Masalah kelemumur bukan hanya dihadapi oleh kaum wanita, malah ia juga boleh menyerang kulit kepala golongan lelaki. Kelemumur adalah keadaan dimana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.
Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan diatas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.
Jika ia tumbuh sikit-sikit rasanya okay lagi, tapi kalau dah berkeping-keping tu, euww tengok pun geli. Bila kelemumur terlalu banyak, kadangkala ia boleh dilihat gugur pada baju. Ada juga individu yang malu apabila ditegur.
Jadi, apa yang korang boleh buat untuk merawat masalah kelemumur ini? Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur. Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik-sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut.
Berikut adalah jenis-jenis syampu yang disyorkan oleh Public Health Malaysia untuk merawat masalah kelemumur.
Bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, bolehlah cuba untuk mencari syampu-syampu seperti yang dinyatakan diatas. Namun, sekiranya penggunaan syampu tidak berkesan, dapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada doktor pakar.
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) kini akan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan usul agar gedung pendidikan itu dijadikan sebagai universiti sepenuhnya.
Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC berkata pencapaian yang dikecapi institusi pendidikan tersebut yang telah ditubuhkan sejak 53 tahun lalu merupakan satu pencapaian atas kerja keras dan rekod cemerlang yang ditonjolkan.
“Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan,” katanya kepada wartawan yang menghadiri majlis pengumuman tersebut.
Sempena dengan penaiktarafan sebagai universiti, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya ‘Melangkaui Pendidikan’. Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman memiliki lebih 28’000 penuntut yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia bahkan luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketika ramai mula bersedia meniti usia persaraan, seorang lelaki berusia 59 tahun memilih jalan yang berbeza iaitu dengan kembali ke dunia akademik untuk memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) buat kali ketiga. Itulah kisah inspirasi Dr. Zamri Chik, yang membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia mahupun batas.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 3 November, Dr. Zamri Chik berkata beliau mempunyai prinsip hidup yang dipegang sejak dahulu untuk terus menambah ilmu meskipun sudah menamatkan dua pengajian PhD di institusi yang sama.
“Belajar tidak ada warga emas,” tegas beliau.
Motivasi Menyambung Pengajian PhD Ketiga
Menurut Dr. Zamri Chik, minat yang mendalam terhadap ilmu dan hasrat untuk membantu pelajar lain menjadi motivasi utamanya menyambung pengajian. Beliau menjelaskan bahawa daripada pengalaman menyiapkan PhD keduanya, beliau banyak membantu pelajar menjalankan analisis kajian dan memberi tunjuk ajar dalam penyelidikan.
Menariknya, tujuan beliau bukan untuk mengejar nama atau gelaran, tetapi untuk memberi manfaat serta panduan kepada pelajar lain yang memerlukan bimbingan.
Pengalaman Akademik & Bidang Penyelidikan
Bekas pegawai penyelidikan di Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS) ini juga mengakui bahawa setiap kali menamatkan pengajian, semangatnya untuk belajar semakin membara. Jika pada awalnya perjalanan PhD pertamanya penuh cabaran, kini Dr. Zamri Chik semakin yakin meneruskan pengajian dalam bidang Sains Politik kerana sudah memahami rentak dan keperluan dunia akademik.
Dr.Zamri ketika menerima ijazah kedoktoran pada tahun 2019 (Kredit foto: FB Dr.Zamri)
Menjadi Inspirasi Kepada Pelajar & Keluarga
Berbekalkan pengalaman luas sebagai pelajar pascasiswazah, Dr. Zamri Chik kini menjadi rujukan ramai pelajar, bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara seperti Jordan, Nigeria dan Palestin. Beliau sering meluangkan masa membantu mereka memahami proses analisis kajian secara terperinci dan komited memberikan bimbingan sepenuhnya kepada sesiapa yang memerlukan.
Bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada dua cucu ini turut menjadikan kecintaannya terhadap ilmu sebagai sumber inspirasi buat keluarga.
“Bila anak tengok ayah dia ada PhD, mereka pun terinspirasi nak ikut jejak sama. Walaupun umur hampir 60 tahun, saya masih rasa bertenaga sebab semangat nak belajar itu kuat,” ujarnya.
Sebelum ini, Dr. Zamri Chik memiliki latar akademik yang kukuh dengan Diploma Komputer Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Komputer Sains dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Sarjana Pendidikan dari Open University Malaysia (OUM). Kini, beliau sedang bersiap sedia untuk memulakan pengajian PhD ketiganya tidak lama lagi.
Semangat Menuntut Ilmu Tiada Penghujung
Menutup bicara, Dr. Zamri Chik menyifatkan bahawa selagi dikurniakan kesihatan dan kekuatan, semangat untuk menimba ilmu tidak akan pernah padam. Baginya, menuntut ilmu tidak mengenal usia, dan selagi beliau mampu serta berupaya membantu orang lain, usaha menambah ilmu akan diteruskan.
Kejayaan sebenar menurutnya bukan terletak pada jumlah ijazah yang dikumpul, tetapi pada semangat untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Selain risau daripada tercedera, kalau buat dengan cara tak betul pun tak ada gunanya. Penat dan sakit badan je la yang korang dapat.
Oleh itu, penting untuk korang tahu sama ada formation workout yang dilakukan itu betul atau tidak.
Jadi apa kata kalau kita lihat antara kesalahan-kesalahan yang mungkin korang pernah buat sebelum ini dan macam mana cara yang betul untuk melakukannya.
1. Jumping jack
Lihat kedudukan tapak kaki korang semasa melakukan jumping jack. Kedudukan bahu juga penting semasa melakukan gerakan ini (lihat video).
2. Plank
Kedudukan punggung yang terlalu rendah atau tinggi adalah sama sekali salah semasa melakukan plank.
Ini adalah posisi yang betul. Tangan berada pada aras dada dan punggung tidak diangkat terlalu tinggi atau rendah.
3. Squat
Kedudukan lutut tidak boleh melebihi kaki. Chest up dan face up. Lagi rendah korang dapat turun, lagi cantik punggung korang nanti.
4. Push up
Lihat kesalahan kedudukan kepala semasa push up. Lebih kurang seperti plank, cuma korang perlu turunkan bahagian badan dan bukannya punggung.
5. Bicycle crunches
Wah senang sangat kalau macam ni. Cara yang betul adalah korang perlu angkat sedikit bahu semasa melakukan cycling kaki. Barulah rasa pada bahagian perut.
6. Mountain climber
Kedudukan punggung tidak boleh terlalu tinggi dan gerakan kaki juga perlu diatur dengan betul. Hayunan kaki kanan ke hadapan dan diikut dengan kaki kiri. Lengan perlu seiring paras dada.
7. Russian twists
Untuk melakukan workout ini, bukan hanya gerakan tangan malah posisi badan juga harus seiring dengan pergerakan tangan ke kiri dan ke kanan.
Kalau nak gambaran lebih jelas, korang boleh rujuk pada video dibawah.
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.