentunnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez.

AirAsia Turut Dilanda Demam PRU-14 & Berubah Biru

 

* * * * *

IKLAN

 

Terlebih dahulu, Tan Sri Tony Fernandez dapat dilihat di  dalam sebuah video yang dimuat naik di oleh akaun YouTube Negaraku.

Melalui paparan video tersebut, Tan Sri berterima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah menguruskan syarikat GLC dan syarikat gergasi seperti AirAsia untuk berkembang seperti sekarang.

Bermula daripada sebuah syarikat penerbangan dengan 2 buah kapal terbang, kini AirAsia berada di kedudukan atas sebagai salah satu jenama Malaysia yang dikenali dunia.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI